Disampaikan oleh orang yang empunya cerita. Alkisahnya begini:
Semasa menjawat jawatan TPM, Sdra Pak Sheikh Nuar Berahim selalulah membuat lawatan berjumpa rakyat jelata. Satu hari dia dijemput ke majlis berkhatan beramai-ramai di Taman Kemut Keliling.
Maka ramailah orang yang datang meraikan kehadiran pemimpin agung itu. Turut sama menunggu ketibaan Pak Sheikh, ialah Pasukan Kompang Seri Riuh dan Pasukan Silat Putar Alam.
Sebaik tiba masuklah waktu zohor. Setelah beramah mesra dengan penuh senyuman, Pak Sheikh pun masuk ke dewan solat bersama tiga orang anak muda yanhg dibawa bersamanya. Pak Sheikh bersama anak-anak muda berdiri seiring di saf paling hadapan di belakang Tuan Imam.
Tuan Imam segera mengundurkan diri dan meminta supaya Pak Sheikh mengimamkan solat jemaah. Tetapi dengan senyuman manisnya Pak Sheikh menolak sambil berdiri betul-betul di belakang Imam. Tuan Iman meminta lagi tetapi Pak sheikh tetap menolak dengan senyuman.
Rupa-rupanya Tuan Imam pernah mendengar perangai luar tabi'i Pak Sheikh. maka datanglah rasa curiga, takut dan was-was. Bagaimana nak jadi imam kalaw hati was-was, tak tenang..."issshhh...susah macam ni..." bisik Tuan Imam yang separuh umur itu. Tetapi kerana ingin menjaga majlis dari menjadi kecoh, Tuan Imam memberanikan diri lalu berdirilah di hadapan Pak Sheikh.
Belum pernah terjadi, Tuan Imam mengangkat takbir memulakan solat berulang-ulang kali. Tapi kali ini sampai lapan kali baru jadi. Ramai juga makmum yang hairan perubahan yang berlaku pada Tuan Imam. Dipendekkan cerita maka bersolatlah seluruh tetamu bersama-sama Pak Sheikh sebagai tetamu agung.
Hati Tuan Imam kembali jadi tidak tenang apabila sampai kepada rukuk. Konsentrasinya sudah lari, khusuk dah mula hilang. Tuan Iman rukuk juga kerana tak ada pilihan. Lega hatinya dan rasa selamat kerana tidak ada apa-apa yang terjadi semasa membungkuk rukuk tadi. Maka teruslah Tuan Imam sujud dan bangun semula.
Nak dijadikan hal, semasa berdiri setelah bangun dari sujud, kain Tuan Imam terselit dicelah punggungnya. Mamat yang berdiri di sebelah Pak Sheikh segera menyinggungkan sikunya kepada rakan di sebelahnya. Dia berbisik "..Kain Imam lekat celah punggung...takpe ke brother..." Rakan mamat tu pun menjawab "Tak boleh la kot...nampak not nice la...ko dekat...ko tolong la tarik kain tu keluar.."
Mamat di sebelah Pak Sheikh pun menghulur tangan dengan penuh rasa tanggungjawab, lalu menarik kain yang terlekat di celah punggung Tuan Imam.Ini menyebabkan Tuan Iman tersentak.
Hatinya mula berkata-kata. Apa yang didengar dan disangkanya sebelum ini, rupa-rupanya memang benar. Tapi Tuan Imam tak boleh apa-apa, tak ada option. Lalu diteruskan solat.
Mamat yang ketiga menegur "...kenapa kau suruh dia tarik kain tu...biarlah...bukan boleh ganggu Imam tengah solat...nanti semua batal" maka Mamat yang kedua pun menjawab "Oh yer ker...aku mana tahu..."
Mamat yang kedua pun berbisik semula kepada Mamat yang di sebelah Pak Sheikh, "...tak boleh tarik kain tu...kau kena masukkan semula...kalau tak nanti semua orang terbatal..."
Mamat di sebelah Pak Sheikh mengangguk menyesal "...sorri la...gua mana tau..." katanya.
Masa itu Tuan Imam sudah mula rukuk dan diikuti oleh yang lain. Ketiga-tiga Mamat di sebelah Pak Sheikh rasa bersalah dan menunggu masa untuk membetulkan kesalahan mereka demi untuk menjaga nama baik Pak Sheikh yang sudi membawa mereka ke situ.
Sebaik sahaja Tuam Imam sujud kali yang kedua, Mamat di sebelah Pak Sheikh pun segeralah menolakkan kain supaya masuk ke celah punggung Tuan Imam. Apatah lagi, Tuan Imam yang sememangnya sudah menggeletar takut, melompat dari sujudnya sambil menutup punggungnya dengan kedua-dua tangaannya.
Oleh sebab tidak ada jalan lain untuk menyelamatkan diri, Tuan Imam berpusing ke belakang lalu lari meredah makmum yang sedang sujud sehingga ada yang terpelanting lintang pukang. Suasana pun menjadi kalamkabut dan panik. Kelihatan putih tapak kaki Tuan Imam melarikan diri kerana disangkanya Pak Sheikh dah mula dengan perangai luar tabi'i terhadapnya.
Selepas itu, apakah yang terjadi kepada nasib Tuan Imam itu tidaklah diketahui. Tetapi tidak lama kemudian terdengar berita Pak Sheikh dipenjarakan di Sungai Buluh. Manakala Mamat yang bersama-sama Pak Sheikh itu ramai yang kena tangkap kerana selalu berdemonstrasi dan menendang polis.
Pengajaran kisah di atas:
- Jadilah penganut agama yang baik dan jangan berpura-pura alim
- Jangan suka melakukan perkara yang di luar tabi'i
- Berilmulah untuk beramal, jangan hentam sesuka hati sahaja
- Kita mungkin tak kenal semua orang, tetapi ada orang yang kenal kita
- Janganlah menyusahkan orang lain dengan perbuatan kita yang tidak baik.
Kenapa Anwar Ibrahim Tak Layak Jadi Imam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan