16 sept...I jadi PM..you jadi TPM...Pas susun kerusi and baca doa cukup la..
Nasaruddin Mat Isa sekali lagi diperkudakan oleh DAP dan Nuar Berahim untuk meyakinkan ahli-ahli dan penyokong mereka supaya mempercayai bahawa Pakatan Pembangkang tidak Anti nasional.
Nasaruddin didapati dengan penuh susah-payah cuba mengelirukan kefahaman mengenai konsep federalisme yang sudah sdia diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan selama ini. Tanpa hujah yang bernas, Nasardudiin dilihat telah menjalankan tugasnya baik memperbodohkan ahli-ahli dan pendengar di Konvensyen Pakatan di Pulau Pinang itu.
Semangat Federalisme diasaskan dan mantapkan oleh UMNO, MCA dan MIC semenjak negara mencapai kemerdekaan. Semangat inilah yang mendorong tertubuhnya Parti Perikatan yang kemudiaannya berjaya mengasaskan pula sebuah negara yang bernama Malaysia.
Semangat federalisme ini diamalkan dengan jayanya membawa rakyat pelbagai keturunan, agama dan sistem kepercayaan hidup bersama dengan aman sejahtera.
Sistem Federalisma adalah sistem perkongsian yang berasaskan kepada kesudian dan kesediaan anggota yang berada di dalamnya (menurut Tun Sufian). Jelaslah selama ini sistem federalisme yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan UMNO-BN adalah yang terbaik. Kesemua kerajaan negeri berjaya mentadbir dan membangunkan negeri masing-masing ke tahap pencapaian sekarang. Tidak wujud sebarang persengketaan atau perselisihan yang berkaitan dengan masalah amalan konsep federalisme itu sendiri.
Negara terus membangun dan rakyat terus menikmati pembangunan dan kejayaan yang berterusan. Konsep dan semangat federalisme yang diamalkan, telah terbukti menjadi pemankin kejayaan Malaysia selama ini.
Malangnya Gerombolan Pakatan Pembangkang tidak mampu menghayati semangat federalisme ini dari sudut demokrasi dan kebebasan politik di Malaysia.
Mereka masih menjadikan unsur perkauman dan pecah-belah sebagai asas perjuangan dan modal mendapatkan undi rakyat. Mereka gagal melihat semangat federalisme dari sudut yang lebih luas yang selama ini disokong dan didokong oleh rakyat.
Kerajaan pimpinan UMNO-BN berjaya menyediakan kemudahan dan prasarana yang dikongsi bersama oleh suluruh lapisan masyarakat. Perkongisan yang menodorong rakyat semua kaum dan agama berkembang maju dalam bidang pendidikan, perniagaan, kesihatan, amalan agama dan kehidupan sosial yang lain.
Apapun, semangat federalisme yang paling minima sakalipun, dilihat tidak pernah wujud dalam Gerombolan Pakatan Pembangkang. Yang wujud hanyalah pakatan jahat untuk mengajak rakyat meruntuhkan Semangat Federalisme yang telah wujud.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan