Pengikut

Isnin, 11 Oktober 2010

Mahfuz Berbohong, Pas Kedah Tolong Perbetulkan, Galas Dalam Bahaya

Ustaz Azizan...paling kotor dalam sejarah memerintah Kedah

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar sibuk menghasut orang ramai supaya terus membenci UMNO. Tetapi semua tuduhan liarnya dijawab oleh Pas Kedah dalam demonstrasi hari ini.

Ahli-ahli PAS negeri Kedah telah mengadakan demonstrasi pada hari ini 10/10/2010 di Depan Wisma Darul Aman. Mereka mendedahkan isu-isu penting seperti masalah Sekolah Agama Rakyat yang dizalimi oleh Keajaan Pas Kedah, masalah kerajaan menjual air berkarat dengan harga yang amat tinggi kepada rakyat, mengkhianati perjuangan Islam, menipu rakyat melalui manifesto kosong, lupa daratan sehingga menekan kehidupan rakyat yang semakin susah serta banyak lagi isu dan ketidakadilan. Mereka yang hadir berdemo yang kesemuanya adalah ahli-ahli PAS yang datang dari seluruh negeri Kedah.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kedah, Tuan Haji Najib, Bekas Wartawan Harakah, Tuan haji Zainun Ismail yang dipoecat oleh ustaz Azizan dan ramai lagi ahli Pas yang turut dalam demonstrasi tersebut dan mendedahkan kezaliman dan penindasan Kerajaan Pas Kedah terhadap rakyat.

Dilaporklan bahawa kerajaan Pas Kedah bukan sahaja berbohong dengan manifesto pilihanrayanya tetapi juga melacurkan nama baik agama Islam yang dilaungkan sebagai pegangan asas parti politik itu. Mereka mendapati Kerajaan Pas Kedah sama zalimnya dengan Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan PKR di Selangor serta Kerajaan Pas di Kelantan.

Tonton Video Anda : di SINI

Sumber: harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)....

Mahfuz mengarang cerita karut menuduh UMNO menganiayai Sekolah Agama Rakyat (SAR. Sedangkan beribu-ribu buah SAR di sekuruh negara telahpun diletakkan di bawah Skim Sekolah Bantuan Kerajaan.

Di Kedah hanya terdapat 12 sekolah yang menolak untuk menyertai SBK sedang menghadapi masalah dan Kerajaan Pas Kedah terus menekan mereka dengan menaikkan tarif air sehingga 80%.

Dalam waktu yang sama terdapat 400 orang guru Tadika PASTI yang ditubuhkan oleh parti politik Pas. Tadika ini juga sedang menghadapi masalah dizalimi oleh Kerajaan Pas Kedah.

Kesimpulannya MB Uztaz Azizan dikatakan tidak ada roh Islam, tiada roh Pas, tiada roh rakyat. Yang ada hanyalah roh menindas rakyat selain terus menebang balak dan menjualnya untuk menambahkan kekayaan pemimpin Pas dan kroni-kroni mereka.

Mahfuz kenalah mencari idea lain untuk memburukkan UMNO. Kasihanilah Pas begitu tertekan di Galas!!

Mahfuz juga perlu mencari idea lain untuk menahan ahli dan penyokong Pas meniggalkan parti selain dari idea memburukkan UMNO-BN.

Ahad, 10 Oktober 2010

Pas Paksa Rakyat Tutup Mata Dengan Isu Nasional


Harapan BN sangat cerah...Pas semakin gelisah...

Pas amat gementar jika rakyat memikirkan kelemahan dan penyelewengan selama 20 tahun
PAS mula guna isu nasional di Galas mainkan emosi pengundi untuk elak mereka dari memikirkan kelemahan PAS di Kelantan.

Sumber: taipingmali: isu nasional mula dimainkan oleh pas

Tadi dalam satu majlis kenduri kahwin, telinga TM merekodkan beberapa perkara apa yang telah dibangkitkan oleh seorang pro pembangkang. TM yakin orang yang bercakap tu ialah orang Pas. Antara isi yang disuarakannya ialah;

Kalau buat pilihanraya akan memakan belanja yang besar, Umno akan belanjakan separuh dan separuh lagi masuk poket.
  1. Kerajaan Malaysia belanja duit ke arah lain. Lihat kelengkapan ketenteraan, kita kalah dengan Singapore. Kita pakai M16 depa dah tak pakai. depa pakai yang canggih.
  2. Beli kapal selam tak boleh selam, dok atas darat sahaja.
  3. Beli kapal terbang jet semuanya yang buruk, macam mana nak lawan dengan Singapore.
  4. Malaysia 53 tahun Umno pegang duit rendah nilai banding dengan Singapore. 
  5. Kita ada ladang sawit, ada minyak , ada gas tapi kita kalah dengan Singapore, depa tak ada apa tapi depa kaya dari kita.
  6. dll
Lepas selesai makan Tm angkat kaki...

Pas mengatur strategi membuka gelanggang PRK DUN Galas dengan memainkan isu nasional.

Motifnya mudah sahaja, supaya BN terperangkap dan hanyut sama dengan menjawap atau bermain dengan isu nasional juga.

Percaturan strategi kempen Pas amat jelas. Mereka amat takut kerana gerakan Gelombang Rakyat Kelantan menolak Pas sedang bergelora. Isu penyelewengan pemerintahan Pas Kelantan terlalu banyak. Kelemahan pentadbiran dan masalah hasil bumi masuk ke poket kroni Pas sudah diketahui umum.

Kerana itulah awal-awal lagi Pas amat bimbang jika BN menjanjikan program pembangunan untuk kawasan Gua Musang. Kalau ini yang dilakukan oleh BN, pasti pengundi akan nampak kawasan mereka terbiar. Kalau adapun pembangunan, itu adalah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat.

Permerhatian selama seminggu yang lepas yang kita buat di surau-surau di Kelantan, mendapati hampir setiap hari seluruh rakyat Kelantan berbual mengenai penggondolan tanah rakyat, perompakan kayu balak rakyat, penyediaan air berkarat untuk rakyat, ketiadaan kemudahan asas untuk rakyat, jalan berlubang dan rosak teruk,  usaha Pas merampas duit Petronas dari disampaikan terus kepada rakyat, amalan kronisme dan nepotisme serta peristiwa memalukan Nik Aziz ke Mekah saban tahun menggunakan duit rasuah.

BN tidak perlu terjebak dan bermain di atas papan catur yang disediakan oleh Pas ini. Tidak perlu.

BN mesti menumpukan 100% kepada isu tempatan kerana lebih dekat dan relevan dengan pengundi. Program dan aktiviti popular tidak diperlukan sangat. Cukup diakan hanya untuk tujuan perang psikologi sahaja.

Yang penting bertemu bersemuka dengan sebanyak mungkin pengundi.
BN perlu sedar bahawa gerakan Gelombang Rakyat Kelantan menolak Pas sudah bermula dan semakin ketara. BN hanya perlu membantu gelombang ini supaya terus bergelora sehingga PRU ke-13.

Pas guna isu nasional untuk alih pemikiran pengundi dari memikirkan kelemahan dan penyelewengan Pas di Kelantan selama 20 tahun.

Rakyat telah insaf bahawa Pas mensia-siakan mandat mereka.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Menyerang Tanpa Bertempur, Menang Tanpa Fitnah Ditabur


.....bersama rakyat meneruskan mandat.

Menyerang Tanpa Bertempur, Menang Tanpa Fitnah Ditabur.
Itulah Kebijaksaan dan Kelebihan UMNO-BN
Sentiasa Mendapat mandat Rakyat.

Sumber: harakahdaily
MOHD RASHIDi HASSAN | rashidi@harakah.net.my
Dalam ucapan pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20 baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan kegusarannya terhadap masa depan negara....

DS Najib menyeru rakyat seluruh negara supaya terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) untuk mengelakkan kesan buruh terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat, terutama selepas Raya umum ke-13 akan datang.

PM amat yakin seluruh rakyat akan terus bersama-sama Barisan Nasional bagi meneruskan pencapaian yang telah dinikmati selama ini. Keyakinan ini disandarkan kepada kebijaksaan rakyat menilai dan membuat pilihan yang betul sebagaimana mandat yang telah diberikan selama ini.

PM mengingatkan bahawa Barisan Nasional sekarang ini ditentang oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang yang jelas tidak mampu membawa rakyat ke mana-mana. Keinginan Gerombolan Pakatan untuk merampas kuasa politk hanyalah sekadar iri hati terhadap kemampuan Barisan Nasional memajukan rakyat dan negara dan mengekalkan kemakmuran dan kestabilan.

Apa yang dinyatakan PM itu, adalah amat bertepatan dengan masa kerana rakyat sentiasa merujuk kepada proses pembangunan holistik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum di samping meletakkan masa depan negara di pentas global.

Ucapan PM juga jelas membayangkan betapa seluruh rakyat Malaysia semakin bijak. Rakyat tidak lagi boleh dibohongi oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang yang akan membangkitkan berbagai-cerita apabila menjelang pilihanraya umum maupun pilihanraya kecil yang bertujuan mendapat undi sahaja.

Rakyat sudah sedar bahawa politik pembangunan yang seimbang dan menyeluruh adalah sebahagian daripada kemahuan seluruh rakyat berbilang kaum dan agama dan Barisan Nasional telah membuktikannya apabila diberi mandat selama ini.

Barisan Nasional sentiasa muncul menjadi juara rakyat dalam melaksanakan amanah menyediakan kebajikan yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat kita. Dalam ertikata yang lain rakyat Malaysia bijak menilai dan sentiasa bersama Kerajaan Barisan Nasional meneruskan agenda rakyat dalam pembangunan yang berterusan untuk semua kaum.

Rakyat sedar bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan pentas pilihanraya untuk menabur janji palsu. Pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan. Kestabilan dan ketenteraman awam juga adalah tanggungjawab yang berjaya dipertahankan selama ini walaupun pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab pernah mencetuskan Peristiwa 13 Mei, Peristiwa Keganasan Agama Memali, Pengkhianat Bersenjata di Jenalik dan beberapa peristiwa yang tidak mudah untuk dilupakan oleh Rakyat negara kita.

Masalah di Malaysia bukan soal kemajuan. Kerana kemajuan negara berada di tahap yang membanggakan dan seiring dengan kemajuan dunia. Masalah di Malaysia ialah pihak pembangkang mengamalkan politik yang ganas, memperalatkan agama dan menyuburkan kebencian perkauman. Pembangkang bergerak sebagai satu Gerombolan yang menghasut pemikiran rakyat supaya membenci Kerajaan Barisan Nasional yang secara berterusan berjaya membawa kemajuan dari segi pembangunan fizikal, pendidikan, kesihatan, pembangunan insan dan perkembangan minda rakyat jelata.

Bagaimanapun, seluruh rakyat semakin mendapat gambaran yang sebenar terhadap apa yang berlaku kepada parti-parti politik pembangkang yang kini parah dilanda oleh amalan korupsi, kronisme dan nepotisme di negeri-negeri di mana mereka telah diberi mandat.

Gelombang Kesedaran Rakyat yang sedang berlaku sekarang adalah signal bahawa seluruh rakyat pasti akan terus bersama DS najib dan Barisan Nasional.



 

Khamis, 7 Oktober 2010

Rakyat semakin yakin bahawa Gerombolan Pakatan Pembangkang adalah Pemusnah Rakyat



Rahimi Osman telah dedahkan 2 peguambela anwar iaitu Saiful Izham dan Latheefa Koya yang menjadi dalang memaksa Rahimi buat akuan bersumpah palsu. Bukan sekali, tapi dua kali. Kali kedua dibuat pada 28jun 2008, meminda akuan bersumpah yang asal.

Rahimi menjadi fedup kerana tak sanggup lagi menahan tekanan demi tekanan serta desakan bertalu-talu dari Latheefa Koya supaya Rahimi buat lagi akuan bersumpah untuk membabitkan nama Najib dan Rosmah dalam konspirasi liwat .

Dengan pendedahan ini Rakyat mendapat gambaran yang sangat jelas mengenai:

  • Nuar Berahim menjerit-jerit mengatakan sistem kehakiman sangat buruk di Malaysia. Mengajak bebudak muda menjadi samseng jalanan. Menyalakan api keganasan membakar Keluruhan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang Negara kita.
  • Terdapat di kalangan peguam yang sanggup membelakangkan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang Negara kita.
  • Menggunakan saluran undang-undang dan kehakiman untuk tujuan politik.
  • Mempermain-mainkan Akuan Bersumpah bermakna mempermainkan-mainkan Mahkamah, Perlembagaan Negara, Undang-undang dan memijak-mijak etika guaman.
  • Berpolitik dalam medan perundangan dan kehakiman secara mengaibkan dengan kaedah memfitnah Najib dan Rosmah menggunakan Akuan Bersumpah palsu
  • Nuar Berahim semakin gentar untuk berdepan dengan Saiful manakala Rahimi Osman menambah ketakutan dan kegentaran ke tahap yang lebih menggerunkan.
  • Dengan sendirinya menafikan tuduhan bahawa kerajaan menyekat kebebasan bersuara.
Kita nantikan bila Lattheefa Koya nak bertindakbalas terhadap ketidakadilan Rahimi Osman.


Baca lagi:

Rabu, 6 Oktober 2010

Pas beri plastik pembungkus gula-gula kepada masyarakat Orang Asli Kelantan



kemudahan pendidikan yang sudahpun dilaksanakan
untuk Masyarakat Orang Asli seluruh negaraSumber: harakahdaily
Mohd Nor Yahya   

KOTA BHARU, 5 Okt: (Antara maksud berita yang boleh difahami...) Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti.

Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, berharap kerajaan Kelantan lebih peka tentang permasalahan masyarakat Orang Asli terutamanya berkaitan dengan masalah pemilikan tanah. Beliau juga memberitahu, setakat ini seramai 240 Orang Asli hanya dimasukkan dalam senarai sahaja tetapi bukan sebagai peserta Ladang Rakyat

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri....

Di Selangor Pas cuba menggula-gulakan rakyat dengan mengumumkan bantuan buku teks percuma kepada sekolah agama rakyat yang bernilai RM 2.3 juta tetapi rakyat tahu kerajaan UMNO-BN sudah lama melaksanakan dasar buku teks percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Mengikut portal berita Malaysiakini, Pada tahun 2009 sahaja nilai bantuan buku teks kepada rakyat seluruh negara berjumlah RM 180 juta.

Di Kelantan, Pas cuba pula menggula-gulakan rakyat dengan mengumumkan seramai 240 Orang Asli sudah diambil nama mereka dan dimasukkan ke dalam senarai walaupun bukan sebagai peserta ladang rakyat.

Hakikatnya Kerajaan UMNO-BN sudahpun melaksanakan berbagai-bagai program untuk masyarakat Orang Asli seluruh negara yang berjumlah 141,230 orang.

Kedudukan Sosioekonomi sebahagian besar masyarakat Orang Asli sudah meningkat dalam berbagai bidang kehidupan. Dari segi taburan pula  hanya 36.9% masih memilih untuk tinggal di kawasan pendalaman, manakala Kerajaan UMNO-BN sudahpun berjaya membawa 62.4% tinggal di kawasan pinggir dan 0.7% sudahhpun bermastautin di kawasan bandar.

Bagi menggalakkan kemajuan dan pembangunan masyarakat Orang Asli, Kerajaan UMNO-BN yang kini diterajui oleh YAB DS Najib akan terus berusaha berpandukan kepada garis panduan-garis panduan penting sedia ada seperti berikut:-
  1. Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (disemak 1974)
  2. Dasar Pentadbiran Orang Asli 1961
  3. Keputusan Jemaah Menteri 1977 Mengenai Rancangan Mengumpulkan Masyarakat Orang Asli yang  tinggal berselerak di bawah Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)
  4. Panduan tugas pembangunan Orang Asli dalam masyarakat moden 1978




Selasa, 5 Oktober 2010

Maki Berapi-api Tapi Ikut Contoh Dasar Kerajaan Juga Akhirnya




malaysiakini melaporkan:
Mohd Fuad Razali Jan 15, 09 11:14am

"Tahun ini Kementerian Pelajaran dilaporkan membelanjakan RM180 juta untuk Skim Pinjaman Buku Teks"...
Sejarah Penubuhan Skim Pinjaman Buku Teks

1975     Implementation of the Textbook Loan Scheme by the Textbook Bureau.
1983     Implementation of the Textbook Loan Scheme in Religious Secondary Schools.
1988     The name Textbook Bureau was changed to Textbook Division pursuant to a resolution of Education Planning Committee Meeting No. 102 on 15 July 1988.
2002     The Division was restructured from 3 to 7 sectors in accordance with the increased functions of the School Division, Ministry of Education
Sumber: bahagian-buku-teks-kementerian-pelajaran-malaysia/

Harakahdaily    melaporkan:
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Para pelajar sekolah rendah agama (SRA) seluruh Negeri Selangor mulai sesi persekolahan 2011 akan menerima buku teks agama percuma di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata, seramai 125,250 pelajar yang melibatkan 206 SRA akan menerima kemudahan itu.

Katanya, jumlah implikasi kewangan yang terlibat adalah sebanyak RM4,261,738 yang diluluskan melalui sumber Lembaga Zakat Selangor.

“Kerajaan juga bercadang untuk melebarkan skim dan kemudahan ini ke sekolah agama menengah, kelas al-Quran dan fardu ain dan prasekolah Jais di masa depan,” ujarnya yang juga Adun Gombak Setia.

Alahai Gerombolan Pakatan Pembangkang!
Nak perbodohkan rakyat lagi...

Baru nak tiru rupanya!!

Anda juga meminati:

Nuar Berahim Bakal Melarikan Diri
http://sejarahmelayu.blogspot.com/
http://penembak-tepat.blogspot.com/ 
http://paneh.blogspot.com/


Isnin, 4 Oktober 2010

Kisah Pak Imam Lari Dari Nuar Berahim



Disampaikan oleh orang yang empunya cerita. Alkisahnya begini:

Semasa menjawat jawatan TPM, Sdra Pak Sheikh Nuar Berahim selalulah membuat lawatan berjumpa rakyat jelata. Satu hari dia dijemput ke majlis berkhatan beramai-ramai di Taman Kemut Keliling.

Maka ramailah orang yang datang meraikan kehadiran pemimpin agung itu. Turut sama menunggu ketibaan Pak Sheikh, ialah Pasukan Kompang Seri Riuh dan Pasukan Silat Putar Alam.

Sebaik tiba masuklah waktu zohor. Setelah beramah mesra dengan penuh senyuman, Pak Sheikh pun masuk ke dewan solat bersama tiga orang anak muda yanhg dibawa bersamanya. Pak Sheikh bersama anak-anak muda berdiri seiring di saf paling hadapan di belakang Tuan Imam.

Tuan Imam segera mengundurkan diri dan meminta supaya Pak Sheikh mengimamkan solat jemaah. Tetapi dengan senyuman manisnya Pak Sheikh menolak sambil berdiri betul-betul di belakang Imam. Tuan Iman meminta lagi tetapi Pak sheikh tetap menolak dengan senyuman. 

Rupa-rupanya Tuan Imam pernah mendengar perangai luar tabi'i Pak Sheikh. maka datanglah rasa curiga, takut dan was-was. Bagaimana nak jadi imam kalaw hati was-was, tak tenang..."issshhh...susah macam ni..." bisik Tuan Imam yang separuh umur itu. Tetapi kerana ingin menjaga majlis dari menjadi kecoh, Tuan Imam memberanikan diri lalu berdirilah di hadapan Pak Sheikh.

Belum pernah terjadi, Tuan Imam mengangkat takbir memulakan solat berulang-ulang kali. Tapi kali ini sampai lapan kali baru jadi. Ramai juga makmum yang hairan perubahan yang berlaku pada Tuan Imam. Dipendekkan cerita maka bersolatlah seluruh tetamu bersama-sama Pak Sheikh sebagai tetamu agung.

Hati Tuan Imam kembali jadi tidak tenang apabila sampai kepada rukuk. Konsentrasinya sudah lari, khusuk dah mula hilang. Tuan Iman rukuk juga kerana tak ada pilihan. Lega hatinya dan rasa selamat kerana tidak ada apa-apa yang terjadi semasa membungkuk rukuk tadi. Maka teruslah Tuan Imam sujud dan bangun semula.

Nak dijadikan hal, semasa berdiri setelah bangun dari sujud, kain Tuan Imam terselit dicelah punggungnya. Mamat yang berdiri di sebelah Pak Sheikh segera menyinggungkan sikunya kepada rakan di sebelahnya. Dia berbisik "..Kain  Imam lekat celah punggung...takpe ke brother..." Rakan mamat tu pun menjawab "Tak boleh la kot...nampak not nice la...ko dekat...ko tolong la tarik kain tu keluar.."

Mamat di sebelah Pak Sheikh pun menghulur tangan dengan penuh rasa tanggungjawab, lalu menarik kain yang terlekat di celah punggung Tuan Imam.Ini menyebabkan Tuan Iman tersentak.

Hatinya mula berkata-kata. Apa yang didengar dan disangkanya sebelum ini, rupa-rupanya memang benar. Tapi Tuan Imam tak boleh apa-apa, tak ada option. Lalu diteruskan solat.

Mamat yang ketiga menegur "...kenapa kau suruh dia tarik kain tu...biarlah...bukan boleh ganggu Imam tengah solat...nanti semua batal" maka Mamat yang kedua pun menjawab "Oh yer ker...aku mana tahu..."

Mamat yang kedua pun berbisik semula kepada Mamat yang di sebelah Pak Sheikh, "...tak boleh tarik kain tu...kau kena masukkan semula...kalau tak nanti semua orang terbatal..."

Mamat di sebelah Pak Sheikh mengangguk menyesal "...sorri la...gua mana tau..." katanya.

Masa itu Tuan Imam sudah mula rukuk dan diikuti oleh yang lain. Ketiga-tiga Mamat di sebelah Pak Sheikh rasa bersalah dan menunggu masa untuk membetulkan kesalahan mereka demi untuk menjaga nama baik Pak Sheikh yang sudi membawa mereka ke situ.

Sebaik sahaja Tuam Imam sujud kali yang kedua, Mamat di sebelah Pak Sheikh pun segeralah menolakkan kain supaya masuk ke celah punggung Tuan Imam. Apatah lagi, Tuan Imam yang sememangnya sudah menggeletar takut, melompat dari sujudnya sambil menutup punggungnya dengan kedua-dua tangaannya.

Oleh sebab tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan diri, Tuan Imam berpusing ke belakang lalu lari meredah makmum yang sedang sujud sehingga ada yang terpelanting lintang pukang. Suasana pun menjadi kalamkabut dan panik. Kelihatan putih tapak kaki Tuan Imam melarikan diri kerana disangkanya Pak Sheikh dah mula dengan perangai luar tabi'i terhadapnya.

Selepas itu, apakah yang terjadi kepada nasib Tuan Imam itu tidaklah diketahui. Tetapi tidak lama kemudian terdengar berita Pak Sheikh dipenjarakan di Sungai Buluh. Manakala Mamat yang bersama-sama Pak Sheikh itu ramai yang kena tangkap kerana selalu berdemonstrasi dan menendang polis.

Pengajaran kisah di atas:
  1. Jadilah penganut agama yang baik dan jangan berpura-pura alim
  2. Jangan suka melakukan perkara yang di luar tabi'i
  3. Berilmulah untuk beramal, jangan hentam sesuka hati sahaja
  4. Kita mungkin tak kenal semua orang, tetapi ada orang yang kenal kita
  5. Janganlah menyusahkan orang lain dengan perbuatan kita yang tidak baik.
Baca lagi di bawah ini: Sumber: waadat


Kenapa Anwar Ibrahim Tak Layak Jadi Imam

Raja Petra: Alat Politik Murah Yang Semakin Tidak Laku


memperjuangkan keadilan dengan cara memperkosa kebenaran

Nuar Berahim Terdesak.
Terpaksa Menggunakan Raja Petra.
Alat Politik Murah Yang Semakin Tidak Laku.

Nuar Berahim bersandiwara lagi. Kali ini kononnya dalam sesi dialog di hadapan rakyat Malaysia di London. Lihat: malaysia-today

Amat jelas Nuar Berahim menggunakan sesi dialog itu untuk menutup realiti mengenai kehancuran PKR sekarang. Proses pemilihan yang sedang berlangsung terus berantakan dan tidak dapat disembunyikan. Kerosakan PKR bukan setakat masalah disiplin ahli, tetapi kehancuran keseluruhan organisasi.

Kini seluruh rakyat Malaysia dan dunia sedang disajikan dengan bukti bahawa PKR adalah parti lorong belakang yang penuh dengan elemen keganasan, penipuan, perasugut dan rasuah. Gambaran sebenar ketua konspirasi parti keluarga itu.

Misi Nuar Berahim di London kali ini  didasari perasaan kecewa, takut, mengelabah dan  putus asa. Nuar Berahim terpaksa menggerakkan saraf luar negaranya untuk mengimbangi momentum kejatuhannya yang sedang merudum dengan lajunya.

Nuar Berahim cuba membina persepsi dengan mengabui mata dunia bahawa rakyat Malaysia terutama yang digelarnya sebagai "genuine third force" seolah-olah masih padu di belakangnya. Permainan puterbelit dan penipuan yang hampir sama dengan angan-angan 16 September yang lalu. 

Jelas Nuar Berahim sedang menyusun cerita baru dalam episod memperbodohkan rakyat malaysia dan dunia.

Raja Petra Kamarudin pula sedang bermain sandiwara mengikut rentak Nuar Berahim. Masalah peribadi dalam pelarian haram tanpa passport antarabangsa Malaysia memang amat menyulitkan dan menjadi semakin rumit. Keinginannya untuk kembali ke Malaysia tidak dapat disembunyikan lagi. Walaupun dia menganggap negara ini sangat tidak selamat, tidak bertamadun dan mengamalkan pemerintahan yang paling zalim dan kejam di dunia. 

Berpakat dengan Nuar Berahim dan Tian Chua, RPK diminta mengeluarkan pandangan untuk membina dan mempertahankan persepsi seolah-olah Pakatan Rakyat sudah terlalu hampir menjejak tangga Putrajaya. Cuma perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara sahaja. Dalam masa yang sama seluruh rakyat sedang ketawa mengingatkan kelakar 16 September yang tak menjadi.

Walaupun jelas Pakatan Rakyat telah gagal, Raja Petra masih mengulangi janji-janji manis yang dia sendiri tahu tidak mungkin tercapai. Faktanya ialah seluruh rakyat Malaysia dan dunia sudah maklum bahawa kerajaan UMNO-BN telah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kepada rakyat dengan berkesan. Terbukti dengan nyata kejayaan yang dicapai dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan, perpaduan kaum, kebebasan beragama dan kebajikan rakyat secara menyeluruh.

Raja Petra sebenar tidak clash dengan Nuar Berahim. Mereka saling memperlatkan antara satu sama lain untuk mencapai cita-cita peribadi. Nuar Berahim menggunakan Raja Petra untuk menyelamatkan dirinya yang semakin dibenci oleh oleh rakyat Malaysia dan kroninya di luar negara. Manakala Raja Perta menggunakan Nuar Berahim untuk menyelamatkan dirinya dari terus dipinggir, dilupakan dan akhirnya menjadi sampah masyarakat.

Dapatkah Nuar Berahim memperalatkan lagi Raja Petra, setelah semua strategi yang digariskannya berhadapan dengan kegagalan?

Mampunkah Raja Petra menggunakan Nuar Berahim setelah PKR manjadi hancur dan kes liwat Nuar Berahim sudah tidak boleh dispin lagi?

Bolehkah Nuar Berahim, Tian Chua dan Raja Petra mengugut PAS menyelamatkan PKR dengan menggunakan PRK DUN Galas?

Pakar mengatur strategi supaya solidariti Melayu berkecai

Apapun, Tian Chua dilihat semakin berjaya menjalankan jarum halus bagi pihak cauvinist-racist DAP menghuruharakan politik Melayu-Bumiputera. Pastilah, bahawa  kejayaan menafikan penguasaan 2/3 kerusi UMNO-BN di Parlimen, bukanlah matlamat akhir mereka.

Ahad, 3 Oktober 2010

Namewee Bebas Menyondol Kerana Dilindungi Akta


Namewee jadi angkuh kerana dilindungi akta.

Tajuk Berita: Angkara babi 

Sumber: sinarharian.com.my

KUALA TERENGGANU – Dua beranak terbunuh apabila Perodua Kancil yang dinaiki terbabas akibat dirempuh seekor babi dalam satu kemalangan di Kilometer 54, Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam.

Nor Aslina Izan, 25, yang memandu kenderaan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala manakala anak tunggalnya, Nur Ain Nabila Zulkifli. 6, mati sebaik tiba di hospital kerana cedera pada dada.

Dua lagi mangsa yang turut berada dalam Perodua Kancil tersebut iaitu ibu dan anak saudara lelaki Nor Aslina pula dilaporkan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 pagi ketika keempat-empat mangsa dalam perjalanan dari Dungun menuju ke arah Kuala Terengganu.


Babi adalah haiwan yang memang wujud dalam negara kita. Walaupun ia haram di sisi agama Islam tetapi menjadi makanan yang digemari oleh bukan Islam. Perlembagaan Persekutuan tidak mengharamkan babi tetapi Peruntukan Undang-Undang digubal mengawal aktiviti ternakan, penyembelihan dan penjualannya. Tujuannya semua rakyat berbilang kaum dan agama hidup dalam sejahtera, aman dan sentosa.

Bagaimanapun sekarang ini terlalu banyak babi haram. Berkeliaran di pinggir kampung dan kebun. Tanaman dirosakkan dan kini manusia pula yang dicederakan. Oleh sebab babi ini haiwan yang dikawal, maka tak boleh dibunuh sesuka hati. Mesti ada lesen atau permit dari Jabatan Mergastua untuk menembaknya. Jika tidak boleh didakwa di mahkamah. klik sini Jangan Sesuka Hati Tembak babi. klik sini Jangan Sesuka Hati Ganggu Babi

Berita di atas memberitahu ada seekor babi haram telah menyondol rakyat Terengganu yang tidak bersalah. Walaupun hanya dua orang yang terlibat, tetapi sondolan itu berlaku pada orang yang tidak bersalah.

Kita tidak faham mengapa babi itu menyondol pihak yang tidak bersalah?

Kenapa tidak disondol sahaja Namewee yang selalu sangat menyondol keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang negara kita?

Nampaknya, samada babi liar ataupun babi namewee memang suka menyondol apa sahaja yang ada bau  dan mengalirkan darah perkauman. Nasib baik ada sekor babi di Kuala Kangsar tersalah sondol sahabat kita yang juga tak bersalah.

Untuk pengetahuan pembaca bukan semua rakyat Malaysia suka kepada perbuatan menyondol Keluruhan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang ini. Cuma Partai Islam Semalaysia klik: Pas Sondol Islam dan Rakyat Kelantan dan PKR klik Nuar Berahim Sondol Islam dan Rakyat Malaysia sahaja yang berminat, kerana imam besar bagi agama kepercayaan baru mereka ialah DAPig.

Namewe dilindungi oleh akta INI agaknya.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Lidah Ustaz Pas Lebih Berkuasa Dari Perintah Allah



Betapa malangnya penganut agama Islam akhir zaman.

Ajaran Islam termaktub dalam al-Quran. Tidak berubah dan tidak boleh diubah. Yang berubah hanya sikap manusia dari satu zaman ke zaman berikutnya.

Pada zaman kita al-Quran masih lagi yang sama. Ajarannya tidak berubah. Yang berubah hanyalah sikap penganutnya, iaitu kita.

Secara mudah al-Quran memberi panduan yang jelas tentang perkara pokok iaitu mentauhidkan Allah. Setelah benar-banar yakin Allah itu wahid, hendaklah disempurnakan aqidah dengan melaksanakan suruhanNya.

Suruhan Allah sangat mudah. Terkandung dalam dua kategori yang amat jelas. iaitu amar makruf nahi munkar. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk membantu manusia melayakkan diri mereka sendiri memasuki syurga Allah di akhirat nanti.

Di negara kita, agama Islam dijadikan agama Persekutuan sementara agama-agama yang lain boleh diamalkan dengan bebas. Tujuannya supaya semua rakyat Malaysia hidup beragama, ada pegangan nilai dan panduan dalam kehidupan.

Selama lebih 50 tahun, tampuk kuasa politik pemerintahan di negara kita, secara majoritinya dikuasai oleh orang Islam. Pemimpin-pemimpin dari agama lain berasa begitu selesa dan bekerjasama memimpin rakyat sehingga maju dan mencapai tahap yang lebih baik. Semua ini berlaku disebabkan hikmah beragama dan berpegang kepada ajaran agama yang benar.

Cuma sejak akhir-akhir ini, jelas terbukti agama telah dijadikan alat politik oleh ahli politik dari kalangan parti politik. Supaya tidak mendatangkan syak wasangka atau tohmahan fitnah, eloklah disebutkan sahaja bahawa parti yang dimaksudkan itu ialah  Partai Islam Semalaysia (PAS).

Contohnya:

1. Allah melarang berbohong, tetapi sebahagian besar ustaz-ustaz politik penceramah PAS menggunakan lidahnya menuturkan fakta-fakta dan maklumat yang tidak benar seperti memutarbelitkan peristiwa Memali, al_Maunah, APCO, altantuya, dan sekarang menyebarkan cerita di surau-surau bahawa PDRM sengaja berkonspirasi dalam kes Sosilawati (hanya sebahagian contoh kecil sahaja)

2. Allah melarang berpecah-belah sesama Islam, tetapi ustaz-ustaz politik penceramah PAS begitu faseh menggunakan lidah mereka menaburkan kata-kata kebencian, menaikkan kemarahan dan membakar emosi umat Islam supaya wujud rasa marah di dalam hati dan membenci pihak yang lain, seperti sering melaungkan kerajaan zalim, merampas hak rakyat, merompak harta rakyat, menzalimi rakyat, menganiaya kaum Melayu, menindas kaum China, meminggir kaum India (contoh kecil sahaja).

3. Allah melarang memfitnah sesama manusia, tetapi ustaz-ustaz politik penceramah PAS menjadikan isi ceramah mereka penuh dengan cerita-cerita fitnah yang dihiasi dengan ayat-ayat yang dipetik dari al-Quran dan dilafazkan dengan penuh lancar (banyak fitnah ini boleh diikuti melalui internet.

Benarkah dakwaan ini?
Betulkah sikap ustaz-ustaz politik penceramah Pas begitu?
Adakah ini satu fitnah?

Untuk membuktikan dakwaan ini, luangkan masa, pergilah dengar ceramah ustaz-ustaz politik penceramah Pas di PRK DUN Galas nanti.

Akan terbukti lidah mereka lebih berkuasa dari perintah Allah.

20 tahun lamanya Pas memerintah Kelantan dengan lidah mereka.
Sudah tiba masanya rakyat membuka mata.

Lidah rakyat akan mepersoalkan:

Adakah ustaz-ustaz politik Pas melakukan amar makruf dalam ceramah mereka?
Atau lidah mereka lebih fasih melakukan kemungkaran menentang ajaran Allah.

Al-Quran tidak berubah dan tidak boleh diubah.
Tetapi aqidah yang tercemar masih boleh berubah.
Kerana dasar kepada aqidah itu adalah minda yang jernih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...