Pengikut

Jumaat, 24 Disember 2010

Guru Adalah Buruh Kasar Industri Pendidikan

Gerombolan Pakatan Pembangkang Menghina Cikgu-Cikgu Kita dan Kakitangan Yang Lain

 

Dengan menjanjikan bayaran wang sebanyak RM500, Profesyen Perguruan hari ini hanyalah bertaraf buruh kasar dalam industri pendidikan. Walaupun pekerjaan buruh kasar itu tidaklah hina, tetapi perbuatan merendahtaraf itu adalah satu penghinaan.

 

Nampaknya memang Gerombolan Pakatan Pembangkang bersungguh-sungguh mahu menyogok kaum Guru kita kerana strategi merasuah itu adalah hasil Konvensyen Kedua mereka yang di adakan di Pulau Pinang baru-baru ini.

 

Untuk beroleh keberkatan, strategi dan niat merasuah kaum guru itu diberi penghormatan pula kepada Presiden Partai Islam Semalaysia (PAS) mengumumkannya. Tepukan gemuruh mengiringi pengumuman itu terutama daripada tangan-tangan  pemimpin-pemimpin DAP yang merasakan umpan yang dihulur telah disambar oleh mangsanya.

 

Berbeza dengan pendekatan dan amalan Kerajaan UMNO-BN yang dipilih oleh rakyat, semua kakitangan kerajaan diberi bonus atau bayaran tambahan setelah kerajaan menilai prestasi kerja mereka yang meningkat atau seiring dengan beban kerja yang bertambah.

 

Kerajaan juga tidak membayar bonus atau apa-apa imbuhan tambahan sewenang-wenangnya. Kerajaan akan hanya berbuat demikian apabila mempunyai kemampuan iaitu pada ketika pendapatan melebihi perbelanjaan. Hakikatnya profesyen perguruan dan kakitangan yang lain sentiasa dijaga oleh kerajaan kerana mereka adalah pelaksana dasar-dasar yang diputuskan kerajaan selama ini. Buktinya, pencapaian negara dan rakyat kita bertambah baik.  

 

Tetapi Gerombolan Pakatan Pembangkang menggunakan kaedah mengumpan. Dengan berbekal air liur kosong, mereka menjanjikan sesuatu yang belum dinilai dan mereka sendiri tidak pasti berupaya atau tidak melaksanakannya. Jelaslah mereka bermain dengan unsur-unsur sogokan terhadap kaum guru yang selama ini dipandang mulia di sisi masyarakat.

 

Masalahnya sekarang, strategi ini sedang memakan diri Pakatan Pembangkang. Kakitangan yang lain, teruama kakitangan bawahan, buruh, pekerja am yang bergaji rendah dan sebagainya berasa marah dan terhina kerana pembelaan terhadap kumpulan mereka tidak dimasukkan dalam program 100 Hari itu.. Mereka terasa dilupakan, diketepikan dan tidak dipandang walaupun sebelah mata oleh Pakatan Pembangkang. Sumbangan mereka juga sama penting dengan kaum guru dan juga profesyen yang lain.

 

Ramai ahli-ahli dan penyokong PAS yang terdiri dari guru akademik dan guru agama berasa malu dengan taktik merasuah kaum guru yang diamalkan oleh Pakatan Pembangkang. Mereka hairan kerana selama ini apabila Kerajaan meluluskan bonus sebagai penghargaan kepada hasil kerja yang sudah dilaksanakan, pembangkang akan mentafsirnya sebagai rasuah politik.

 

Ramai yang telah meninggalkan atau sekurang-kurangnya merenggangkan diri dari PAS yang dilihat semakin sesat ditarbiah oleh DAP dan Anwar Ibrahim.

 

Baca seterusnya luahan pembaca dalam Forum Utusan

Guru tidak termakan umpan

SALAH satu janji pakatan pembangkang melalui Program 100 Hari sekiranya mereka dipilih memerintah negara ialah memberi imbuhan kepada kakitangan kerajaan. Guru adalah keutamaan mereka dan akan diberi kenaikan RM500 ringgit sebulan.
 
Saya menunggu selama beberapa hari untuk melihat reaksi persatuan guru. Sehingga ke hari ini tiada sebarang reaksi diberikan. Barangkali persatuan guru beranggapan janji ini adalah janji kosong yang tidak perlu diberi perhatian.

Saya percaya pakatan pembangkang menabur janji ini berasaskan kepada beberapa faktor. Antaranya:

* Guru adalah kakitangan kerajaan paling ramai. Bilangannya melebihi 400 ribu orang di seluruh negara. Pembangkang menyangka guru akan termakan umpan mereka dan sudah pasti mereka akan mendapat undi daripada para guru.

* Guru mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan masyarakat. Sejarah membuktikan bahawa guru memang mempunyai pengaruh yang amat besar dalam mana-mana masyarakat tempat di mana mereka berkhidmat.

* Kadangkala kita mendengar rungutan guru mengenai beberapa perkara berkaitan kebajikan mereka dan ini cuba dipolitikkan oleh pembangkang.

Malangnya, pakatan pembangkang tidak membuat sebarang kajian sewaktu melontarkan umpan mereka. Kesannya mereka gagal memahami beberapa faktor yang sangat rapat dengan guru. Saya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ramai guru dan mendapati kebanyakan mereka:

* Tidak meletakkan gaji dan imbuhan sebagai keutamaan mereka dalam perkhidmatan. Saya dapati bagi guru yang sudah lama berkhidmat khasnya, mereka sangat mencintai bidang yang mereka ceburi dan sanggup melakukan pelbagai pengorbanan bagi membantu pelajar.

* Sangat komited untuk membantu pelajar berkembang dengan baik dan cemerlang. Lihatlah gaya guru menjelang musim peperiksaan dan lihat pula resah gelisah guru pada hari keputusan peperiksaan diumumkan. Ghairah guru kadangkala mengatasi keghairahan pelajar itu sendiri.

* Meletakkan pelajar dan ibu bapa mereka seperti keluarga sendiri. Pergilah ke sekolah-sekolah khasnya di desa-desa. Guru sudah sebati bersama masyarakat. Mereka tidak sahaja berperanan di sekolah bahkan mereka juga berkhidmat kepada masyarakat di tempat mereka bertugas.

* Guru yang berkesan berkhidmat dengan jiwanya. Kita selalu mendengar guru balik lewat kerana mengadakan kelas tambahan. Kita tahu ada guru yang sebahagian besar masanya bersama pelajar. Guru bukan sekadar mengajar huruf dan angka. Guru mendidik pelajar bagaimana mendepani kehidupan.

Atas asas-asas yang saya nyatakan di atas, saya percaya janji Pakatan Pembangkang adalah satu penghinaan kepada profesion perguruan yang selamanya dipandang mulia. Saya yakin para guru sebahagian besarnya berasa terkilan dan tersinggung. Pakatan pembangkang memandang rendah kepada guru yang hakikatnya telah menjadikan mereka seorang peguam, ahli perniagaan, Wakil Rakyat, Menteri Besar, Ketua Menteri dan sebagainya.

Kepada pakatan pembangkang saya ingin mengingatkan, mungkin mereka terlupa bahawa mereka pernah termakan budi dan jasa guru. Tetapi janganlah lupa bahawa menghina, memandang rendah kepada sesiapa sekalipun adalah perbuatan yang amat tidak wajar dan tidak sesuai dilakukan walau apa pun niat dan tujuannya.

KAMARIAH YOUB
Enggor, Perak
Sumber: utusan.com.my/utusan

2 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Rasuah guru RM500 sebulan guna duit rasuah dan haram juga macam di Penang. Senang sebab ia tak ganggu sesen pun duit dari akaun kewangan negara dan negara tak akan bangkrap...bijak-bijak sungguh depa kelentong rakyat.
Duit tu pulak bagi makan anak bini, mak bapak dan mertua...semua ada share dosa. Bijak sungguh!

Gerakan Timur berkata...

Salam Ziarah,

Mohon link dari blog Bahtera Merdeka ke:

http://gerakantimur.blogspot.com

GT dah link n follow blog BM.

Salam Perjuangan dari Gerakan Timur!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...