Pengikut

Khamis, 30 Disember 2010

Pas Pakar Ubahsuai: Islam Addeen Ditinggalkan, Islam Politik Diutamakan



Peristiwa Memali...
Hasil indoktrinasi (tarbiyyah) Islam Politik yang diintai DAP 

Pas membuat angkara dan berjaya mencipta sejarah penyelewengan dalam perkembangan Islam di Malaysia.

Ajaran Islam sebenar yang berasaskan trilogi bersepadu al-Quran, Sirah dan al-Hadith dicemari dengan realiti tindakan kepartian yang melampau. Islam sebagai ad-Deen diketepikan dan diganti sepenuhnya dengan Islam politik.

Senario semasa jelas membuktikan bahawa ahli dan penyokong Pas berfikir dan bergerak berasaskan politik kepartian. Ini adalah hasil indoktrinasi (diistilahkan sebagai tarbiyyah) yang berterusan oleh para pemimpin dan penggiat parti itu. Mereka berjaya melonjakkan doktrin politik yang diberi nama, label, warna dan pakaian Islam.

Ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda Rasullullah lebih dari 1400 tahun yang lalu, tidak sama dengan apa yang diamalkan oleh ahli dan pengikut Pas hari ini. Islam sebagai ad-Deen telah ditenggelami oleh Islam politik yang dikawal sepenuhnya oleh doktrin parti. 

Pemimpin-pemimpin dan sebahagian daripada penggiat politik dalam parti Pas terbukti minat membaca dan menghafal beberapa ayat-ayat al-quran, potongan-potongan hadith dan mengingati cerita dan huraian sirah Nabi. Tetapi malangnya mereka menggunakan dalam ruang lingkup yang sangat kecil iaitu hanya untuk tujuan politik kepartian. Sebab itu guru agama yang berpegang kepada konsep ad-Deen sentiasa menjauhkan dirinya daripada terjebak dengan kekeliruan Pas.

Tindakan-tindakan semasa juga membuktikan bahawa mereka hanya membaca dan menghafal tetapi gagal memahami, menghayati dan jauh sekali beramal dengan Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah. Mereka gagal mentafsir kehebatan ajaran islam yang syumul. Mereka terus berceramah memukul gong yang  mendendangkan warna-warna Islam tetapi tidak pernah membuat kajian dan analisis.

Akhirnya wujudkan golongan ahli dan pengikut parti politik yang telah diubahsuai minda mereka dari memahami dan beramal dengan Islam sebagai ad-Deen. Mereka menjadi penganut doktrin Islam politik ala Pas yang membelakangkan elemen ajaran sebenar dari trilogi Islam. Indoktrinasi yang diamalkan oleh ke atas ahli dan pengikutnya, menghasilkan ketaksuban dan kejumudan.

Malangnya jumlah masyarakat Melayu di Malaysia yang berjaya diindoktrinasi dan dijumudkan oleh doktrin Islam politik Pas sangat sedikit dan kini semakin berkurangan.

Pas akan terus mengambil jalan mudah untuk mendominasi pemikiran orang ramai dengan cara mengubahsuai peranan Islam sebagai ad-Deen kepada Islam politik. Pas mentarbiyyah ahli dan pengikutnya supaya tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghalang cita-cita politik mereka. Pas akan berjihad dengan memaki hamun, mencerca individu, pertubuhan, pemimpin dan semua pihak yang ditafsirnya sebagai musuhnya.

Kelemahan Pas inilah yang telah diintai oleh DAP.  

Pada pandangan DAP, Pas begitu teruja meletakkan cita-cita politik di atas segala-galanya. Lim Kit Siang tahu bahawa Pas boleh diperalatkan.kerana agama Islam adalah dianggap sebagai alat politik bagi parti Pas.

1 ulasan:

Dahlia berkata...

Pas tidak sedar diorang melakukan pengkhianatan terhadap Islam dan umat Islam.

DAP memang perlu parti bodoh macam Pas ini untuk memudahkan mereka mencapai hasrat mengubah Perlembagaan Persekutuan yang menjamin Islam sebagai agama rasmi dan memelihara kepentingan peribumi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...