Pengikut

Sabtu, 29 Januari 2011

Pantun Tenang dan Pantun Istimewa

(Grafik: Ehsan Laksanama Bentan)

Pantun Tenang


Beli tenggalan di Pengkalan Kota,
Isi mari ke dalam raga;
Walau bulan terbit merata,
Takde letrik bergelap juga.


Ikan parang dari besut,
Buat lauk orang berkelah;
Orang datang jadi penghasut,
Kampung kita pecah-belah.


Batang keladi dari Sijangkang,
Bawa mari ke Taman wawasan;
Masa mengundi pangkah pembangkang,
Bila sesak cari Barisan.


Pokok sena pokok jangkang,
Tanam mari tepi kota;
Apa guna pilih pembangkang,
Kelak nanti menyusahkan kita.


Hasil Nukilan:
Pak Long
(Abdullah bin Chand)
Pembantu Imam, Mesjid Jamek Pekan Air Panas
(Sumber: Jebat Berkokok


Pantun Istimewa


Normala Maarof asalnya cikgu,
Letak jawatan sebelum dipecat;
Zalimnya BN kuat menipu,
Keluarkan MC pada yang sihat.



- Hasil Nukilan Cikgu Maarof, 
  Guru Kerajaan Barisan Nasional




"Terima kasih kerana mendoakan kesihatan saya. 
Dengan izin Allah dan doa Tuan Guru, 
saya sihat dan dapat mengiringi isteri saya melawat kawasan 24 jam sehari".


Pesanan bahtera Merdeka:


Selamat mengundi dan jangan lupa bawa kad pengenalan.


(Ingatan saat akhir: Jangan serahkan IC kepada orang yang tidak dikenali walaupun pakaiannya seperti pakaian orang Islam)  



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...