Pengikut

Jumaat, 14 Januari 2011

Projek Naik Taraf Hidup Rakyat vs Projek Naik Taraf Menghasut Rakyat!

Kerja-kerja pengambilan tanah sudah dijalankan bertahun-tahun sebelum ini d an 90% sudah selesai. Kini sampai masanya kerja-kerja menaiktaraf akan dijalankan.

Kebetulan pula PRK DUN Tenang akan dijalankan dalam masa terdekat disebabkan kematian Dato' Sulaiman Taha. Program untuk kesejahteraan dan kemudahan rakyat perlu dijalankan berterusan.

Melalui agensi kerajaan, JKR akan melakukan kerja-kerja menaiktaraf mengikut fasa yang telah  dijadualkan. Rakyat gembira dan  menunggu amanah dan janji yang sedang direalisasikan. 

Naik taraf jalan Segamat-Muar RM700j

2011/01/14

LABIS: Kerja menaik taraf Jalan Segamat-Tangkak-Muar dengan kos RM700 juta akan dimulakan pertengahan tahun ini dan dijangka memberi manfaat bukan saja kepada pengguna laluan itu, malah pembangunan kawasan Johor Utara. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata projek berkenaan juga akan memendekkan masa perjalanan dari Pantai Timur ke Pantai Barat melalui Segamat, selain laluan lebih selesa dan selamat yang dihubungkan dengan Lebuhraya Utara Selatan.


“Buat permulaan, projek naik taraf fasa pertama akan dimulakan antara Segamat dan Tangkak dulu dengan kos permulaan RM190 juta, sebelum disusuli jalan menghubungkan Muar.

“Projek berkenaan membabitkan kerja melebar dan menaik taraf Jalan Segamat-Tangkak sepanjang 62.5 kilometer (km) daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan dan pembesaran 21 jambatan dan 62 pembetung serta lima jejantas pejalan kaki. 

Baca lagi di SINI

Sementara kerajaan UMNO-BN meneruskan usaha menaiktaraf kehidupan dan kemudahan rakyat, Gerombolan Pakatan Pembangkang pula akan terus menaiktaraf hasutan mereka terhadap orangramai.

Itulah senario politik Malaysia masakini yang diwarnai oleh pertembungan kepentingan yang belainan sama sekali.

Satu pihak menggunakan kuasa politik yang diamanahkan rakyat untuk membela rakyat.
Manakala satu pihak lagi menggunakan kebebasan berpolitik untuk menghasut rakyat.

Tentulah dalam keadaan itu ada pihak yang akan menjadi hakim. Sama seperti yang disebutkan oleh YAB DS Najib:





"Biarlah Rakyat yang membuat penilaian" 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...