Pengikut

Jumaat, 7 Januari 2011

Pas Keluar Arahan: Minta Tuhan Selesaikan Politk Selangor

Solat dan Doa Politik Kembali Lagi.

Pas sudah semakin kelamkabut dan tenggelam punca.

Kebimbangan dan ketakutan yang amat sangat, mendorong mereka mengambil jalan mudah yang popular, SOLAT POLITIK.

Pas amat mudah menggunakan solat hajat dan doa khas untuk melekakan emosi keagamaan pengikutnya yang semakin berkurangan. Malah di sesetengah tempat telah berlaku penolakan terbuka dan pengasingan diri dari program dan aktiviti anjuran Parti Me;ayu Islam itu.

Tujuannya jelas...memperalatkan agama Islam untuk membantu DAP dan PKR mengkomuniskan pemikiran ahli dan pengikut Pas.


Sumber: Harakahdaily

SHAH ALAM, 6 Jan: Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga Adun Selat Klang dalam mesejnya kepada Harakahdaily.

Halimah (gambar) juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua Exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan tektik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Akibatnya DAP bertepuk tangan kegembiraan melihat telatah dan kelakuan bodoh ustaz-ustaz, ahli-ahli dan pengikut Pas yang mempermain-mainkan agama Islam.

DAP nampaknya terus berjaya meyakinkan Pas supaya terus menggunakan Islam sebagai alat parti itu bagi mengekalkan sokongan pengikutnya. DAP serasi dengan Islam ala Pas dari Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Masalahnya sekarang, Pas sedang mengalami kemerosotan sokongan, kehilangan pengikut dan ahli yang tidak bertambah. Ceramah Pas hanya dihadiri oleh makhluk yang sama.

DAP juga agak bimbang dengan kemerosotan sokongan orang melayu terhadap Pas. Kini DAP kelihatan berusaha  terus membakar keutuhan rakyat Malaysia dengan menjadikan isu perlantikan SUK Selangor untuk meningkatkan kebencian rakyat kepada Raja Berperlembagaan.
BM nampak isu sebenar perlantikan SUK Selangor adalah bukti nyata PKR dan Pas adalah haiwan ternakan dan tunggangan DAP untuk membantu dominasi kaum China mengikut acuan pemimpin anti nasional tajaan DAP, Nuar Berahim dan Nik Aziz.




3 ulasan:

sesejuk mata memandang berkata...

Dah buat semua, mungkin Musyidor PAS akan berkata" tuhan dah kata - terima sahaja perlantikan Dato Khusrin sebagai SUK baru Selangor, jangan dok gaduk lagi..

Unknown berkata...

Hebat Pas nii...Tuhan pun depa boleh bagi arahan.

Unknown berkata...

Alahai...apa nak heran...kunci syorga pun Nik Aziz yang pegang..

Nik aziz ni lagi la hebat...boleh access terus ngan Tuhan...boleh suruh Tuhan ampunkan YB Dun Selinsing..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...