Pengikut

Selasa, 21 Disember 2010

Hasrat DS Najib: Difahami Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal

Tahniah UMNO Bahagian Nibong Tebal

Tahniah Wanita dan Puteri Bahagian Nibong Tebal
Tahniah Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal
Tahniah Gerakan Belia 4B Cawangan Sungai Setar Kechil.

Kita patut berasa amat bangga dengan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal Pulau Pinang yang telah berjaya melaksanakan siri mendekati golongan muda bagi menjamin sokongan yang bertersuan kepada kerajaan, khususnya UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka telah berjaya menjalankan Kempen Daftar Pemilih untuk menambah pengundi berdaftar dengan SPR.
Program kali ini dijalankan di Kampung Sungai Setar Kechil, Nibong Tebal. 

Mereka menmggunakan kaedah memasang skrin besar bagi anak muda menonton beramai-ramai Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam. Selepas itu disusuli dengan majlis penerangan.

Yang paling membanggakan ialah kehadiran sama Dato Hj. Mahmud Zakaria memberi perangsang bagi pihak UMNO Bahagian, kehadiran jawatankuasa Pemuda,Puteri Bahagian dan Penubuhan Gerakan Belia 4B Cawangan Sungai Setar Kechil.

Lebih 50 orang anak-anak muda termasuk belia dan wanita turut bersama mengikuti majlis serta dengan penuh minat sehingga majlis selesai pada jam 12 pagi.

Sumber: pemudaumno-nibongtebal


Pelbagai persoalan telah dibangkitkan dalam sesi soal jawab seperti peruntukan kepada golongan belia, masalah masyarakat dan program latihan.YB Dato Mahmud, Sdr Norhiesam selaku Ketua Penerangan PPUBNT mewakili Sdr Hj Rashidi yang tak dapat hadir dan Pn. Jamilah selaku Pengerusi Gerakan Belia 4B Kwsn/Ketua Puteri UMNO nibong Tebal telah menjawab dengan baik semua persoalan yang diutarakan.

Namun apa yg menarik, YB Dato Mahmud telah memberi suntikan semangat kepada golongan muda Sg Setar Kechil dengan berjanji akan membantu sepenuhnya permohonan mereka.Begitu juga komitmen daripada Pemuda dan Puteri UMNO Nibong Tebal.

Secara rumusannya, program ini adalah berjaya dan rata-rata mereka berpuas hati kerana ramai golongan muda dapat dikumpulkan semula setelah berpecah suatu masa dulu.
Syabas dan tahniah kepada Sdr Shahrul (Ketua Pemuda Sg Setar Kechil) bersama Fairuz (Pengerusi GB4B Sg Setar Kechil) dan rakan-rakan dalam menggerakkan program tersebut


Penulis berasa amat bangga dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh Pemuda Bahagian Nibong Tebal ini. Jelaslah bahawa mereka memahami tugas pemuda yang sebenar dalam parti. Mahu mengambil daya inisiatf bersama Pemimpin Bahagian, Wanita dan Puteri. 

Kita juga bersyukur kerana masih ada Pemimpin UMNO Bahagian yang memahami bahawa tugas mereka mengendalikan UMNO Bahagian mestilah bersama-sama sayap Wanita, Pemuda dan Puteri saebagai satu kesatuan yang mantap. Bukan berpecah-pecah dan berdiri sendiri.

Tahniah sekali lagi.



1 ulasan:

Simpang berkata...

Saya yakin ramai lagi Ketua2 UMNO Bahagian kita yang memahami tugas dan peranan mereka menjalankan amanah yang diberikan oleh ahli UMNO semasa pemilihan.

Bagaimanapun, Ketua Bahagian dan JK Bahagian yang terbaik adalah yang merancang dengan teliti program Bahagian ke arah menambah sokongan pengundi kepada UMNO-BN.

Dalam hal ini peranan Pemuda, Wanita dan Puteri adalah sebahagian daripada elemen kekuatan parti yang perlu diuruskan dengan baik dan berterusan.

Kita sedih jika ada Ketua Bahagian yang tidak bekerja untuk parti tetapi mengutamakan hasrat peribadi. Jika ada, merekalah pengkhianat perjuangan UMNO Nombor 1.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...