Pengikut

Isnin, 11 Oktober 2010

Mahfuz Berbohong, Pas Kedah Tolong Perbetulkan, Galas Dalam Bahaya

Ustaz Azizan...paling kotor dalam sejarah memerintah Kedah

Naib Presiden Pas Mahfuz Omar sibuk menghasut orang ramai supaya terus membenci UMNO. Tetapi semua tuduhan liarnya dijawab oleh Pas Kedah dalam demonstrasi hari ini.

Ahli-ahli PAS negeri Kedah telah mengadakan demonstrasi pada hari ini 10/10/2010 di Depan Wisma Darul Aman. Mereka mendedahkan isu-isu penting seperti masalah Sekolah Agama Rakyat yang dizalimi oleh Keajaan Pas Kedah, masalah kerajaan menjual air berkarat dengan harga yang amat tinggi kepada rakyat, mengkhianati perjuangan Islam, menipu rakyat melalui manifesto kosong, lupa daratan sehingga menekan kehidupan rakyat yang semakin susah serta banyak lagi isu dan ketidakadilan. Mereka yang hadir berdemo yang kesemuanya adalah ahli-ahli PAS yang datang dari seluruh negeri Kedah.

Bekas Ketua Pemuda Pas Kedah, Tuan Haji Najib, Bekas Wartawan Harakah, Tuan haji Zainun Ismail yang dipoecat oleh ustaz Azizan dan ramai lagi ahli Pas yang turut dalam demonstrasi tersebut dan mendedahkan kezaliman dan penindasan Kerajaan Pas Kedah terhadap rakyat.

Dilaporklan bahawa kerajaan Pas Kedah bukan sahaja berbohong dengan manifesto pilihanrayanya tetapi juga melacurkan nama baik agama Islam yang dilaungkan sebagai pegangan asas parti politik itu. Mereka mendapati Kerajaan Pas Kedah sama zalimnya dengan Kerajaan DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan PKR di Selangor serta Kerajaan Pas di Kelantan.

Tonton Video Anda : di SINI

Sumber: harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Rakyat hendaklah menjauhi Umno kerana parti itu sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingan diri dan cita-cita politiknya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)....

Mahfuz mengarang cerita karut menuduh UMNO menganiayai Sekolah Agama Rakyat (SAR. Sedangkan beribu-ribu buah SAR di sekuruh negara telahpun diletakkan di bawah Skim Sekolah Bantuan Kerajaan.

Di Kedah hanya terdapat 12 sekolah yang menolak untuk menyertai SBK sedang menghadapi masalah dan Kerajaan Pas Kedah terus menekan mereka dengan menaikkan tarif air sehingga 80%.

Dalam waktu yang sama terdapat 400 orang guru Tadika PASTI yang ditubuhkan oleh parti politik Pas. Tadika ini juga sedang menghadapi masalah dizalimi oleh Kerajaan Pas Kedah.

Kesimpulannya MB Uztaz Azizan dikatakan tidak ada roh Islam, tiada roh Pas, tiada roh rakyat. Yang ada hanyalah roh menindas rakyat selain terus menebang balak dan menjualnya untuk menambahkan kekayaan pemimpin Pas dan kroni-kroni mereka.

Mahfuz kenalah mencari idea lain untuk memburukkan UMNO. Kasihanilah Pas begitu tertekan di Galas!!

Mahfuz juga perlu mencari idea lain untuk menahan ahli dan penyokong Pas meniggalkan parti selain dari idea memburukkan UMNO-BN.

2 ulasan:

mukapetang berkata...

Salam Tuan,

Sila beri tunjuk ajar. Link blog tuan sudah saya masukkan dalam blog saya. Selamat berjuang.

Bahtera Merdeka berkata...

Alaikumsalam,

Tindakan yg sama saya lakukan pd blog tuan.
Selamat berjuang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...