Pengikut

Rabu, 30 Mac 2011

Seruan Jihad!!: Pentadbir Universiti Janganlah Jadi Talibarut UMNO, Jadilah Talibarut Pas

...wahai sekalian Pentadbir Universiti..
enta jangan nak tunjuk lebih pandai dari ana..

Khawarij Parti Melayu Pas akan tetap menghasut anak-anak muda di IPT untuk mengganas dalam arena politik tanahair.


Ustaz Politik Idris Ahmad yang dianggap bertaraf Professor di kalangan ahli-ahli dan penyokong Pas, mengamuk lagi. 

Kali ini beliau memarahi Petadbiran Universiti dalam negara ini yang dituduhnya tidak pandai mentadbir dan mengendalikan universiti. Kemarahan berapi-api beliau disebabkan pihak universiti melaksanakan proses pilihanraya IPT tidak mengikut kehendak parti pembangkang.

(Sumber: detikdaily)

Pentadbir  universiti jangan jadi tali barut umno dan Bn di negara ini. Pas mengharapkan pentadbir universiti jangan menambahkan lagi keahlian dalam komponen Barisan Nasional. Di luar kampus,  demokrasi berada di padang yang tidak sama kerana SPR yang menjadi budak suruhan umno.

Jangan cemarkan menara ilmu dengan bersikap seperti   Jawatankuasa Kampung Umno yang melakukan diskriminasi kepada penyokong pembangkang ketika  memberi subsidi  beruk dan baja.

Ustaz politik betaraf professor di kalangan penganut Pas ini, nampaknya sekali lagi telah memberikan buah fikirannya yang sentiasa bernas dan serasi dengan tahap pemikiran dan minda ahli Parti Melayu Pas. Walaupun kebelakangan ini nampaknya Harakahdaily, quran rasmi rujukan parti Pas sudah tidak lagi menyiarkan buah fikirannya, tetapi masih mendapat ruang di tempat lain.


Ulasan Bahtera:

Pembatalan keputusan 11 kerusi majlis perwakilan pelajar Universiti Putera Malaysia Pro Mahasiswa  (pro gerombolan pembangkang) baru-baru ini, merupakan langkah yang dipuji oleh rakyat Malaysia dan kebanyakan mereka menganggap tindakan memprotes oleh Pas itu adalah tindakan yang melampau, anti nasional, membelakangkan nilai ajaran agama Islam dan tidak sangat tidak bertanggungjawab. 

Pas ingin mengganggu dan menghalang pihak universiti melaksanakan tugas dengan baik berdasarkan akta dan peraturan yang sudah ditentukan oleh senate IPT di negara ini.

Pas masih ingin menjadikan mahasiswa sebagai golongan manusia yang boleh dicucuk hidung dan menjadi hamba abdi kepada kehendak parti politik pembangkang. Pas lupa bahawa Mahasiswa ialah golongan insan muda yang terpilih di kalangan 27 juta rakyat yang menjadi modal insan di negara ini. mahasiswa adalah harta Rakyat bukan hamba abdi suruhan Pas.

Pas cuba menghalang pentadbir IPT dari memberi  tumpuan kepada usaha untuk mengangkat darjat ilmu dan intelektualisme di menara gading. Pas ingin merosakkan usaha Universiti yang perlu fokus kepada tugas melahirkan generasi yang berilmu dan beramal untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Seluruh rakyat mahu pihak Universiti memberi fokus kepada tugas hakiki membudayakan ilmu dan kemanusiaan demi untuk membina rakyat supaya mereka menghargai peluang belajar, mengamalkan nilai murni, memelihara  ketenteraman, keselamatan dan membenci keganasan dan jenayah.


Tindakan ganas segelintir mahasiswa yang telah berjaya dihasut oleh budaya ganas parti komponen gerombolan pembangkang, patut dikutuk oleh masyarakat dan seluruh Rakyat Malaysia yang cintakan kesejahteraan, kedamaian dan keharmonian hidup berpandukan agama dan nilai sejagat.

Tetapi Pas tetap membuat seruan jihad dengan menggesa mahasiswa menjadi talibarut parti itu di IPT dalam negara kita.

Eloklah kita ulang dengar pesanan Professor Mat Sabu ini:


video



Isnin, 21 Mac 2011

TV - RTM - Media: Bercanggah Dengan Kepentingan Parti Politik Pas


Bukan semua rakyat sokong BN, bukan semua rakyat setuju BN guna media burukkan pembangkang. Ini (manipulasi media kerajaan) bercanggah dengan kepentingan rakyat,” tegasnya.

Itulah intisari kata-kata ustaz politik Haji Hadi Awang.

Sumber petikan: harakahdaily (oleh Mohd Nasir Awang)

BESUT, 20 Mac: Kerajaan barisan Nasional (BN) sekali lagi didesak agar menghidupkan amalan demokrasi secara lebih positif sebagaimana diamalkan negera-negara manju yang menggunakan sistem demokrasi.
Untuk itu ia mesti menghentikan amalan menyalahgunakan media arus perdana untuk kepentingan politiknya terutama dalam tempoh berlangsungnya sesuatiu pilihanraya.
Desakan itu diluhakan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada sidang media sejurus selesai majlis penutup Himpunan Kebangkitan Rakyat - Pas Ganti UMNO siri kedua (HKR-PGU) II, malam tadi.
Desakan itu diluahkan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi, pada sidang media sejurus selesai majlis penutup Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti UMNO Siri Kedua  (HKR-PGU II), malam tadi.

Pandangan:

Ustaz politik Haji Hadi Awang menjelaskan bahawa untuk menghidupkan amalan demokrasi, media massa terutama RTM (TV) tidak boleh menyiarkan berita kejayaan kerajaan yang memerintah negara ini.

Penyiaran berita mengenai dasar dan kejayaan-kejayaan kerajaan boleh menyebabkan demokrasi menjadi mati. Begitu juga penyiaran berita yang melibatkan tindakan Pas dan Parti Pembangkang yang memperalatkan agama, menabur fitnah, anti nasional juga boleh melemahkan demokrasi.

Haji Hadi juga beranggapan bahawa rakyat adalah hakim. Media masa hendaklah menyebelahi parti pembangkang supaya rakyat dapat membuat keputusan yang adil dengan cara menolak kerajaan dan memihak kepada pembangkang. Dengan cara ini barulah demokrasi boleh dianggap hidup subur. 

Hadi Awang yang juga seorang ahli politik, menyarankan supaya media massa melaporkan berita-berita yang yang positif sahaja berkenaan pembangkang. Misalnya media tidak boleh menyiarkan mengenai Parti Pas yang menipu dalam isu Tabung Memali, isu ladang Rakyat di Kelantan, kenaikan tarif air di Kedah, Nik Aziz memberi rasuah semasa PRK Galas dan banyak lagi penyelewengan yang melibatkan rakyat.

Ustaz politik ini juga melarang media massa berperanan menyampaikan berita dan dasar kerajaan terutama semasa berlangsungnya pilihanraya. Media massa dilarang menyalurkan berita kepada rakyat berkenaan program, aktiviti dan penjelasan isu-isu tertentu oleh pihak kerajaan. 

Ustaz politik ini meminta media janganlah menjadi alat propaganda kerajaan, sebaliknya hendaklah juga menjadi alat propaganda parti pembangkang sebagaimana yang diamalkan oleh Harakah dan banyak lagi akhbar cetakan dan maya yang lain.

Haji Hadi lupa bahawa akhbar harakah telah masuk ke dalam rumah menghasut rakyat dengan berita-berita yang tidak bertanggungjawab. Rencana yang mengapikan sentimen serta menyuburkan kebenciaan tersebar ke seluruh negara.

Haji Hadi hanya ingin menyatakan bahawa TV-RTM bercanggah dengan kepentingan politik Parti Melayu Pas bukan kepentingan rakyat.

Ini membuktikan bahawa perjuangan parti Pas sudah sampai ke garisan akhir kerana ditolak oleh rakyat walaupun media mereka berterusan menjalankan dakyah memburuk-burukkan kerajaan dan cuba menjatuhkan maruah pemimpin secara tidak demokratik.


Jumaat, 11 Mac 2011

Teresa Kok Suh Sim Berniaga Politik Dengan Nilai Otaknya RM0.05 sen

Teresa Kok Suh Kim

Teresa Kok berhasrat menunjukkan beliau sangat prihatin terhadap perbelanjaan kerajaan yang menggunakan wang rakyat. Tetapi beliau gagal menyembunyikan niat jahat dan dengki hati terhadap kejayaan Perdana Menteri yang semakin disayangi oleh rakyat.

Beliau mempersoalkan mengenai Datuk Seri Najib membelanjakan RM 63,000 untuk menghantar sms ucapan "Salam 1Malaysia" kepada 1.25 juta rakyat Malaysia. 

Sebelum ini, ahli parlimen Batu Gajah dari Parti China DAP, Fong Po Kua, juga bertanya kepada Najib di Parlimen semalam tentang e-mel yang dihantar kepada rakyat Malaysia pada awal pada Februari, bersama-sama dengan ucapan SMS Tahun Baru Cina.



DS Najib dalam jawapan bertulisnya menjelaskan bahawa empat juta SMS yang dihantar itu adalah disediakan secara percuma oleh tiga syarikat-syarikat telekomunikasi - DiGi Bhd, Maxis Bhd dan Celcom Bhd - sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka.

Teresa Kok masih tidak puas hati lalu mengajak rakyat Malaysia klik pada pautan "unsubscribe" untuk menghalang ucapan Perdana Menteri sampai kepada mereka.

Jelaslah, tujuan sebenar Teresa Kok bukanlah untuk menyelamatkan wang rakyat, tetapi mengahalang rakyat daripada menjalin rasa hormat, kasih sayang, harga-menghargai dan menyuburkan perpaduan dengan Perdana Menteri yang mereka sayangi.

Jika wang rakyat yang kononnya hendak diselamatkan, tentulah tidak seberapa kerana nilainya hanyalah RM 0.05 sen bagi setiap sms yang diterima. 

Teresa Kok lebih menonjolkan niat jahat dan dengki hatinya kerana tidak suka wujud hubungan baik antara Perdana Menteri dengan rakyat. Menghasut dan berusaha supaya rakyat membenci pemimpin dan kerajaan adalah keutamaan bagi Parti Komunis Malaya yang telah diharamkan dahulu. Peristiwa Memali juga berlaku kerana hasutan supaya rakyat membenci pemimpin dan kerajaan.

Beliau lupa bahawa hubungan yang baik ini sangat diperlukan dalam negara yang berbilang kaum dan agama kerana kejayaan 1Malaysia adalah terletak pada perpaduan dan saling menghormati di kalangan rakyat Malaysia. Menghalang rakyat membina rasa sayang, hormat menghormati dan saling mempercayai samalah dengan mengajak rakyat menghidupkan semula ancaman gerombolan pengganas komunis yang pernah dialami oleh rakyat dahulu. 

Teresa Kok gagal menyembunyikan warna sebenar Parti China DAP yang diwakilinya dalam memperjuangankan politik konstruktif di negara ini. Beliau benar-benar mewarisi sifat-sifat busuk hati dan dengki dan tidak mahu melihat rakyat membina hubungan baik dengan pemimpin.


Membina negara yang aman, harmoni dan sejahtera bukanlah dengan harga RM 0.05 sen. Negara yang aman dinikmati oleh semua warganegara termasuklah Teresa Kok yang cuba meracuni fikiran rakyat menjauhi rasa mesra dan hormat-menghormati yang berjaya dibina oleh DS Najib.

Bagaimanapun kerjanya sebagai Ahli Parlimen kita hormati, cuma kita jangan terpedaya dengan Teresa Kok Suh Sim ini yang kelihantannya ingin berniaga politik dengan nilai otaknya lebih murah dari RM 0.05 sen.


Selasa, 8 Mac 2011

Selepas Pujuk Melayu, Pas Patut Adakan Konvensyen Pemerkasaan Ekonomi China


Berbagai-bagai usaha sudah dilakukan oleh Pas untuk mendapatkan undi.

Pada asalnya di kalangan umat Islam Pas menggunakan slogan perjuangan Islam dan hudud. Untuk mendapatkan undi, Pas mendakwa UMNO menjadi kafir kerana anti Islam dan berkawan dengan orang kafir. Malangnya, retorik memperalatkan agama akhirnya menjadi tidak laku.

Pas mengubah pendirian dan hukum. Sebenarnya boleh berkawan dengan DAP, malah dengan syaitan sekalipun. Lalu DAP diangkat menjadi khalifah menerajui perjuangan baru Parti melayu itu. Maka Pilihanraya 2008 membantu DAP memerintah di Perak dan Pulau Pinang. 

PRK Manik Urai, Bagan Pinang, Galas dan Tenang menyaksikan perjuangan Pas ditolak lagi. Malah semakin truk dan buruk.

Ini menyebabkan  DAP risau sahamnya dalam Parti Melayu Pas terus jatuh. Dap cadangkan idea baru. Pas dikehendaki gugurkan apa sahaja yang berkaitan perjuangan Islam dan hudud. Pas patuh sehingga tidak berani memakai songkok putih, serban atau pakaian berwarna hijau. Juga tidak boleh menyebut atau membangkitkan apa-apa yang berkaitan dengannya jika ingin bersama Gerombolan. 

DAP kemudiannya arahkan Pas supaya terus kekal gugurkan perjuangan Islam dan hudud dan beralih kepada perjuangan bangsa Melayu pula. Pas patuh lagi sehingga terpaksa menjadi pejuang asobiah kerana membela bangsa Melayu. Pas sangat percaya memperjuangkan bangsa Melayu adalah dilarang oleh Allah dan bertentangan dengan ajaran agama Islam mereka. 

Dengan nasihat, tunjukajar dan bantuan DAP, sekarang Pas menganjurkan banyak ceramah berkaitan perubahan perjuangannya ke arah perjuangan kebangsaan bangsa Melayu. Juga tidak laku.

Buktinya:

YB Roslan Ahmad menang dengan memperolehi 5,962 undi di DUN Merlimau. Pas-Gerombolan Pembangkang kalah dengan hanya mendapat sebanyak 2,319 undi. BN menang dengan majoriti yang  semakin meningkat menjadi 3,643.

YB Syed Ibrahim pula menang dengan mendapat 5.060, pas hanya 2,336 undi sahaja. BN menang dengan majoriti  2,724 undi


Agaknya selepas ini, Pas perlu mengadakan konvensyen, simposium atau  kolokium berkaitan memperkasakan ekonomi kaum China pula. 

Tujuannya untuk membuktikan bahawa Pas mampu menjaga dan membela kaum China sebagaimana yang UMNO buktikan selama ini.  


Tentu DAP boleh bagi nasihat dan tunjukajar kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli serta penyokong Parti Melayu Pas. Jika tidak pelaburan dan saham DAP dalam Pas jadi tidak menguntungkan.


Jika tidak bagaimana Nik Aziz, Nuar Berahim nak daulatkan ketuanan rakyat DAP Malaysian Malaysia selagi keluhuran Perlembagaan Persekutuan masih ada.

Terkini dari DAP yang sudah faham Islam Nik Aziz:


Teresa Kok melarang keras dan mengarahkan PAS Kelantan 
jangan mendesak sekutunya dalam Pakatan Rakyat 
untuk melaksanakan pengharaman judi 
sebagaimana yang dilakukan di Kelantan kerana akan 
menjejaskan undi bukan Melayu dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kita tunggu apa Nik Aziz dan Khalid Gereja nak kata..

Jangan Lupa:

Pas bukan Agama, Pas parti politik sama seperti DAP
Nik Aziz bukan ulamak, dia ahli politik sama seperti Kit Siang



Sabtu, 5 Mac 2011

Kes Sial!: Buku Jingga Cetuskan Musibah Politik Kepada Pas di Tenang, Merlimau dan Kerdau

..buku jingga yang meresahkan..
apa nak buat....dah terlanjur diumumkan..

Sejak Buku Pink (Buku Jingga) didedahkan kepada umum, Gerombolan Pakatan Pembangkang menjadi huru-hara dan tak keruan.

Mereka menjangkakan buku tersebut beserta dengan janji 100 hari dapat memikat hati orang ramai. Mereka berharap rakyat Malaysia akan berasa kagum dan terpesona dengan kehebatan formula ekonomi yang dibentangkan.

Malangnya buku dan janji tersebut bukan sahaja tidak dihiraukan, malah menjadi bahan persendaan orang ramai di mana sahaja mereka berbual. Di sekolah guru-guru tersenyum sini apabila diajukan tentang kenaikan RM 500. Di kedai kopi mereka tertawa terbahak-bahak mendengar janji tinggi melangit. Di IPT mahasiswa tertawa seoalah-olah buku jingga dan janji 100 hari itu bahan lawak jenaka yang menghiburkan.

Pemimpin  Gerombolan Pakatan Pembangkang menjadi tidak tenteram setelah tersilap melancarkan  Buku Jingga yang mendatangkan musibah politik kepada mereka.
Ini disebabkan rata-rata orang ramai yang ditemui menyatakan bahawa Buku Jingga ini tidak lebih dari dokumen kosong untuk membohongi rakyat dan bagi memancing undi piolihanraya sahaja. 

Sebab itulah DAP terpaksa menasihatkan Pas supaya menggugurkan perjuangan Islam dan hudud dan menggantikannya dengan perjuangan membela Bangsa Melayu. 

DAP sudah dapat menjangkakan bahawa apa sahaja janji yang dibuat oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang tidak akan berjaya menawan hati rakyat kerana UMNO-BN tidak pernah mungkir janji dan melaksanakan mandat pengundi secara berterusan.

Janji 100 hari yang dihebohkan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang dilihat sebagai gimmik dan lawak politik sekadar ingin menghiburkan hati sahaja. 

Nuar Berahim pula semakin tenat dengan isu liwat di mahkamah dan ini meresahkan pemimpin-pemimpin Gerombolan untuk menghadapi bukan sahaja Pilihanraya kecil malah lebih menakutkan untuk berdepan dengan Pilihanraya Umum. 

Apabila Nuar Berahim menjadi liabiliti kepada Gerombolan Pakatan pembangkang, dengan sendirinya Buku Jingga dianggap sebagai kertas kosong yang wajar ditongsampahkan sahaja.

Dalam kempen PRK DUN Merlimau dan Kerdau, sudah tiada penceramah yang membawa buku jingga dan janji 100 hari sebagai tarikan utama. 

Pas sudah memesongkan strateginya beralih dari penumpuan terhadap menawan pengundi kepada menubuhkan Skuad Kamera yang tidak ada kena mengenai dengan Janji 100 hari serta fadhilat Buku Jingga mereka.

Gerombolan Pakatan Pembangkang berada dalam keadaan resah dan gelisah, kerana sokongan rakyat pastinya melihat pada komitmen kerajaan UMNO-BN selama lebih 52 tahun memerintah dengan tidak menghampakan Rakyat. UMNO-BN telah berjaya menjadi Parti Rakyat Malaysia yang disayangi. Pihak yang berasa hampa hanyalah Gerombolan Pakaran haran yang gagal untuk ke Putrajaya.

Buku Jingga memaparkan pemuafakatan bersama dan dirancang untuk menyelamatkan diri kerana  ketiga-tiga parti Gerombolan Pekatan (PAS, PKR dan DAP) merasakan mereka sedang ditolak oleh rakyat. 

Keberkesanan, kesederhanaan, kesabaran dan kegigihan YAB DS Najib mengemudi parti dan negara telah berjaya memikat hati seluruh rakyat untuk bersama kerajaan. Masaalah hanyalah timbul di kalangan Gerombolan Pakatan Pembangkang yang sentiasa memutarbelit fakta bagi  setiap perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan tidak berfaedah. Hasutan demi hasutan mereka usahakan tetapi  rakyat tetap mempercayai bahawa Kerajaan UMNO-BN terus membela mereka tanpa membezakan kaum atau anutan agama. 

Sah... keterlanjuran mendedahkan Buku Jingga dan Janji 100 Hari kini menjadi musibah kepada Gerombolan Pakatan Pembangkang. 

Buku ini dan Janji 100 hari pernah dijaja dan dimainkan di PRK Tenang, menghasilkan kekalahan teruk Parti Melayu Pas. Retorik Ekonomi yang tidak menjadi. 

Di Merlimau dan Kerdau,  Pas akan kembali kepada retorik slogan agama dan DAP meniupkan api sentimen perkauman untuk menyatukan kaum China walaupun mereka menjadi ahli parti yang berlainan.

Selasa, 1 Mac 2011

Dilema Merlimau dan Kerdau: Pas kehilangan punca untuk menghasut pengundi


Memang benar Pas tidak ada harapan di Merlimau. 


Bukan kerana UMNO-BN kuat berkempen, tetapi kerana Pas sudah 
tidak relevan lagi kepada masyarakat di negara ini. 

Sumber petikan: harakahdaily (tulisan AzAziz Muda)
   


JASIN, 28 Feb: Penduduk di kawasan Dun Merlimau kini amat hairan dengan 
tindakan para pemimpin Umno dan kerajaan Melaka yang begitu bersungguh-sungguh 
untuk membantu penduduk di kawasan itu, sedangkan sebelum ini tidak pula sedemikian.
Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar 
disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah 
dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak.


Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu 
ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing 
undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya.


Petikan berita di atas tidak mempunyai nilai politik sama sekali. 
Hanya sekadar  memenuhi ruang untuk menyertai kemeriahan 
suasana pilihanraya. 
Pas bukan sahaja gagal menerangkan kepada pengundi,mengapa 
mereka  perlu memilih parti itu, malah Pas juga gagal mencari isu 
mempengaruhi pengundi supaya berasa marah dan benci kepada 
kerajaan.
Akibatnya terpaksalah bala tentera jihad fisabilillah Pas mencari-cari 
dan merekacipta isu yang dipercayai sesuai dimainkan untuk tujuan 
mewujudkan  rasa marah dan benci kepada kerajaan.
Kepayahan yang dialami oleh Parti Melayu Pas ini bukanlah 
disebabkan UMNO-BN kuat berkempen. Atau kerana penceramah 
UMNO ghairah menggunakan ayat Quran atau hadith. Tidak juga 
disebabkan UMNO mengaitkan kejayaannya membela rakyat 
hampir sama dengan kejayaan Rasulullah di zamannya.
Kesukaran Pas membohongi rakyat adalah disebabkan Kerajaan 
UMNO-BN telah melaksanakan amanah dan mandat Rakyat 
sepanjang masa pemerintahannya selama lebih 51 tahun. UMNO 
memikul tanggungjawab sebagai pemerintah yang saksama 
kepada seluruh rakyat di seluruh negara. 


Rakyat memahaminya  walaupun UMNO tidak ghairah mengaitkan 
dan mencanang usaha itu dengan kejayaan Rasulullah membina 
kehidupan umat Islam di zamannya, tetapi tuntutan ajaran islam 
itu telah dipraktikkan dengan jelas dan jayanya.
Oleh kerana Kerajaan membina jalan di kampung-kampung, maka 
Pas terpaksa menggunakan isu jalan juga untuk menarik perhatian 
pengundi. 


Cuma bezanya kerajaan meneruskan pembinaan jalanraya, tetapi 
Pas menghasut rakyat untuk mengatakan tidak memerlukan 
jalanraya.
Samalah dengan isu Felda. Kerajaan berusaha membina Felda 
untuk membela rakyat yang dibelenggu kemiskinan, tetapi Pas 
menghasut dengan mengatakan kerajaan menzalimi peneroka 
dan mengajak mereka membanci  kerajaan.
Apabila kerajaan berusaha membantu pelajar-pelajar yang tidak 
berupaya melanjutkan pelajaran ke IPT dengan menyediakan 
skim pinjaman PTPTN, Pas pula sibuk menghasut mereka supaya 
jangan membayar hutang pinjaman.
Di Merlimau dan Kerdau, Pas kehilangan punca untuk menghasut 
pengundi. 
Bahtera menjangkakan bahawa Parti China DAP yang berpengkalan 
di Pulau Pinang akan meningkatkan tekanan untuk mempertahankan 
pendirian kaum China di seluruh negara supaya terus  bersatu.

Matlamatnya adalah untuk menghalang UMNO-BN mencapai 2/3 
kerusi parlimen dalam PRU ke-13. DAP sangat bimbang dengan  
trend penolakan bangsa Melayu terhadap Parti Melayu Pas sekarang 
ini. DAP juga menyedari bahawa persepsi umat Islam terhadap Pas 
adalah sebagai parti yang telah jauh sesat dari asas ajaran agama
Islam yang sebenar dan juga politik perosak umat Islam.
Dilema Pas masakini adalah berdepan antara hidup dan mati. 
Pas terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah sebuah 
parti Melayu yang gagal samada dalam arena politik maupun
agama. 


Setelah ditolak oleh umat islam, Pas sekarang sangat bergantung 
hidup matinya di tangan Parti China DAP dalam segala hal.

Caranya Pas bergantung nyawa kepada Parti China DAP amat 
mudah:
Parti China DAP buatlah apa sahaja penghinaan terhadap bangsa 
Melayu, Raja-raja Melayu, bahasa melayu, adat istiadat orang 
Melayu dan agama Islam - Pas akan mempertahankan DAP 
walaupun terpaksa menggunakan agama islam sebagai alat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...