Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

Pecah Amanah: bagaimana Pas nak bela bangsa Melayu, duit ahli parti pun mereka rembat..


...lambang kejayaan PAS menipu duit ahli partinya sendiri..

Orang ramai telah mendapat tahu bahawa Parti Melayu Pas telah mengubah matlamatnya.

Sebelum ini ustaz-ustaz politik mereka sibuk menjerit-jerit di merata kampung, surau dan rumah orang meninggal dunia, memberitahu parti itu hendak memperjuangkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Tiba-tiba bekas Menteri Besar Tak Sengaja, Nizar Jamaludin mengumumkan dan mencabar supaya membuktikan bahawa Pas hendak memperjuangan Islam. Ucapannya dalam Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus mengistiharkan bahawa Pas tidak pernah mempunyai matlamat untuk memperjuangkan Islam.

Karpal Singh pula sudah berkali-kali mengingatkan Pas supaya jangan  membawa matlamat memperjuangkan Islam jika mahu bersama di dalam Gerombolan Pakatan Haram. Ini diakhiri dengan persetujuan Pas yang telahpun  menggugurkan matlamat perjuangan Islam demi menjaga kehendak DAP dan PKR.

Semenjak itu Pas tidak mempunyai matlamat selain dari membuat bising ke sana kemari memekik melolong menjaja slogan Islam. Selain itu hanya membuat kecoh berdemonstrasi tanpa sebab dan keperluan kepada rakyat Malaysia.

Tiba-tiba pula sekarang ini Pas menjerit-jerit memberitahu parti itu hendak memperjuangan bangsa Melayu. Bermacam-macam alasan telah diberikan supaya bangsa Melayu percaya. Sedang semua umat Islam sudah sedia maklum bahawa Pas tidak memperjuangkan bangsa kerana perbuatan itu adalah assobiah dan dilarang oleh agama Islam.

Mampukah Pas menarik keyakinan bangsa Melayu terhadap parti itu hanya dengan retorik dan janji-janji ke syurga? Kalau adapun janji yang agak munasabah pada akal, kesemuanya sudahpun dilaksanakan oleh UMNO selama ini.

Mampukah Pas memujuk bangsa Melayu sedangkan ahli-ahli parti sendiripun mereka khianati. 

Baca seterusnya:

Sumber dari blog sahabat The Unspinners

Skandal Kohilal Bah 1: Pas Telan RM45 Juta Duit Ahlinya

Muqaddimah

Pada 5 MAC 2010, di Ibupejabat KOHILAL di No. 34-4-1, Blok F, Jalan 4 /50, Off Jalan Gombak, Diamond Square, KUALA LUMPUR, satu wawancara khas telah diadakan di antara SHAMSURI bin ROSLAN dengan MOHD KUSRIN bin RAHMAD , RAZALI bin MOHD DAUD dan MOHD SHUKOR bin ABD. AZIZ.

Wawancara tersebut diadakan untuk mendapatkan fakta sebenar berhubung isu penyelewengan KOHILAL sebanyak RM 45 juta. Antara lain wawancara tersebut mendedahkan perkara berikut:

a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. MOHD KUSRIN bin RAHMAD menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 02.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

e. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

f. MD. SHUKUR bin ABD AZIZ berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings SDN. BHD. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

g. SHUKUR bin ABD. AZIZ menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

h. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% - 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

i. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

Keadaan diburukkan lagi apabila pihak pengurusan yang lama tidak mengakui kesilapan mereka sebagai mana laporan tahunan KOHILAL bagi tahun 2003.

j. Tapi apakah cara penyelesaian yang dicadangkan oleh Pas? Dalam wawancara tersebut KURSIN bin RAHMAD , MD. SHUKOR bin ABD. AZIZ dan RAZALI melahirkan harapan agar kesemua 89,000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi memajukan lagi koperasi tersebut serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu serta turut membantu pihak pengurusan baru meningkatkan lagi mutu dan prestasi syarikat dalam melaksanakan rancangan – rancangan perniagaannya.

k. Lembaga Pengarah sedang mengkaji projek 5 tahun untuk mengumpul dana RM 50 juta melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang telah dirancangkan, termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia.

l. Maksudnya setelah telan duit ahli Kohilal sebanyak RM46 juta, sekarang Pas nak ahli yang sama melaburkan sekali lagi (Round 2) dana sebanyak RM50 juta untuk menutup penyelewengan mereka.

Teruskan membaca:

Skandal Kohilal Bah 2: Cara Pas Menipu Ahli Parti Sendiri
Skandal Kohilal Bah 3: Pelaburan Menjerat Ahli Ala Skim Pak Man Telo 

Skandal Kohilal Bah 4: Penyata Kewangan Misteri

Khamis, 24 Februari 2011

Agama Sudah, Institusi Raja Sudah, Sejarah Pun Sudah ...Kini DAP Mengasak Isu Bangsa Pula!



DAP sedang mara setapak lagi bermain dengan politik tipu helah yang berbahaya.

Kali ini menggunakan isu keturunan. Tujuannnya untuk menmbantu hujah Pas yang menolak "bangsa" dalam perjuangannya kerana ditafsir sebagai asobiah.

Dengan itu DAP membantu mengambil peranan mengkucar-kacirkan tafsiran "Melayu" dan menggunakannya untuk menghakis "rasa kemelayuan" dan pemahaman berasaskan definisi perlembagaan tentang maksud "Melayu" di kalangan bangsa Melayu di negara ini. 

Tujuannya supaya bangsa Melayu kehilangan "jati diri" dan mengenepikan definisi perlembagaan supaya solidariti bangsa "Melayu" terus pecah berkecai.

1. seseorang yang mengaku beragama Islam,
2. bertutur dalam bahasa Melayu,
3. mengamalkan budaya Melayu.



Baca seterusnya dari Blog sahabat Apa Yang Tersirat 


http://musramrakunman.blogspot.com/2011/02/zairil-khir-johari-bin-abdullah-sospol.html


Blogger Pure Shiite (satdthinks.blogspot.com) mendedahkan siapa Zairil Khir Johari Setiusaha politik baru Lim Guan Eng. Baca seterusnya pendedahan itu.

Dear Zairil "Khir Johari" bin Abdullah..how long have you been a Malay?

hehehehe.......

Kelakar giler babeng.....

Guan Eng appoints Malay political secretary

KUALA LUMPUR: Zairil Khir Johari has been appointed as political secretary to DAP secretary-general Lim Guan Eng with immediate effect.

Lim said Zairil, who is the son of the late Tan Sri Khir Johari, would be assisting him with political matters at both the party and national levels.

"I am confident that with his ability and experince in various fields, he will be a positive asset to our party," he added in a statement on Wednesday. More here

Let us do some basic Mathematics....campur tolak aje ...no partial differential integration I promise...

FACT 1

Born in Alor Star in 1923, the young Mohd Khir Johari had his early education at Malay schools in Jalan Bharu and Sungai Korok in his hometown. At nine and filled with trepidation, he entered the Sultan Abdul Hamid College in Alor Star to study English for the first time

In 1943, he married Puan Sri Kalsom Abdul Rahman, whom friends fondly remember as Che Tom, until her demise in 1994. They had seven children. The following year he married Christine. Go here

FACT 2

Zairil said he chose the DAP over Umno because the PR party shared “common goals” with what the late Khir had looked for in the “old” Umno.

“My father’s Umno is a completely different Umno from today’s Umno. When he joined Umno it was during pre-independence, his struggle was to free our country from the oppression of the British government. Now after more than 50 years of BN rule, the situation is such that people are being colonised, oppressed by our own people, we do not have any freedom.

“There are no civil liberties, so the struggle is still the same. It’s the same struggle, I am just using a different platform, that’s why I chose the DAP over Umno,” said the 28 year old who runs his own chocolate business. More here

Is Zairil the Step Son of Khir Johari or the Son of Khir Johari?

If He is 28 Years Old

and Khir Johari married Christine in 1995

2011 - 1995 = 16

Can we assume that he is a "Constitutional Malay" by virtue of his mother's conversion and his "underage" conversion at the age of 12 in 1995....

Siapa bapak dia?

Tak marah ke bapak dia anak dia convert masuk Islam? ....mana pergi semua pejuang Article 11????

So now why 'marketing' lebih on the Melayu part?

Now lets go back to what I wrote in A Souless Nation Called Home

Let us now go to the basic of the Constitutional Malay-

1. a person who professes the religion of Islam,

2. habitually speaks the Malay language,

3. And conforms to Malay custom

Now lets see is there anything there that is tied to Race in a biological sense?

OK….let me now turn the table….

If I convert and become a devout Buddist, marry a Chinese, makan babi, berak calit, pakai chop stick, speaks fluent Mandarin, Hakka, Cantonese and other Chinese dialects……….Am I a Chinese?

Go and ask that question to any Chinese friend you have? And the answer is a No with a straight poker face…

The thing is you can never become a Chinese unless you are by blood a Chinese…..just look at how they treat their half blood

now lets get back to the Malays….we adopted a Cultural Definition rather than a biological one

…one particular formula we need to understand is that

Constitutional Malay is not equal to the Malay from Antropology, Geographical and Linguistic Perspective.....it is one of a kind Cultural Perspective of the Malays unique only to Malaysia

what does that means then?.......In a simplest plain kongkalikong …..the Malaysian Malays are very Open and accommodating as a bunch of people…….or was it really difficult the define the Malay race from a biological perspective given the fact that the Malay Archipelago and its various suku kaum are so diverse in nature.....(this is one of the major reasons of the misunderstanding with Indonesians....how la to claim what is ours and theirs....we were border-less up till the time when the Europeans came to break all of us apart).....

Some folks may try to bring into the picture the argument that Islam should not be included as the definition of a Malay........I say why not? When Islam came to our shores, the Native Malays became Muslim and adopted the Islamic Values into their way of Life....as such Islam and Malay are an entity that cannot be treated separately in the context of Malaysian Malays. More here

So folks take a step back and look at the situation

Why does DAP kecoh lebih with this boy who is of Chinese Blood 100%?

And what is Zairil's full name ?

Is it Zairil Khir Johari bin Abdullah?

If I can quote Zairil himself on the issue

Tidak perlu pergi jauh. Setiap kali orang yang baru dikenali mendengar nama saya, seringkali saya akan ditanya: Eh, awak ni Melayu ke Cina? Nama macam Melayu, muka macam Cina.

Inilah jawapan saya: Saya anak Melayu. Saya juga anak Cina. Saya anak Bangsa Malaysia! More here

Why don't you be more specific..

Saya Anak Cina yang Masuk Islam dan Secara automatic Masuk Melayu sewaktu umur saya 12 tahun dan saya hanyalah Anak Tiri kepada Orang Melayu 

baru betul brader...

Ahad, 20 Februari 2011

PAS Mula Bongkar Kejahatan dan Kemungkaran Politiknya Di Shah Alam

...pentas wayang opera china DAP 
dengan pelakon utama Parti Melayu Pas

Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran Parti Melayu Pas di Auditorium MBSA Shah Alam adalah siri bermulanya Pas membongkar kejahatan politiknya selama ini kepada bangsa Melayu dan agama Islam.

Pas didapati telah kehilangan sokongan umat Islam, kini terpaksa mengadakan konvensyen murahan setelah mendapat rangsangan daripada China DAP, supaya memainkan sentimen di kalangan bangsa Melayu untuk mendapatkan undi.

Pembongkaran kejahatan politik Pas ini dinyatakan dalam 12 resolusi yang amat jelas maksudnya.

1. PAS terpaksa meniru jejak langkah UMNO yang selamanya komited melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera. 

...ustaz politik Nik Aziz
yang rendah pengetahuan am,
terus dipilih dan dijadikan haiwan politik DAP..

2. PAS mengaku silap menderhaka dan kini berjanji terpaksa mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


3. PAS telah sedar dan insaf kerana mempolitikkan agama Islam dan kini berjanji akan beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka Perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu.

..d hadapan Guan Eng,
Pas istihar menolak al-quran 
sebagai perlembagaan negara,
dan menggunapakai semula perlembagaan penjajah

4. PAS menyedari pentingnya undi dari bangsa Melayu dan berjanji akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah seperti yang diamalkan oleh UMNO.

...hasil mahsul Kelantan adalah untuk kerajaan Pas
bukan untuk rakyat...

5. PAS telah sedar pentingnya undi dari bangsa Melayu dan berjanji akan mengubah daripada perjuangan kerana Islam kepada perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera yang selama ini telah berjaya dilaksanakan oleh UMNO-BN.

6.  PAS akan terus mendapatkan undi daripada kaum bukan Melayu dengan berjanji akan mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain seperti yang telah dilaksanakan oleh UMNO-BN selama ini;

...Cuvinist-Racist China DAP sangat memuliakan
Ustaz Politik Nik Aziz.
Aset utama pelaburan politik DAP

7.  PAS telah menginsafi kebenaran dan keberkesanan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam seperti yang sedang dilaksanakan oleh UMNO-BN di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia sekarang ini.;

8. PAS berjanji akan mengikuti jejak langkah UMNO-BN untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;
...Ustaz Politik Nik Aziz,
akan pinda "rasuah" kepada
"pemberian kepada  yang memerlukan"
9. PAS mengaku keberkesanan dasar-dasar UMNO mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu dan berjanji akan mengikut jejak langkah yang baik itu.;

10. PAS mengiktiraf usaha gigih UMNO mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang dan akan mencontohi usaha murni tersebut;


11. PAS berjanji akan menuruti dasar yang telah diamalkan oleh UMNO-BN yang mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;
...generasi hasil tarbiah islamaiah Parti Melayu Pas

12. PAS yakin dengan sistem pendidikan holistik yang menjadi dasar Pendidikan Negara yang disediakan oleh UMNO-BN dalam usaha membina jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang dan berjanji akan mencontohi pelaksanaannya.

Komen Bahtera:

Seluruh Rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa semua resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa  anjuran Pas itu adalah sebagai usaha membongkar kejahatan politiknya selama ini.

Pas dilihat tidak mampu meletakkan dirinya dalam arus politik semasa tanahair di mana Rakyat tidak lagi terpukau dengan ceramah retorik yang memperalatkan agama dan menghina bangsa sendiri. 

Dengan itu Pas cuba melihat faktor kejayaan UMNO-BN dan cuba berpatah ke belakang dengan cuba mengambil pendekatan UMNO-BN itu untuk dilaksanakan dengan harapan Pas juga akan mendapat kejayaan seperti yang dialami oleh UMNO-BN.

Sekarang PAS sudah menginsafi dan menyedari kesilapannya selama ini yang memusuhi UMNO sedangkan Rakyat kasih pada UMNO kerana dasar yang diamalkan oleh UMNO-BN adalah dasar yang diperlukan oleh Rakyat. 

UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.
UMNO-BN itu Rakyat Malaysia dan Rakyat Malaysia itu UMNO-BN.

Di Shah Alam, Pas sebenarnya telah mula membonmgkar kejahatan politiknya sendiri.

Jumaat, 18 Februari 2011

Jenderal Reformasi dan Bapak Konspirator Sedang Betarung Kerana Punggung!


Para peguam tersohor kenalah mainkan peranan dan kepakaran untuk menyelamatkan Nuar Berahim, bekas banduan yang memilih untuk dibicarakan atas dakwaan yang berkaitan dengan punggung.

Karpal dan barisan peguambela cari helah dari segi teknikal untuk pekena saksi yang disoal. kalau boleh mereka nak celarukan seberapa banyak bukti, kesilapan kenyataan dan sebagainya.

Sebelum ini mereka sudah gunakan sepenuhnya taktik melengah-lengahkan perbicaraan, mempermain-mainkan tugas Hakim malah cuba menendang Hakim keluar dari menjalankan tugasnya.

Perbicaraan hari ini berkisar pada carta yang  dikemukan oleh pihak pendakwaan semalam. Ianya telah disediakan oleh Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong. Carta yang digunakan untuk ujian sample DNA itu dikemukakan sebagai bahan bukti dan Dr. Seah telah menjelaskan peralatan yang telah digunakan dalam menjalani ujian tersebut.


Karpal pula tak puas hati dan terus membantah tindakan pihak pendakwaan yang mahu menjadikan carta itu sebagai bukt dengan alasan carta yang dijanakan oleh Komputer itu berkemungkinan silap kerana tidak tidak berfungsi dengan baik. Dengan tenang Dr. Seah menafikan perkara tersebut dan menyatakan bahawa beliau berkelayakan menggunakan perisian tersebut untuk menjalankan analisis genetik.

Akhirnya Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah membenarkan carta berkenaan dikemukan sebagai bukti.

Selepas ini tentu pihak pembela akan mencari ruang untuk mempertikaikan bahan bukti atau kredibiliti saksi dengan harapan Nuar Berahim dapat dioselamatkan.

Apapun, ramai pemimpin Pas dan DAP serta PKR sendiri yang memang mengetahui kisah sebenar kes liwat kedia yang sedang dihadapi oleh Nuar Berahim. Mereka juga berharap team peguambela dapat menyelamatkan Nuar Berahim, kalau boleh. 

Kalau tak boleh mereka juga tak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Jenderal Reformasi dan Bapak Konspirasi yang terpaksa bertarung dengan masalah yang berkaitan dengan punggung.


Liwat Part 2: Hanya Wakil Australia Yang Berminat


Hanya wakil Australia sahaja yang berminat mengikuti perbicaraan  liwat YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh, merangkap Ketua Pembangkang yang sedang digantung dan juga bekas banduan Penjara Sungai Buluh pada hari ini.

Perbicaraan hari ini disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah. Di awal sesi galeri awam di mahkamah terdapat banyak ruang kosong. Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim kelihatan berada sama di mahkamah.

Giliran Saksi Dr Seah Lay Hong memberi keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya sebagai pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu dengan mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan. Juga menambah pengalaman keil,uan dengan menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.
  • Mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful. Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 iaitu dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.
  • Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa dan sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan. Manakala Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.
  • Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.
  • Mahkamah bersidang semula pada 10.05am dan Hakim Zabidin membuat keputusan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.
  • Seah menerangkan beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut. Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.
Bulu

Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan telah ditandakan. Semasa proses penandaan itu , DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah. Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu. Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan. "Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya. DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.
  • Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti. Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.
  • Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan. Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.
Tunduk
Ketika sesi ini, kelihatan Wan Azizah menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.
  • Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul. Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.
  • Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti. Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis. Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.
DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika pada 11.30. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.

Mahkamah bersambung semula pada 10pm. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.
  • Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi, AP Mohan dan mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan duvet disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.
...gambar hiasan.
  • Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya. Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.
  • Dr Seah menjelaskan beliau mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya. Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur. Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.
  • Beliau juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan dan beliau juga berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan serta juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.
  • Beliau menjelaskan bahawa dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma. Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.
Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti sebelum Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...