Pengikut

Khamis, 9 Disember 2010

Maal Hijrah 1432 dan Kejayaan Pemerintahan Kerajaan Pusat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Kehadiran Maal Hijrah 1432 adalah kedatangan 1 Muharam yang bersamaan dengan 7 Disember 2010 Masehi. Kehadiran yang membawa makna yang sama bagi seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, sebagaimana yang telah berlalu selama ini. Kerajaan Persekutuan berjaya meneruskan konsep hijrah iaitu berpindah atau berubah ke arah yang lebih baik.

Rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga berpeluang menikmati sepenuhnya keadilan yang diterapkan oleh Kerajaan Persekutuan yang berpegang kepada ajaran dan panduan Islam dalam sistem pemeruntahannya yang praktikal dan memenuhi keperluan semasa.

Seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama hidup dalam sejahtera dari semasa ke semasa. Berkongsi menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan untuk mencapai kemajuan di semua bidang kehidupan. Berpeluang membina kejayaan diri dan keluarga mengikut keinginan dan kemampuan sendiri. Menambahbaik status ekonomi dan bebas meneroka khazanah dan bidang perniagaan.

Segala pencapaian ini adalah hasil daripada sikap kerajaan yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam yang dijadikan agama rasmi negara dan hasil kebijaksanaan ajaran Islam ini dinikmati, dirasai dan dialami selama ini iaitu semenjak Kerajaan Persekutuan ditubuhkan oleh rakyat untuk mengurus dan mentadbir kehidupan mereka.

Kita amat bernasib baik kerana keadilan Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan itu telah mendorong seluruh rakyat di negara ini merasa hak mereka dilindungi, diberi perhatian dan dibela.

Hak orang Melayu dan bumiputera tidak dianiayai. Hak orang China dan India tidak dicabuli atau diabaikan. Malah hak pendatang asing juga dibela dan diberi perhatian. Konsep Hijrah yang dipegang oleh Kerajaan Persekutuan adalah amat praktikal sebagaimana contoh yang ditinggalkan oleh Rasulullah terdahulu.

Kedatangan maal hijrah kali ini amat meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, keadilan, persefahaman, dan kemajuan masa depan. Bermula dengan apa yang telah kita capai selama ini, rakyat Malaysia mampu meningkatkan lagi pencapaian ini untuk 100 tahun lagi dengan lebih baik dan cemerlang.

DS Najib dan Kerajaan Persekutuan akan terus memimpin dan membawa negara kita selangkah lagi ke arah kejayaan hidup rakyat pelbagai bangsa dan kepercayaan yang lebih baik dari sebelumnya.

Natijah daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW yang telah berjaya membina sebuah negara dengan masyarakat majmuk di zamannya, telahpun berlaku pada zaman kita. Marilah kita pertahankan tradisi yang telah dumulakan oleh Nabi untuk kita teruskan selama-lamanya.

Kita sentiasa yakin bahawa yang baik dan benar itu akan bertahan lebih lama dan yang palsu dan mungkar itu akan terbinasa dengan sendirinya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...