Pengikut

Isnin, 31 Januari 2011

Faktor Kekalahan Pakatan Pembangkang Di Tenang


Pemikiran Rakyat sudah berubah tetapi pemikiran Pas dan Gerombolan Pembangkan masih di tahap lama.
  1. Pengundi sudah membuat keputusan awal untuk menolak Pas kerana tetap yakin untuk bersama-sama UMNO-BN yang membela nasib dan kehidupan mereka selama ini.
  2. Calon Pas bermasalah dan ditambah pula dengan isu penipuan Sijil Cuti Sakit oleh suaminya Cikgu Maarof. Persatuan Ibubapa dan Guru semua sekolah rendah dan menengah begitu marah dengan perangai Cikgu Maarof yang menipu majikannya dengan cara yang sangat memalukan kaum guru dan bertentangan dengan agama Islam. 
  3. Parti Pas bertanding tetapi parti lain seperti DAP dan PKR turut sama memasang bendera dan lambang parti. Ini menyebabkan pengundi rasa mereka seolah-olah dipermainkan oleh kumpulan parti yang bermasalah ini. 
  4. Anwar Ibrahim sangat dibenci oleh masyarakat di Johor termasuklah kaum  bukan-Melayu (Cina & India).  Bosan dengan janji bohong dan mempermain-mainkan emosi rakyat untuk membenci Pemimpin kesayangan mereka YAB Dato' Seri Mohd Najib. Kebetulan pula  2 pemimpin PKR keluar parti di masa kempen PRK Tenang, Pengasas PKR, Ng Lum Yong dan MP Gobala. 
  5. PAS sendiri kelihatan tidak bermaruah dan sangat bermasalah. Tidak mesra dengan pengundi Melayu tetapi hanya  menemui mereka semasa pilihanraya. Menggunakan DAP menghasut supaya orang Melayu-Islam berpecah-belah sedangkan selama ini mereka hidup bersama dengan baik. 
  6. Kempen Pas yang cuba menanam kebencian pengundi kepada kerajaan dengan memainkan isu APCO, Altantuya dan harga barang naik, hanya menjadi bahawa tertawa. Tetapi penceramah masih menggunakannya kerana ketiadaan isu.
  7. Penceramah dan blogger Pas dan Pakatan Pembangkang berkempen dengan cara menyerang calon BN. Serangan menyerang  berlandaskan fitnah yang tidak disenangi lagi, tidak berkesan, tidak tepat dan menyebabkan pengundi semakin benci kepada Pas. PAS sendiri tidak mampu mengkotakan janji iaitu tidak akan melakukan serangan peribadi. 
  8. Kelemahan Calon dan Penasihat Utama Calon (Cikgu Maarof) yang terperangkap dalam isu  saat akhir iaitu berkenaan sijil cuti sakit dan sijil kelulusan SPM Cikgu Normala yang tidak sempat dimanipulasi oleh Pas.
  9. Keterlanjuran kata-kata Nik Aziz, Nizar Jamaludin, Shalahudin Ayoub, Mazlan Aliman dan Mahfuz Omar menyemarakkan lagi kebencian Rakyat kepada Pas dan Pakatan Pembangkang

    Kini Rakyat telah menyampaikan suara mereka. Suara keramat Rakyat Malaysia


Sabtu, 29 Januari 2011

Normala Akui Suaminya Terpaksa Tinggalkan Tugas Sekolah Kerana Banyak Komitmen


Normala mengakui bahawa suaminya terpaksa meninggalkann tugas di sekolah kerana terlalu banyak komitmen.

Normala juga menjelaskan suaminya memang mendapat Sijik Cuti selama 21 hari berturur-turut. Untuk mendapatkan cuti itu hanya perlu diperiksa selama 10 minit sahaja bagi setiap temujanji dengan Doktor di Klinik Kerajaan dan swasta. Cuti Sakit yang panjang itu perlu diberikan kerana Hospital Besar hanya ada di Labis.

Penyakit yang datang secara tiba-tiba itu telah mendapat rawatan yang sangat berkesan di klinik-klinik tersebut. Doktor ini telah berjaya  memulihkan penyakit suaminya dengan serta merta juga dan kini meneruskan kerja-kerjanya yang begitu banyak tanpa halangan kesihatan lagi.

Oleh kerana sangat sibuk, Cikgu Mala memberitahu, suaminya tidak dapat berkempen hari ini kerana mempunyai urusan lain.

"Dia (suami) ada tugas lain dan tidak dapat bersama saya hari ini. Dia ada komitmen yang harus diselesaikan," katanya semasa ditemui pemberita di sini hari ini.

(Sumber berita: Detikdaily)

Ditanya sama ada isu MC suaminya akan memberi kesan kepadanya, Cikgu Mala berkata: "Bagi saya isu ini tidak akan memberi kesan kepada baki perjalanan kempen yang tinggal dua hari lagi."

"Suami saya jarang mengambil cuti (sakit) dan seorang yang komited terhadap kerja. Saya harap agar isu ini tidak dijadikan spekulasi dan disensasikan oleh media.

"Bagaimanapun, setakat ini keadaan dia (suami) baik dan emosinya sudah semakin stabil," katanya.

Normala turut mendakwa suaminya terpaksa mengambil cuti sakit di hospital besar di Segamat kerana tiada hospital besar di Labis.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan daripada Maarof gagal kerana panggilan telefon tidak berjawab.



Pantun Tenang dan Pantun Istimewa

(Grafik: Ehsan Laksanama Bentan)

Pantun Tenang


Beli tenggalan di Pengkalan Kota,
Isi mari ke dalam raga;
Walau bulan terbit merata,
Takde letrik bergelap juga.


Ikan parang dari besut,
Buat lauk orang berkelah;
Orang datang jadi penghasut,
Kampung kita pecah-belah.


Batang keladi dari Sijangkang,
Bawa mari ke Taman wawasan;
Masa mengundi pangkah pembangkang,
Bila sesak cari Barisan.


Pokok sena pokok jangkang,
Tanam mari tepi kota;
Apa guna pilih pembangkang,
Kelak nanti menyusahkan kita.


Hasil Nukilan:
Pak Long
(Abdullah bin Chand)
Pembantu Imam, Mesjid Jamek Pekan Air Panas
(Sumber: Jebat Berkokok


Pantun Istimewa


Normala Maarof asalnya cikgu,
Letak jawatan sebelum dipecat;
Zalimnya BN kuat menipu,
Keluarkan MC pada yang sihat.



- Hasil Nukilan Cikgu Maarof, 
  Guru Kerajaan Barisan Nasional




"Terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya. 
Dengan izin Allah dan doa Tuan Guru, 
saya sihat dan dapat mengiringi isteri saya melawat kawasan 24 jam sehari".


Pesanan bahtera Merdeka:


Selamat mengundi dan jangan lupa bawa kad pengenalan.


(Ingatan saat akhir: Jangan serahkan IC kepada orang yang tidak dikenali walaupun pakaiannya seperti pakaian orang Islam)  



Khamis, 27 Januari 2011

Langgar Budaya Parti: Ustaz Nasharudin Mat Isa Mulai Dicurigai

Ustaz Nasha nampaknya cuba melanggar budaya dan tradisi Parti Melayu Islam Pas.

Tindakan ini boleh mendedahkan Ustaz Nasha kepada risiko dicurigai dan akhirnya dibenci kerana cuba memesongkan budaya asas parti itu.

Dengan mencadangkan supaya Pas tidak membuat fitnah, samalah dengan menutup mulut dan mengenepikan kitab-kitab rujukan penceramah serta ustaz-ustaz politik yang ramai dalam parti itu. 

Menghalang menyebarkan fitnah dan pembohongan boleh merosakkan kredibiliti parti yang selama ini dapat hidup selama lebih 50 tahun.

Paling tidak menyenanginya ialah parti China DAP kerana parti itu sangat teruja dengan budaya yang diamalkan oleh Parti Melayu Islam itu dalam arena politik negara khususnya sumbangan besar kepada Pakatan Pembangkang.

Sumber: harakahdaily

LABIS, 3 Jan: Jentera PAS diingatkan agar tidak menjadi agen penyebar fitnah sewaktu menyampaikan maklumat kepada masyarakat khususnya pengundi di Dun Tenang.

"Jangan kita menjadi agen penyebaran fitnah, pastikan apa yang kita cakap itu berdasarkan fakta yang betul. Periksa dahulu fakta, fahami dahulu suasana dan keadaan, kenali masyarakat di hadapan kita sebelum kita menyampaikan sesuatu perkara.

Nasharudin juga berkata, sebagai peyokong dan pendokong parti yang memperjuangkan Islam, jentera parti harus menunjukkan akhlak yang baik sewaktu berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai latar belakang.

"Akhlak Islam menjadi teras perjuangan PAS. Kita dekati pengundi dengan akhlak yang baik, dengan budaya timur yang menghormati satu sama lain dan memahami kehendak satu sama lain.


Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa terpaksa menyampaikan ingatan tersebut kerana sudah dapat  mencium petanda-petanda yang jelas bahawa jentera PAS dan Pakatan Rakyat akan menggunakan kaedah menyebarkan fitnah yang sudah pun dijalankan secara haram di Tenang.

"Jangan terikat dengan kaedah menimbulkan kebencian dan perpecahan serta menabur fitnah sahaja," lebihkurang maksud kata-kata beliau ketika berucap di majlis pelancaran gerak kerja pilihan raya bagi PRK N. 05 Tenang dekat sini, kelmarin.

Barovo! Ustaz Nasha..

Memang politik itu hanyalah sebagai satu kaedah untuk memberi hak rakyat menyatakan suara mereka. Dengan kuasa politik yang terkumpul dapatlah membentuk kerajaan untuk berbuat kebaikan kepada rakay. Sesuailah dengan mandat dan amanah yang telah mereka berikan.

Itulah amalan UMNO-BN selama ini. Menggunakan kuasa untuk membawa kebaikan dan berdakwah kepada masyarakat ke arah kesempurnaan pemikiran dan tindakan. Bukan hanya mahukan kuasa memerintah tetapi tidak melaksanakan tanggungjawa dan amanah.

Itulah yang membezakan definisi politik yang dipegang kemas oleh UMNO-BN dengan definisi yang ditarbiahkan oleh Pas. 


UMNO-BN mengajak manusia ke arah kebaikan dan melakukan kebaikan untuk rakyat sepanjang masa. Pas mengajak rakyat mendengar ceramah tantang kebaikan tetapi melakukan pembohongan, penyelewengan fakta, memfitnah dan memperalatkan agama sepanjang masa.

Perbezaan ini telah dinilai oleh rakyat sejak sekian lama. PRK Tenang akan membuktikan bahawa Pas sudah tidak relevan lagi dengan keperluan umat Islam di negara ini. Pas dilihat sentiasa berminat melakukan maksiat fitnah dari dulu, kini dan selamanya.

Pas hanya relevan dengan DAP yang sedang berusaha dan semakin berjaya memecahbelahkan umat Islam dengan bantuan setia Parti Melayu Islam Pas.
  
 

Selasa, 25 Januari 2011

Nik Aziz Nak Menteri Kewangan Pulak Dahhh!


Jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran mesti diberi kepada Pas.

Ustaz Nik Aziz meletakkan syarat jika UMNO ingin menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Parti Melayu Islam Pas (PAS) itu.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh anak lelakinya Nik Abduh: 

Sumber Blog Pasmuda

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.
Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”......

  
Tak tau lah kita apa nak jadi ustaz ni. Nak pakai baju tapi tak mau sukat pada badan sendiri. Nanti bila tak muat ke, terlebih mengelebeh ker, dia salah pihak lain pulak.


Kayu balak dah ditebang, dah dijual, duit dah masuk poket Pas. Tapi rakyat masih menderita. 

bakpo mu kecing dale juboh..."air takdak la pulok'...

Begitu juga kemudahan asas seperti jalanraya yang baik, bekalan air bersih dan kemudahan sosial yang lain tidak mampu disediakan. Nasib baiklah sebahagian kemudahan asas disediakan oleh Kerajaan Pusat. Jika tidak sudah tentu seluruh rakyat Kelantai akan terus menderita.

Ustaz ni nak minta jawatan Menteri Kewangan sebab nak jaga peti duit negara kot. Atau berhajat mintak nak jawatan Menteri Pelajaran sebab nak tarbiyyah islamiah rakyat Malaysia .

Gerakan kesedaran sedang menjalar senyap di Kelantan. Golongan muda sudah mula menghidupkan  nadi penentangan terhadap Parti Melayu yang memungkiri mandat dan amanah rakyat selama 20 tahun. 

Denyut nadi sanubari yang semakin kencang dilihat mampu memberi ucapan selamat tinggal kepada Kerajaan Parti Melayu Pas Kelantan selepas PRU ke-13 nanti.


Sabtu, 22 Januari 2011

SPR Berfikiran Macam Budak-budak Tadika PASTI!

...salah seorang pengikut parti pimpinan ulamak ..

Menurut seorang pengikut kepimpinan ulamak, Sdra Suhaizan Kayat, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Parti Melayu Islam Pas, bahawa SPR berfikiran seperti budak-budak.

Sebabnya SPR melarang parti yang tidak bertanding di Tenang menggantung poster dan gambar pemimpin mereka, berpandukan 24B(4) Akta Kesalahan Pilihanraya.

Pandangan ini menyedarkan kita bahawa rupa-rupanya tidak wujud kesedaran dan kematangan berpoltik di kalangan pemimpin parti pembangkang. Termasuklah parti yang kononnya dipimpin oleh para ulamak.

Rakyat faham bahawa setakat ini yang akan bertanding di Tenang adalah parti yang sudah sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan iaitu  Barisan Nasional (BN)  dan PAS.

Kedua-dua parti ini layaklah mengemukakan bahan-bahan kempen seperti memasang bendera, kain rentang, mengedarkan manifesto dan bahan-bahan cetakan. Tujuannya supaya pengundi mendapat maklumat dan membantu mereka membuat keputusan.


Walaupun sebahagian besar pengundi di Tenang sudahpun membuat keputusan untuk menyingkirkan Pas dalam PRK ini, tetapi Pas masih mempunyai hak untuk berkempen, merayu undi, bertemu pengundi dan apa sahaja yang dibolehkan mengukut aturan dan peraturan pilihanraya. Semua ketetapan ini adalah sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia yang harus dipatuhi.

Sebaliknya mengikut pemikiran Suhaizan Kayat, parti yang tidak bertanding juga harus diberi hak memasang bendera, logo dan gambar pemimpin parti mereka. 


Masyarakat di DUN Tenang tentu berasa pelik dan janggal kerana mereka tahu yang bertanding adalah parti Pas. Mengapa pula bendera, logo dan gambar pemimpin parti lain turut di pasang sama.

Ramai yang mengatakan kemungkinan Pas tidak yakin pada dirinya sendiri dan ada juga yang membuat kesimpulan bahawa Pakatan Pembangkan yang masih berstatus haram itu sememangnya berminat melanggar Perlembagaan Negara.

Kalau mengikut tahap kecerdikan dan IQ Suhaizan Ketua Dewan Penerangan Pemuda Pas Pusat itu, dia menyatakan bahawa PRK DUN Tenang bukan hendak melantik pengawas sekolah tetapi memilih Wakil Rakyat yang akan menjadi penggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri.

Aduh! Teruknya tahap mentaliti Ketua Penerangan Parti pimpinan ulamak ini. 

Dia mencadangkan bahawa untuk melantik bakal penggubal undang-undang hendaklah dengan cara melanggar undang-undang!.

Dari satu sudut, kelihatan Pas yang kononnya dipimpin oleh ulamak, berasa amat tertekan untuk menghadapi BN di Tenang. Mereka cuma ada isu kenaikan harga barang untuk dimanipulasikan. Selebihnya terpaksa merekacipta dongengan dan retorik yang bertujuan menaikkan emosi dan perasaan benci kepaqda kerajaan yang tidak bersalah malah sangat disayangi rakyat.

Pas tidak ada modal pembangunan untuk rakyat. Pas tidak ada rekod membela kebajikan rakyat. Pas tidak ada masa depan yang boleh meyakinkan rakyat.

Yang ada pada Pas sekarang adalah slogan dan retorik yang hanya dapat dijamu kepada rakyat melalui ceramah dan kempen semata-mata. Dengan lain perkataan Pas hanya boleh bercakap dan terus bercakap untuk mempromosikan dakyat dan pembohongannya.

Pas mahu pengundi PRK DUN Tenang berasa kagum dengan partinya melalui bendera yang banyak digantung di merata tempat. Pas mahu dilihat juara rakyat dengan menggantung logo parti dan gambar-gambar pemimpin yang tidak relevan dengan rakyat. 

Pas mahu pengundi terpedaya dengan bendera dan kain rentang mereka untuk mengalahkan UMNO-BN yang  banyak berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia selama ini.

Pandangan Suhaizan Kayat sangat memalukan parti kepiminan ulamat ini kerana bertentangan sama sekali dengan peristiwa yang berlaku di Selangor sedikit masa lalu.

Di Selangor logo 1Malaysia tak pasal-pasal diharamkan oleh Pakatan Pembangkang. Tetapi menghalalkan bendera Pakatan yang masih haram di Tenang.

Jika berterusan pemikiran yang lebih rendah dari tahap tadika PASTI, maka lebih senanglah Pengundi membuat keputusan.

Jika ini berlaku, serasilah dengan kata-kata YAB Dato' Seri Najib "Biarlah rakyat yang membuat penilaian"  

Jika anda minat membaca tentang Cikgu Mala Tenang

Selasa, 18 Januari 2011

Janji 100 Hari Yang Menyeramkam..Tapi apa nak buat, dah terlanjur cakap!


Tanhniah YAB Dato' Seri Najib, PM kita yang berjaya menerangkan konsep 1Malaysia. Kini difahami dan diterima serta sedang dinikmati hasilnya oleh Rakyat.

Pakatan Pembangkang dilihat sangat gusar kerana sudah terlanjur mengumumkan tawaran 100 hari yang dianggap Rakyat sebagai umpan dan sogokan untuk mendapatkan undi sahaja. Persepsi Rakyat dilihat selari dengan tanggapan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan tawaran itu sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar. 

Apabila DS najib memberikan reaksi yang pantas dan tegas, seluruh pemimpin Pakatan Pembangkang menjadi  menggelabah dan mulalah mereka  memutarbelitkan jawapan dan alasan yang tidak munasabah. Kekusutan ini bertambah teruk apabila Dato' Seri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan Program  100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Seluruh Rakyat Malaysia melihat tawaran 100 hari Pakatan Pembangkang itu sebagai cubaan memperbodohkan rakyat. Bukan sahaja tawaran itu tidak masuk akal tetapi juga cuba  menafikan kejayaan Rakyat selama ini yang berjaya menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan efisyen

Rakyat pelbagai kaum menganggap tawaran itu sebagai lucu dan sekadar umpan untuk menarik pengundi. Tawaran itu dilihat tidak lebih dari retorik warna-warni dengan bermacam-macam tawaran istimewa tanpa membuat perkiraan betul terutama dari segi kewangan. Apatahlagi Pakatan Pembangkang tidak mempunyai pengalaman mengepalai Kerajaan Pusat yang cukup mahir membuat kajian, penelitian dan kesan tempoh masa panjang bagi sesuatu keputusan.

Jika diteliti, tawaran 100 hari yang dicanangkan itu, sangat tidak masuk akal kerana matlamat sebenarnya bukan seperti yang tercatat tetapi lebih kepada menggula-gula perasaan dan emosi rakyat. Hakikat sebenarnya tawaran itu adalah tin kosong yang mustahil dilaksanakan dengan berkesan.

1. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) supaya rakyat mendapat hak dan boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka atau kumpulan parti masing-masing. Menyekat kehendak rakyat bermakna menyekat demokrasi dan mewujudkan ketidakadilan.

2. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar tol lebuhraya supaya rakyat menggunakan lebuhraya secara percuma.

3. Merombak struktur subsidi negara supaya rakyat mendapat subsidi sepenuhnya dan perbelanjaan hidup ditanggung oleh kerajaan.

4. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan memberikan rasuah RM500 sebulan setiap seorang.

5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air diuruskan sendiri oleh rakyat.

6. Menyediakan perkhidmatan internet percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar bagi menggantikan perkhidmatan dan kemudahan komputer dan internet yang sedang dinikmati oleh rakyat sekarang ini.

7. Membatalkan Felda Plantations dan menyerahkannya kepada rakyat untuk diuruskan sendiri dan segala keuntungannya dikongsi bersama di kalangan rakyat sendiri.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20% atau menyerahkan terus pengurusan minyak kepada rakyat. Hasil minyak terus diserahkan kepada rakyat tanpa melalui mana-mana pihak.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman atau menyerahkan terus urusan  penghakiman kepada rakyat supaya lebih telus dan adil berpaksikan konsep Keadilan Rakyat.  

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

DS Najib amat bijak dan ikhlas bila menyatakan:


"Biarlah rakyat membuat penilaian"

Pas Kaut Untung Besar Bila Turut Halalkan Arak Bersama Ronnie Liu

Pas tidak akan menyerang Parti Cauvinist-Racist China DAP walaupun terang-terangan DAP menceroboh hukum syarak. 

Walaupun ahli-ahli dan pengikut di peringkat akar umbi menggesa supaya pemimpin Parti Melayu Islam Pas itu menentang atau sekurang-kurang menegur kebiadapan China DAP terhadap agama Islam, tetapi tetap membisu, terkelu lidah yang faseh dari mengeluarkan kata-kata yang boleh menyebabkan DAP berkecil hati.

Sebabnya kerana kepentingan politik Pas bukan memelihara agama Islam tetapi memelihara Parti. Biar apapun terjadi, matlamat politik didahulukan dan kepentingan parti diutamakan.


Parti Melayu Islam Pas itu yakin akan mendapat untung besar apabila turut menyertai DAP mengenepikan hukum Islam bersabit dengan arak. Kajian statistik menunjukkan undi untuk parti Pas bertambah setiap kali Pas menyokong DAP memperalatkan agama Islam.  

Kaum China yang berfikiran DAP akan memberi undi yang mencurah-curah banyaknya kerana gembira dengan kegigihan Parti Melayu Islam Pas yang   bersungguh-sungguh membuktikan bahawa mereka tidak memperjuangkan Islam. 

Pas didapati memang berusaha keras melengkapkan komitmennya bersama DAP dalam  membelakangkan hukum Islam. Tujuannya untuk memberi keselesaan kepada China DAP melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan agama Islam. Matlamatnya supaya undi untuk parti Pas terus kekal atau bertambah.

Pas akan membantu apa sahaja tindakan biadap China DAP, misalnya dalam isu menghapuskan azan, menghalalkan arak, menjual babi secara bebas dan terbuka. malah untuk menambah undi dan memikat hati DAP, Pas akan terus mempelawa China DAP  masuk ke mesjid memijak sejadah tempat umat Islam sujud dan menjadikan mesjid hanya sebagai bertaraf Dewan Kuil atau Dewan Orang Ramai.

Pas mendapat untung besar apabila mengistiharkan tidak akan memperjuangkan Islam dan hudud. DAP juga untung besar apabila ahli-ahli dan pengikut Pas bersetuju untuk bersama DAP mempermain-mainkan agama Islam. 

Dalam masa yang sama, sikap dan perbuatan Pas dan DAP ini tidak berjaya mempengaruhi rakyat malaysia pelbagai kaum dan kepercayaan agama kerana selama ini mereka hidup selesa, aman dan sejahtera.

Selama ini rakyat Malaysia memang menghormati agama masing-masing sambil terus membina kehidupan yang penuh muhibbah dan toleransi antara kaum yang dikagumi oleh masyarakat dunia. 


 Baca seterusnya.. 

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia tumpas sekali lagi kepada DAP dalam isu arak di Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...