Pengikut

Sabtu, 18 Disember 2010

Bapak Konspirator: Nuar Berahim Berkonspirasi Lagi



Nuar Berahim Berkonspirasi Lagi

Nuar Berahim tak habis-habis melalak mengatakan dirinya mangsa konspirasi.

Sebenarnya dialah Bapak Konspirator yang mengaturkan demonstrasi Gerombolan Pakatan Pembangkang di Dewan Rakyat.

Kes di mahkamah ditangguh berkali-kali adalah konspirasi Nuar Berahim untuk mempermainkan sistem keadilan. Kerenahnya yang tak habis-habis membuktikan dialah bapak konspirator untuk mengelakkan dirinya dari dihukum sekiranya didapati bersalah.

Semasa Era Tun Mahathir, Nuar Berahim berkonspirasi mencatur UMNO untuk mengangkat dirinya ke mercu kepimpinan dengan lebih cepat. 

Salahlaku yang dibuatya sendiri telah membantutkan cita-citanya dan pihak lain pula yang disalahkan. Salahguna kuasa semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan serta tuduhan meliwat diputarbelitkan. Tujuannya untuk membina persepsi rakyat bahawa dia tidak bersalah tetapi pihak lain yang berkonspirasi menjatuhkannya.

Semasa Era DS Najib, perkara yang sama dilakukan. Nuar Berahim berkonspirasi lagi dengan banyak pihak untuk mencalar imej Perdana Menteri.

Allah maha berkuasa. Tun mahathir bersara dan sihat serta terus disanjung seluruh rakyat Malaysia. DS Najib terus dimakbulkan Allah menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tetapi Nuar Berahim ditimpa pelbagai musibah yang menghancurkan maruahnya berkecai ke tahap yang paling hina. Dari seorang pemimpin ABIM, Imam yang membaca khutbah di atas mimbar, TPM yang berkarisma..kepada seorang bekas banduan yang sekali lagi menghadapi perbicaraan kes liwat.

Kerana menuruti rasa hati yang geram, marah, kecewa, malu, iri hati dan dendam kesumat, Nuar Berahim sanggup memperjudikan nasib bangsanya sendiri dengan bersekongkol dengan cauvinist-racist DAP dan Parti Ajaran Sesat Pas.

Semoga Allah membuka pintu hatinya sebelum terlambat kerana doa orang yang difitnah olehnya mudah dimakbulkan Allah
Nuar Berahim...bertaubatlah sebelum terlambat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...