Pengikut

Rabu, 15 Disember 2010

MENJELANG PRU 13: FENOMENA LUAR BIASA POLITIK MALAYSIA

SENARIO POLITIK SEBELUM PAK LAH DIARAH MELETAK JAWATAN OLEH UMNO

Sejak merdeka negara kita telah mengendalikan 12 pilihanraya umum dengan jayanya di samping beberapa siri pilihanraya kecil yang mengkagumkan. Seluruh dunia mengakui kita mengamalkan sistem politik demokrasi yang terbaik, telus dan berkesan.

Terbukti selama ini bahawa dalam semua pilihanraya umum atau pilihanraya kecil, semua parti pembangkang mengambil bahagian dan menyertai proses pemilihan dengan selesa. Bebas menjalankan strategi parti untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Hampir kesemua parti pembangkang yang bertanding begitu yakin untuk mencuba nasib dan bersungguh-sungguh mengeluarkan manifesto untuk menarik perhatian dan memikat hati pengundi. Semua manifesto mengandungi janji-janji yang terbaik yang diwarwarkan untuk memikat pengundi. Dan semua parti pembangkang mendapat peluang yang amat luas dan bebas mempengaruhi pengundi.

Selama ini Parti bangsa China DAP tidak pernah lari dari kempennya untuk mewujudkan Malaysian Malaysia (prinsip sama rata). Hujahnya sangat memikat hati masyarakat China dan India yang tidak memahami asas pembentukan Persekutuan Malaysia. Majoriti pemilih yang memberi undi kepada DAP adalah dari kalangan masyarakat China dan India yang terpengaruh dengan hasutan konsep Malaysian Malaysia. Manakala yang lain masih kekal bersama UMNO-BN mengekalkan konsep penubuhan Persekutuan yang keramat itu.

Parti bangsa Melayu PAS juga tidak pernah lari dari kempen tradisinya memperagakan diri sebagai pejuang Islam. Janji menegakkan negara Islam dilaung-laungkan di setiap kempen pilihanraya. Apabila sambutan kepada parti semakin merosot, PAS menambah pula janji akan melaksanakan hukum hudud bagi menaikkan harapan pengundi yang berbangsa Melayu ditambah pula dengan janji menjadikan negara berkebajikan dan sebaginya. Pas mendapat peluang berkempen yang seluas-luasnya termasuk menukar mimbar mesjid yang dijadikan pentas politik.

Kemunculan Parti Keluarga PKR pula menambah kemeriahan kempen pilihanraya dengan slogan-slogan bombastik seperti ketuanan rakyat, kedaulatan rakyat, keadilan untuk semua rakyat, kebebasan untuk rakyat dan berbagai-bagai lagi slogan yang menarik.  Anwar Ibrahim begitu bebas dan giat mencipta isu untuk membina persepsi baru bagi mengalih sokongan rakyat dariapada terus menyokong kerajaan sedia ada.

Sejarah telah membuktikan, walau apapun yang dikatakan oleh DAP tentang Malaysian Malaysia untuk menghasut bangsa Chinanya, walau apapun rasuah akhirat yang disogok oleh PAS kepada bangsa Melayunya, dan walau apapun persepsi yang ditanam oleh Anwar Ibrahim untuk mengangkat dan membela dirinya,  rakyat tetap bersatu mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini telah menjana kehidupan yang terbaik kepada seluruh bangsa China, India dan termasuk Peribumi di negara ini.

Tetapi sikap parti politik pembangkang telah berubah sejak Pak Lah, menantunya Khairy, Radzi Sheikh Ahmad, Musa Hitam serta Kalimullah berkuasa. Pembangkang telah mula membelakangkan perlembagaan. Mereka telah lupa bahawa pilihanraya adalah medan untuk rakyat membuat pilihan secara demokrasi. Semua ini berlaku secara tiba-tiba sebaik sahaja Pak Lah berkuasa dan membuka ruang pembangkang menawan 5 buah negeri dengan mudah, termasuk Pulau Pinang, negeri di mana Perdana Menteri menjadi Ahli Parlimennya.

SENARIO SELEPAS PAK LAH DISEKAT DARI MENGETUAI UMNO DAN NEGARA

Sejak Pak Lah dipaksa mengundurkan diri, kesan kelamahan Pak Lah amat jelas apabila berlaku perubahan mendadak di kalangan parti politik pembangkang utama di Malaysia iaitu DAP, PAS dan PKR dari sudut prinsip dan matlamat perjuangan parti.

Persiapan yang mereka lakukan untuk menghadapi pilihanraya dan menawan hati pengundi adalah dengan cara meningkatkan kebencian antara kaum dan mengamalkan perliku anti nasional yang amat ketara sehingga terlalu berani dan terang-terangan menghina Perlembagaan Persekutuan.  Antara fenomena baru itu adalah seperti berikut:

1. DAP berterusan menanam kebencian dan kekeliruan di kalangan rakyat terutama generasi muda bahawa Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang perlu diubah atau dihapuskan. Mereka menggambarkan bahawa selagi Perlembagaan Persekutuan ini dikekalkan selagi itulah jaminan terhadap institusi diraja, Islam sebagai agama resmi persekutuan, bahasa dan kebudayaan Melayu dipeliharan dan keistimewaan orang Melayu-Bumiputera dipertahankan. Mengubah atau menghapuskan Perlembagaan Persekutuan adalah jalan paling mudah menghapuskan semua  perkara di atas.

Kebijaksanaan DAP sangat menyerlah kerana parti itu tidak lagi menyuarakan hasrat mereka untuk melenyapkan kuasa politik Melayu-Bumiputera tetapi telah diperjuangkan oleh orang-orang Melayu-Islam yang berada dalam parti PAS dan PKR. DAP tidak perlu lagi menubuhkan cawangan di kawasan Melayu-Islam tetapi bendera dan matlamat perjuangannya telah teranam dan berkibar dalam hati pengikut PAS dan PKR.

2. PAS juga berterusan menyuburkan kebencian orang ramai. Di hadapan pengundi Melayu-Islam, PAS mencerca UMNO sebagai zalim dan kejam terhadap umat Islam. UMNO dikatakan sebagai parti assobiah yang memperjuangkan bangsa dan mentakrifkan perjuangan UMNO itu tidak Islamik. PAS menolak perjuangan untuk membela bangsa Melayu walaupun PAS adalah parti berasaskan bangsa Melayu.

Di hadapan kaum China dan India PAS menghasut dengan berjanji tidak akan melaksanakan negara Islam dan memberi jaminan hukum hudud tidak akan dikenakan kepada mereka. Membenarkan ayat suci al-quran dan nama Allah digunapakai dan membuka mesjid serta surau sebagai tempat memancing undi seluas-luasnya. Mereka menyerang apa sahaja yang berkaitan dengan kepentingan Melayu-Islam dan bumiputera untuk meraih undi dan sokongan dari kaum China dan India
3. PKR masih dikenali sebagai parti keluarga Anwar Ibrahim atau sekurang-kurangnya parti yang berkepentingan untuk menyelesaikan masalah Anwar Ibrahim. Selepas dibebaskan dari Sungai Buloh, bekas banduan ini menerima semula passport antarabangsanya yang diserah sendiri oleh Khairy Jamaludin iaitu menantu Pak Lah yang kemudiannya menjawat jawatan Ketua pemuda Umno Malaysia.
Anwar Ibrahim terus menghina Perlembagaan Persekutuan, memerlekeh sistem kehakiman, meningkatkan keraguan rakyat terhadap Polis DiRaja Malaysia dan menanam kebencian rakyat terhadap Raja Berperlembagaan serta melebarkan kebencian antara kaum. Anwar terus membayangkan kejayaan palsu dengan mempertaruhkan Putrajaya sudah berada di tangannya.

Fenomena menjelang PRU 13 yang paling ketara ialah:

1. Pemimpin kaum China menyeru kaum China supaya bersatu dan menyokong perjuangan DAP supaya kuasa politik Melayu dapat dihapuskan.

2. Pemimpin Melayu PAS dan PKR menyeru  kaum Melayu-Bumiputera supaya menentang hak keistimewaan Melayu-Bumiputera yang dijamin Perlembagaan kerana bertentangan dengan Perlembagaan Baru Malaysian Malaysia

3. PAS, DAP dan PKR membentuk kerjasama dan berjanji setia untuk melenyapkan kuasa Politik Melayu-Bumiputera
dan menerima konsep Malaysian Malaysia

4. Pemimpin China dari komponen BN juga gagal membuktikan mereka tidak terpengaruh dengan momokan cauvinistik-racist DAP.


Kini DS Najib bertanggungjawab menyebabkan Gerombolan Pakatan Pembangkang berasa gelisah dan putus harapan untuk menawan Putrajaya. 

.

1 ulasan:

Unknown berkata...

DS Najib perlu berhati-hati kerana gerakan pembangkang sekrang adalah berpaksi kepada acuan yang dirangka oleh DAP.

Pemimpin Melayu Pas dan PKR berjaya dikudakan.
Pengikut Pas dan PKR pula berjaya diperbodahkan oleh pemimpin mereka sendiri.

DAP sedang menuai hasil usahanya apabila kaum Melayu sendiri yang menghina raja mereka, hak mereka yang dijamin oleh perlembagaan dan agama Islam yang mereka anuti.

Kejayan DAP melemahkan kuasa politik Melay-Bumipueta dan umat Islam di Malaysia bukanlah kerana DAP itu kuat tetapi disebabkan kebodohan pemimpin Melayu didalam Pas dan PKR sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...