Pengikut

Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA TERUS MERDEKA!

 KEMERDEKAAN ITU ADALAH MARUAH KITA BERSAMA




Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Negara diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Anugerah kemerdekaan ini sangat besar ertinya kepada kita semua, terutama kepada anak-anak generasi muda.

Segala yang telah kita capai adalah nikmat Allah yang tidak terhingga nilainya. Nikmat sebagai rakyat dalam sebuah negara yang merdeka, bermaruah dan bermartabat. Kemerdekaan ini memberikan kita ruang yang sangat luas untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri, keluarga dan masyarakat.

Perjuangan para pemimpin yang mendorong kepada kemerdekaan, seharusnya memberikan kita keinsafan, betapa murninya usaha mereka itu. Dengan gabungan tenaga, fikiran, semangat dan tindakan yang bernas serta bijaksana, mereka telah berkorban untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada kita.

Hari ini kita dapat menikmati kehidupan yang mereka perjuangkan. Kita mampu bergerak bebas ke sana kemari, kita boleh melakukan apa sahaja yang kita hajatkan untuk kepentingan diri kita sendiri dan kita boleh membuat keputusan tentang diri dan keluarga kita. Nikmat ini tidak mungkin dikecapi sekiranya kita masih dijajah.


Marilah kita bersatu untuk mengekalkan kemerdekaan ini dan terus mengisinya dengan sebaik mungkin yang termampu kita lakukan.

DS Najib, Perdana Menteri yang klita kasihi telah mengingatkan supaya kita bersama-sama mempertahakan kemerdekaan ini kerana hanya dengan cara ini sahajalah kita dapat meneruskan hidup sebagai sebuah bangsa yang bermaruah.

MERDEKA TERUS MERDEKA!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...