Pengikut

Khamis, 16 Disember 2010

PAS Semakin Gentar Hadapi Penyokongnya Sendiri



Pas Semain Gentar Hadapi Penyokongnya Sendiri

Parti Melayu Islam Pas kini menghadapi masalah kerana anak-anak generasi muda kita dilihat semakin menjauhi parti itu. Kajian rambang menunjukkan mereka tidak serasi dengan kaedah Parti Melayu Islam Pas berpolitik. 

Mereka tidak senang dengan suasana penuh dengan cacian, tohmahan, pembohongan dalam setiap ceramah yang dianjurkan oleh Parti Melayu Islam PAS itu. Anak-anak muda ini sebenarnya telahpun mengikuti pendidikan agama sejak dari Tadika sehinggalah sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima. Mereka tahu membezakan sesuatu yang baik dengan yang tidak  munasabah.
 
Mereka juga dapat membuat perbandingan yang jelas antara pendekatan UMNO-BN yang lebih berhemah, mesra dan lebih bertamadun. Walaupun UMNO dilihat tidak menjaja ayat-ayat al-quran dalam aktiviti mereka, tetapi hasil usahanya dapat dinikmati oleh semua kaum dan agama.  Seluruh rakyat dilhat hadup sejahtera di samping berusaha memajukan diri dan keluarga masing-masing.

Parti Melayu Islam PAS juga nampaknya semakin gentar untuk menghadapi penyokong-penyokong yang semakin hari semakin berkurangan. Pengecutan sokongan ini bukan disebabkan oleh faktor luaran, tetapi faktor dalaman yang dibina oleh parti itu sendiri.
Telah ramai penyokong PAS yang selama ini menyokong kerana terikut-ikut, perlahan-lahan meninggalkan parti itu kerana terlalu banyak persoalan yang tidak dapat dijawab dengan betul.

Antara persoalan yang selalu bermain di kepala penyokong Parti Melayu Islam PAS kebelakangan ini ialah:

"Mengapa perjuangan PAS tidak konsisten, sering berubah-ubah, tidak ada hala tuju dan selalu menyerah kalah pada Parti China DAP"

Anak-anak genarasi muda ini tahu bahawa perjuangan Parti Melayu Islam PAS yang dimulakan pada tahun 1951 membawa slogan "Menggantikan UMNO". Tetapi tidak mendapat sambutan. Dan pada tahun 1955 ditukar pula kepada slogan "Mewujudkan Negara Yang Makmur Dengan Keampunan Allah". Juga tidak mendapat sambutan.


Mereka tahu PAS amat kecewa kerana rakyat terus memberi sokongan kepada UMNO. Maka pada tahun 1963 PAS mula mengeluarkan fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan kaum kafir memerintah negara hukumnya kafir dan haram". Fatwa ini juga tidak mendapat perhatian dan sambutan.
  
Akhirnya pada tahun 1969, akibat dari kekecewaan kerana rakyat terus menyokong UMNO, PAS terus terang mengeluarkan fatwa "Mengkafirkan UMNO" yang menyebabkan pada tahun 1974 PAS bergabung dengan Barisan Nasional yang dikafirkannya itu.
  
Bagaimanapun pada tahun 1984, Parti Melayu Islam PAS menuduh pula UMNO sebagai "Assobiah" setelah keluar dari BN. PAS mula bermain dengan slogan mewujudkan negara Islam atau Daulah Islamiah. Bagaimanapun masih tidak lagi mendapat undi dari rakyat.
  
Setelah banyak kali berubah, pada tahun 1990 PAS mula hilang punca dan mengelabah untuk mencari slogan baru. Ketika ini "Melaksanakan Hukum Hudud" mula dimainkan bersama-sama dengan slogan "Kepimpinan Ulamak, Kedaulatan Islam, Membangun Bersama Islam" dan sebagainya.
  
Anak-anak generasi muda ini tahu pada tahun 1999 sekali lagi PAS ,mencuba nasib menjaja slogan "Menubuhkan Negara Islam" kerana hendak mellaksanakan "Hukum Hudud" dibawah "Kepimpinan Ulamak". Tetapi tidak mendapat sambutan. Ini menyebabkan PAS terpaksa mengikuti jejak langkah UMNO yang begitu mantap berkongsi memerintah negara dengan Konsep Barisan Nasional.
  
Malangnya apabila PAS bersungguh-sungguh hendak menghancurkan UMNO, mereka terpaksalah bersubahat dengan DAP yang jelas terdiri dari parti yang ditubuhkan oleh orang kafir. 

Di sinilah bermulanya masalah PAS dengan pengikut-pengikutnya sendiri. Ramai pengikut-pengikut PAS bawahan berasa pelik mengenai perubahan ini dan mula meragui hala tuju perjuangan PAS yang sebenar. PAS dilihat sudah tidak bermaruah lagi.

Kerana tekanan dari DAP, maka pada tahun 2008, PAS sekali lagi mengubah dasarnya untuk disesuaikan dengan kehendak DAP. PAS dengan rela menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islan dan berjanji tidak akan melaksanakan hukum hudud.


Kini apabila PAS menubuhkan pakatan pembangkang bersama PKR dan berketuakan Anwar Ibrahim dan DAP, sekali lagi PAS mengubah slogan dan dasarnya kepada "PAS FOR ALL"

Demikianlah nasib Parti Melayu Islam PAS di dalam gelanggang politik di tanahairnya sendiri.

Kini, berbekalkan kesalahannya memperalatkan agama Islam selama ini, bagaimana PAS harus berdepan dengan pengikutnya sendiri yang semakin ramai dan lantang mempersoalankan hala tuju perjuangan PAS yang sudah tidak menentu. Ramai yang meninggalkan parti itu kerana mendapati PAS sudah kehilangan maruah dan tiada harga diri lagi.

Ramai pengikut PAS yang mengeluh sambil mengatakan:

"Maruah dan harga diri DAP tetap tinggi kerana perjuangannya untuk survival kaum China tidak pernah tergugat, tetapi maruah dan harga diri PAS jatuh ke tahap paling rendah kerana sanggup menggadaikan bangsanya sendiri dan menjual agama dengan harga yang sangat rendah".

Sekarang Parti Melayu Islam PASA semakin gelabah kerana senario semasamenunjukkan DS Najib seorang pemimpin yang bijak, tabah, berhati-hati dan berpandangan jauh, maka semakin gentar PAS untuk menghadapi PRY 13 dengan sokongan yang semakin menurun.

Kemaraan UMNO-BN di bawah kepimpinan DS Najib dan rakan-rakannya tidak dapat disekat lagi. Langkah kejayaan sudah berderap berbaris bersama seluruh rakyat dan anak-anak generasi muda yang patriotik.

   

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...