Pengikut

Jumaat, 8 Oktober 2010

Menyerang Tanpa Bertempur, Menang Tanpa Fitnah Ditabur


.....bersama rakyat meneruskan mandat.

Menyerang Tanpa Bertempur, Menang Tanpa Fitnah Ditabur.
Itulah Kebijaksaan dan Kelebihan UMNO-BN
Sentiasa Mendapat mandat Rakyat.

Sumber: harakahdaily
MOHD RASHIDi HASSAN | rashidi@harakah.net.my
Dalam ucapan pada majlis Malam Sejuta Harapan Ke-6 sempena ulangtahun Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) ke-20 baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan kegusarannya terhadap masa depan negara....

DS Najib menyeru rakyat seluruh negara supaya terus kekal bersama Barisan Nasional (BN) untuk mengelakkan kesan buruh terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat, terutama selepas Raya umum ke-13 akan datang.

PM amat yakin seluruh rakyat akan terus bersama-sama Barisan Nasional bagi meneruskan pencapaian yang telah dinikmati selama ini. Keyakinan ini disandarkan kepada kebijaksaan rakyat menilai dan membuat pilihan yang betul sebagaimana mandat yang telah diberikan selama ini.

PM mengingatkan bahawa Barisan Nasional sekarang ini ditentang oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang yang jelas tidak mampu membawa rakyat ke mana-mana. Keinginan Gerombolan Pakatan untuk merampas kuasa politk hanyalah sekadar iri hati terhadap kemampuan Barisan Nasional memajukan rakyat dan negara dan mengekalkan kemakmuran dan kestabilan.

Apa yang dinyatakan PM itu, adalah amat bertepatan dengan masa kerana rakyat sentiasa merujuk kepada proses pembangunan holistik untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum di samping meletakkan masa depan negara di pentas global.

Ucapan PM juga jelas membayangkan betapa seluruh rakyat Malaysia semakin bijak. Rakyat tidak lagi boleh dibohongi oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang yang akan membangkitkan berbagai-cerita apabila menjelang pilihanraya umum maupun pilihanraya kecil yang bertujuan mendapat undi sahaja.

Rakyat sudah sedar bahawa politik pembangunan yang seimbang dan menyeluruh adalah sebahagian daripada kemahuan seluruh rakyat berbilang kaum dan agama dan Barisan Nasional telah membuktikannya apabila diberi mandat selama ini.

Barisan Nasional sentiasa muncul menjadi juara rakyat dalam melaksanakan amanah menyediakan kebajikan yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat kita. Dalam ertikata yang lain rakyat Malaysia bijak menilai dan sentiasa bersama Kerajaan Barisan Nasional meneruskan agenda rakyat dalam pembangunan yang berterusan untuk semua kaum.

Rakyat sedar bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak menggunakan pentas pilihanraya untuk menabur janji palsu. Pembangunan adalah tanggungjawab kerajaan. Kestabilan dan ketenteraman awam juga adalah tanggungjawab yang berjaya dipertahankan selama ini walaupun pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab pernah mencetuskan Peristiwa 13 Mei, Peristiwa Keganasan Agama Memali, Pengkhianat Bersenjata di Jenalik dan beberapa peristiwa yang tidak mudah untuk dilupakan oleh Rakyat negara kita.

Masalah di Malaysia bukan soal kemajuan. Kerana kemajuan negara berada di tahap yang membanggakan dan seiring dengan kemajuan dunia. Masalah di Malaysia ialah pihak pembangkang mengamalkan politik yang ganas, memperalatkan agama dan menyuburkan kebencian perkauman. Pembangkang bergerak sebagai satu Gerombolan yang menghasut pemikiran rakyat supaya membenci Kerajaan Barisan Nasional yang secara berterusan berjaya membawa kemajuan dari segi pembangunan fizikal, pendidikan, kesihatan, pembangunan insan dan perkembangan minda rakyat jelata.

Bagaimanapun, seluruh rakyat semakin mendapat gambaran yang sebenar terhadap apa yang berlaku kepada parti-parti politik pembangkang yang kini parah dilanda oleh amalan korupsi, kronisme dan nepotisme di negeri-negeri di mana mereka telah diberi mandat.

Gelombang Kesedaran Rakyat yang sedang berlaku sekarang adalah signal bahawa seluruh rakyat pasti akan terus bersama DS najib dan Barisan Nasional.



 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...