Pengikut

Khamis, 23 Disember 2010

Ahli Pas Rasa Terhina: Kegagalan Konvensyen Gerombolan Pakatan Pembangkang



Hinanya umat Islam diperbodohkan oleh DAP..
Ya Allah...selamatkanlah mereka ini.

 Semakin ramai Ahli dan Penyokong PAS melahirkan rasa tidak puas hati, kecewa dan terasa dipermainkan. Segalanya berpunca dari Konvensyen Pakatan ke-2 di Pulau Pinang baru-baru ini.

Mereka berapa amat hampa kerana mendapati Konvensyen tersebut hanyalah tidak lebih dari muafakat untuk mencapai cita-cita DAP mendaulatkan ketuanan China dan membantu membebaskan Anwar Ibrahim dari masalah kes perbicaraannya yang tertanguh-tangguh.

Mereka juga berasa dipermainkan kerana walaupun Dr. Mujahid Yusof Rawa diberi peranan sebagai Pengarah Sekretariat Konvensyen, tetapi Konvensyen itu telah digunakan untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti parti PAS dengan menghalang cita-cita negara Islam dari disebut atau dibincangkan sama sekali.  Penghinaan ini direlakan oleh pemimpin Pas tetapi tidak dapat diterima oleh ahli dan penyokongnya.

Akhirnya hampir seluruh perwakilan PAS yang hadir, telah kembali ke tempat masing-masing dengan rungutan bahawa mereka rasa tertipu, dipermainkan dan kehilangan maruah sebagai seorang muslim di negara mereka sendiri.

Mereka sedar konvensyen itu gagal sepenuhnya dan hanya wayang sandiwara DAP untuk meruntuhkan kekuatan, kesepaduan Bumiputera dan umat Islam sahaja. Manakala parti PAS dan PKR hanyalah haiwan ternakan dan tunggangan DAP yang jauh lebih jelas perjuangannya menguntungkan kaum China yang berfikiran racist.

Berikut adalah kegagalan yang amat nyata yang kini dibincangkan secara meluas di kedai-kedai kopi, surau dan markas PAS di seluruh negara kesan dari kegagalan konvensyen yang memalukan itu.

Pertama: Pakatan hanya mampu dan berani mengumpul seramai 2,000 kehadiran sahaja sedangkan penyokong yang sanggup menentang polis dan melanggar undang-undang dan sistem keadilan negara lebih ramai dan mampu mencecah sehingga 500,000 orang. Kenapa mereka ini diabaikan dan tidak dikumpulkan semasa konvensyen tersebut.

Kedua, Pemidato didapati seperti biasa hanya beretorik dan gagal menjawab semua perkara yang dijelaskan oleh UMNO-BN dan Kerajaan. Mereka hanya bercakap bersemangat dan tidak berpijak pada realiti sebenar situasi di negara ini yang selama ini sudah pun menikmati kehidupan yang sejahtera walaupun berbilang agama dan budaya di bawah UMNO-BN yang diamanahkan oleh rakyat.

Konvensyen didapati hanya terus mencipta dan menabur fitnah dan tuduhan kepada UMNO-BN yang dipilih rakyat dengan menggunakan kaedah meningkatkan kebencian, keraguan, permusuhan dan penafian kebenaran. Konvensyen yang tidak ilmiah tetapi penuh dengan pernyataan emosi dan retorik yang memalukan.

Ketiga, Pameran Kejayaan Pakatan Rakyat yang dipamerkan gagal membuktikan apa-apa kejayaan dan perubahan ketara di negeri yang diperintah Pakatan Pembangkang. Kenaikan tarif air di Pulau Pinang dan Kedah serta Demontrasi Air di Selangor telah menutup kemeriahan pameran tersebut yang kurang mendapat sambutan tetapi sebaliknya dicemuh oleh pelawat yang beranggapan sengaja diada-adakan dan dibesar-besarkan.

Keempat, Gagal mencapai keputusan yang berfaedah untuk rakyat tetapi mencapai keputusan padu yang menjurus kepada membantu mencapai cita-cita DAP dengan terus memperkudakan PAS dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, Orang ramai berasa pelik walaupun beliau digantung selama enam bulan sebagai ahli parlimen dan tidak dapat berfungsi tetapi DAP tetap mahu Nama Anuar Ibrahim dikekalkan untuk memudahkan DAP memperbodohkan kaum Bumiputera dan Islam di negara ini.

DAP memperalatkan PAS apabila sengaja mengarahkan Presiden PAS mengumumkan keputusan itu sehingga Haji Hadi disediakan teks ucapan dan dipaksa menyebut ayat "Kita tetap mahu berketuakan beliau,"  Dalam masa yang sama hampir seluruh perwakilan , terutama ahli PAS menyedari bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya sudah gagal memainkan isu APCO yang sedang memakan dirinya dan Pakatan Pembangkang.

Kelima, Ramai perwakilan berasa pelik dan diperbodohkan kerana Karpal Singh menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dengan segala peruntukan yang terkandung di dalamnya. Tetapi mereka  juga sedar dalam masa yang sama DAP sedang bekerjasama dengan Anwar Ibrahim untuk menukar Perlembagaan Persekutuan kepada Perlembagaan Malaysian Malaysia ciptaan DAP.
Dengan begitu tegas dan berunsur memberi amaran, DAP menegaskan bahawa hal ehwal Islam mestilah mendapat keizinan dari pada DAP terlebih dahulu seperti kata Karpal Singh  "Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding..." Ugutan DAP ini kemungkinan tidak akan meredakan kegelisahan ahli-ahli dan penyokong PAS yang semakin rasa tertipu, diperalatkan dan dihina maruah sebagai Muslam.

Keenam: Ramai yang menyedari bahawa  Konvensyen Pakatan Rakyat yang mengumumkan program 100 hari untuk rakyat adalah satu bentuk rasuah awal dengan janji-janji luar biasa dan tidak masuk akal untuk memancing undi semata-mata. Tektik ini sudah dimaklumi dan kerana itu program 100 hanya menjadi bahan gelak ketawa ahli dan penyokong Pas yang membincangnya di merata tempat.

Ketujuh: Ramai yang menadapati bahawa slogan  konvensyen kali ini iaitu bertajuk 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia' sebenarnya adalah manifestasi kegelisahan, kebimbangan dan ketakutan yang amat sangat yang sedang melanda Pakatan Pembangkan. Kehancuran PKR sudah menjadi begitu nyata. Kekurangan sokongan dan tidak bertambahnya ahli PAS merisaukan Pakatan, manakala kaum China dan India semakin bimbang dengan pendekatan ganas dan anti nasional yang digunakan oleh DAP dalam berpolitik dan mula menjauhi parti perkauman melampau itu.

Ramai perwakilan yang percaya slogan yang dicipta adalah bertujuan supaya Pakatan berubah sekarang dan selamatkan diri dari terus hancur di tangan rakyat.

Keseluruhannya ialah mesej konvensyen ini sangat jelas bahawa masa, kekuatan tenaga dan segala yang ada pada Pakatan Rakyat tidak lagi diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan agama yang selama ini menikmati hidup bersama dalam suasana penuh muhibbah, bersatupadu, bertolerasi dan berkebajikan di bawah dasar-dasar dan formula berkesan UMNO-BN. Daya usaha yanga berterusan oleh UMNO-BN tidak dapat digugat oleh janji palsu 100 hari Pakatan Pembangkang.

Putrajaya yang diimpikan oleh Pakatan Pembangkang adalah usaha gigih dan simbol kejayaan UMNO-BN dan Rakyat Malaysia Pelbagai Kaum yang ingin dirampas menggunakan pentas demokrasi.

Rakyat semakin sedar permainan jijik Pakatan Pekmbangkang dan mereka akan terus memelihara Putrajaya yang mereka banggakan selama ini dari dikotori oleh bekas banduan dan pewaris benih-benih anasir komunis yang telah ditolak rakyat.

Dipercayai bahawa Konvensyen di Pulau Pinang itu,  adalah satu lagi sandiwara DAP dan Anwar Ibrahim memperbodohkan ahli dan penyokong PAS yang terus menghina kaum Bumiputera dan umat Islam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...