Pengikut

Sabtu, 25 Disember 2010

Diktator dan Terrorisme Sudah Bermula di Tanahair Kita


Sifat-Sifat Diktatorship dan Terrorisme Mula Menjelma dan Sudah Diamalkan di Selangor.

DAP telah mula menunjukkan sifat-sifat diktator dan pendekatan yang berbau terrorisme apabila mendapat sedikit kuasa di Selangor.
Melalui Exco DAP dalam Kerajaan Selangor, DAP telah menggambarkan bahawa parti itu memiliki benih-benih fahaman yang radikal, agresif dan ganas.

Dengan pengharaman Logi 1Malaysia kesayangan rakyat itu DAP gagal menyembunyikan sifat sebenar parti itu yang sangat kontra dengan budaya rakyat Malaysia masa kini.

Sumber: http://wartashubhi.blogspot


Ekoran dari nasihat Lim Kit Siang kepada kerajaan negeri Selangor agar mengkaji semula larangan menggunakan logo 1Malaysia dalam sebarang kegiatan iklan, ramai lagi pimpinan PR yang lain bangun menyuarakan nasihat yang sama.

R Sivarasa juga sama pendapatnya dengan Lim Kit Siang menyuruh dilihat semula larangan tersebut. Kerajaan negeri Kelantan dan Pulau Pinang yang tidak ada mengeluarkan sebarang bentuk larangan yang sama dilihat sebagai tidak menyokong tindakan yang dibuat kerajaan negeri Selangor.

Yang paling menarik sekalai adalah kenyataan ahli parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad yang berkata keputusan melarang tersebut bukanlah hasil dari permuafakatan pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya merupakan keputusan dari hanya seorang ahli Exco, iaitu Ronnie Liu.

Jika benar ia hanya merupakan keputusan sendiri seorang Exco, Menteri Besar Selangor perlu tegas agar ianya tidak berulang yang jika berlarutan bakal menjejaskan PR.

Kalau semua exco boleh buat apa-apa saja keputusan sendiri ikut nafsu dan selera kegemarannya, alamat porak peranda negeri Selangor. Jangan biarkan mereka yang over-teruja mendapat kuasa, jika berlarutan tukar saja.


Logo 1Malaysia tidak penting. Ianya hanyalah simbol yang membantu memberi gambaran dasar yang diamalkan oleh Kerajaan UMNO-BN. Tujuannya untuk memantapkan lagi Permuafakatan Rakyat yang telah menjadi formula utama kejayaan rakyat dan negara selama ini.

 Logo 1Malaysia bukan isu baru. Ia adalah manifestasi kejayaan Rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama yang hidup sejahtera selama ini. 1Malaysia adalah Nadi dan Nyawa Rakyat. 1Malaysia berdenyut seiring dengan nafas kehidupan rakyat yang menjunjung dan cintakan perpaduan, keamanan, kejayaan dan kesejahteraan.

Kita masih ingat dan anak-anak generasi muda kita juga harus diberi peringatan bahawa pada sekitar tahun 1948 - 1960 negara ini diletakkan dibawah perintah darurat. Pengkhianatan dan kezaliman Komunis (ramai anggota dan pemimpinnya dari kaum China) terpaksa dihadapi oleh rakyat. Pasukan "Home Guard" yang terdiri dari tenaga rakyat telah bangun bersama kerajaan membanteras kezaliman dan kekejaman Komunis ini yang ingin merampas pemerintahan dan kuasa politik.


Pengharaman Logo 1Malaysia adalah gambaran yang sangat jelas bahawa sifat-sifat DIKTATORSHIP, AGRESIF, ANTI DEMOKRASI, TERRORISME, ANTI NASIONAL masih berkembang subur dalam jiwa Gerombolan Pakatan Pembangkang yang di pelopori oleh DAP (kebanyakan ahli dan pemimpinnya adalah kaum China).

Nampaknya mereka ketinggalan jauh kebelakang. Rakyat Malaysia masa kini sangat menghargai persahabatan, muhibbah, permuafakatan, keamanan, slalng mengasihi, tolong menolong, menghargai dan saling mempercayai.
Darurat 1948 - 1960 mengajar kita menghargai kerjasama yang sedia ada.

p/s: Bahtera Merdeka mengucapkan selamat menyambut Krismas kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Betapa indahnya hidup sebagai rakyat yang beragama di Malaysia.

4 ulasan:

Wake UP! berkata...

Kita semua patut bersatu menentang DAP yang mengamalkan komunisme.

Helang Buana berkata...

dah link lama dah, boss

Wake UP! berkata...

Marilah kita tolak Pakatan Rakyat untuk menjamin agar DAP tidak akan berkuasa di negara kita.

ISAC berkata...

Salam,

Blog tuan telah "dilinkkan"...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...