Pengikut

Jumaat, 27 Ogos 2010

SURVIVAL PAS HANYA DENGAN BERBOHONG Part 1

MARI KITA BERSAMA
PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT



Benarkah Melayu Hilang Kuasa Jika Pakatan Jadi Kerajaan dan UMNO Menang?

Hasil pemikiran: DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

http://dppwp.wordpress.com/2010/08/25/melayu-hilang-kuasa-jika-pakatan-jadi-kerajaan-dan-umno-menang/

Posted on Ogos 25, 2010 by HermanSamsudeen

Antara petikan yang menarik:

..... 1 Oleh itu, satu-satunya cara untuk kekalkan kuasa orang Melayu adalah dengan mengundi Pakatan, khususnya PAS yang majoriti kerusinya adalah milik Melayu. Orang Melayu kena undi PAS. Jika orang bukan Melayu mampu terima PAS, kenapa yang Melayu Islam tidak boleh.


....2 Jika PAS menang semua kerusi DUN dan Parlimen, kuasa orang Melayu tidak berubah, kerana dari segi perkongsian kuasa dengan PKR, DAP dan komponen Pakatan lainnya, PAS mampu menjadi majoriti. Sekaligus ia akan mengangkat imej Islam yang didokong oleh orang Melayu dan PAS.


....3 Jika orang Melayu solid undi Pas-Pakatan secara auotmatiknya kuasa majoriti Melayu dalam BN akan berpindah kepada Pakatan. Ini akhirnya akan mengekalkan kuasa orang Melayu dimana PAS adalah alternatif terbaik kepada Umno buat orang Melayu. Malah dengan PAS mereka bukan sahaja mengekalkan kekuatan dan kuasa tetapi dapat membina kekuatan umat Islam itu sendiri sesuai dengan apa yang diperjuangankan PAS iaitu Islam agama yang menyelamatkan Ummah.

Ulasan Penulis:

Pas suka berbohong dan sentiasa berminat untuk terus berbohong. Politik Pas adalah berpaksi kepada kekuatan pembohongan. Kejayaan Pas berbohong kerana kesemua pengikut dan penyokong tegar mereka berasa ghairah dan taksub dengan setiap pembohongan. Mereka berkepercayaan bahawa pembohongan Pas itu sebagai satu kebenaran yang wajib dipercayai dan haram dipertikaikan.

Dalam petikan rencana di atas, pembohongan demi pembohongan disajikan dan saya pasti pengikut dan penyokong tegar akan percaya sepenuhnya. Tetapi keseluruhan masyarakat yang di luar pukat Pas semakin berasa jijik dengan kerenah parasit anti-Islam dan anti-bangsa ini:

1. Pas seringkali melaung-laungkan bahawa perjuangannya tidak berasaskan bangsa. Pas menolak faktor bangsa kerana beranggapan agama itu melampaui sempadan kaum atau bangsa. Pas mencerca UMNO selama hampir 50 tahun kerana dianggap berdosa menjaga dan mensejahterakan bangsa Melayu. Malangnya dalam rencana di atas Pas menghina dirinya sendiri dengan meminta sedekah daripada bangsa Melayu supaya memberikan undi kepada mereka. Pas yang menafikan faktor bangsa dalam perjuangannya, tiba-tiba mengaibkan diri dan perjuangannya dengan melihat kembali kepada bangsa Melayu. Pas berbohong bahawa survival politiknya adalah kerana faktor agama, sebenarnya tidak sama sekali. Pas hidup kerana bangsa Melayu. Pas terbukti berkubur di kawasan majoriti bukan Melayu. Ertinya Pas berbohong tentang memperjuangkan Islam tetapi sebenarnya memperalatkan agama Islam untuk mengelirukan bangsa Melayu di samping membantu agenda cauvinist bukan Melayu untuk menghapuskan kuasa politik bangsa Melayu.

2. Pas mendakwa jika semua bangsa Melayu memberi undi kepada mereka, Pas akan menjadi kuasa majoriti dalam Gerombolan Pakatan Pembangkang dan mampu mengangkat imej Islam. Pas berbohong lagi dan terus menggunakan agama Islam sebagai alat memancing undi. Pas terus berbohong lagi dengan cuba meyakinkan bangsa Melayu tentang fantasinya meningkatkan imej Islam. Pas lupa bahawa seluruh umat Islam dan rakyat di negara ini menyedari bahawa UMNO dengan sokongan rakan komponen BN, telah berjaya menegakkan syariat Islam dan mengembangkan syiar Islam itu sehingga ke tahap sekarang ini. Bukan Melayu tidak langsung berasa terancam dengan perkembangan Islam yang dimajukan oleh UMNO malah mereka menumpang hidup sejahtera di bawah lindungan Islam yang diamalkan di negara ini. UMNO telah menunjukkan bukti yang terlalu banyak menaikkan imej Islam tetapi Pas telah menunjukkan terlalu banyak bukti memperalatkan agama Islam untuk politik kelas bawahan mereka.

3. Pas bermimpi dengan mengkhayalkan mereka akan menggantikan UMNO sekiranya bangsa Melayu teringin memberikan undi kepada mereka. Pas berbohong pula dengan mengaku akan muncul sebagai alternatif kuasa Melayu dari UMNO kepada parti mereka. Lantas dengan itu bertemberang pula untuk membina kekuatan Islam. UMNO telah melakukan perkara ini terlebih dahulu dan sangat berjaya. Umat Islam telah menikmati taraf hidup yang lebih baik untuk menegakkan syariat dan mengembangkan syiar Islam. Pas baru mencuba berfantasi, berkhayal, beretorik dan bertemberang untuk melakukannya. Itupun hanya melalui janji yang disembur dari lidah penceramah yang tidak bertulang. Maka Pas terpaksa membuka kitab pembohongan untuk menabur benih kebencian di atas kejayaan UMNO dan Kerajaan membangunkan FELDA, FELCRA (hanya conroh kecil) dan segala macam usaha yang berkaitan langsung dengan menaikkan taraf hidup umat Islam.

PAS ADALAH SEBUAH PARTI POLITIK SAMA SEPERTI GEROMBOLAN PARTI DAP DAN PKR.



BIARLAH PARTI PAS BERPOLITIK TETAPI MARILAH KITA SEKAT NAFSU JIJIK MEREKA DARIPADA TERUS MENERUS MEMPERALATKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI.
TUGAS KITA ADALAH JIHAD
gambar ihsan: minaqjinggo 

3 ulasan:

Sarqina berkata...

"BIARLAH PARTI PAS BERPOLITIK TETAPI MARILAH KITA SEKAT NAFSU JIJIK MEREKA DARIPADA TERUS MENERUS MEMPERALATKAN AGAMA ISLAM YANG MAHA SUCI.
TUGAS KITA ADALAH JIHAD"

Saya sangat setuju!!!
Memerangi Pas adalah JIHAD...kerana Pas raosakkan ummat dan risalah agama..
Sejarah kemusnahan Islam Berulang lagi...
Kali ini kat Malaysia..

Razaq Saleem berkata...

Pas adalah sebuah parti politik.
Samalah macam DAP..
Masalah kita ialah Pas dan DAP telah bersama-sama bersubahat untuk melemahkan umat Islam di negara ini.
Jelas...sekarang ini DAP telah berjaya melemahkan kuasa politik yang ada di tangan orang Islam...
Tanpa kuasa politik ini...umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa untuk kembangkan syiar agama mereka...
DAP telah berjaya melakukan mission ini...

kasim berkata...

Fenomena menjelang PRU 13 yang paling ketara ialah:

1. Pemimpin kaum China menyeru kaum China supaya bersatu dan menyokong perjuangan DAP supaya kuasa politik Melayu dapat dihapuskan.

2. Pemimpin Melayu PAS dan PKR menyeru kaum Melayu-Bumiputera supaya menentang hak keistimewaan Melayu-Bumiputera yang dijamin Perlembagaan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Baru Malaysian Malaysia

3. PAS, DAP dan PKR membentuk kerjasama dan berjanji setia untuk melenyapkan kuasa Politik Melayu-Bumiputera
dan menerima konsep Malaysian Malaysia

4. Pemimpin China dari komponen BN juga gagal membuktikan mereka tidak terpengaruh dengan momokan cauvinistik-racist DAP.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...