Pengikut

Isnin, 4 Oktober 2010

Raja Petra: Alat Politik Murah Yang Semakin Tidak Laku


memperjuangkan keadilan dengan cara memperkosa kebenaran

Nuar Berahim Terdesak.
Terpaksa Menggunakan Raja Petra.
Alat Politik Murah Yang Semakin Tidak Laku.

Nuar Berahim bersandiwara lagi. Kali ini kononnya dalam sesi dialog di hadapan rakyat Malaysia di London. Lihat: malaysia-today

Amat jelas Nuar Berahim menggunakan sesi dialog itu untuk menutup realiti mengenai kehancuran PKR sekarang. Proses pemilihan yang sedang berlangsung terus berantakan dan tidak dapat disembunyikan. Kerosakan PKR bukan setakat masalah disiplin ahli, tetapi kehancuran keseluruhan organisasi.

Kini seluruh rakyat Malaysia dan dunia sedang disajikan dengan bukti bahawa PKR adalah parti lorong belakang yang penuh dengan elemen keganasan, penipuan, perasugut dan rasuah. Gambaran sebenar ketua konspirasi parti keluarga itu.

Misi Nuar Berahim di London kali ini  didasari perasaan kecewa, takut, mengelabah dan  putus asa. Nuar Berahim terpaksa menggerakkan saraf luar negaranya untuk mengimbangi momentum kejatuhannya yang sedang merudum dengan lajunya.

Nuar Berahim cuba membina persepsi dengan mengabui mata dunia bahawa rakyat Malaysia terutama yang digelarnya sebagai "genuine third force" seolah-olah masih padu di belakangnya. Permainan puterbelit dan penipuan yang hampir sama dengan angan-angan 16 September yang lalu. 

Jelas Nuar Berahim sedang menyusun cerita baru dalam episod memperbodohkan rakyat malaysia dan dunia.

Raja Petra Kamarudin pula sedang bermain sandiwara mengikut rentak Nuar Berahim. Masalah peribadi dalam pelarian haram tanpa passport antarabangsa Malaysia memang amat menyulitkan dan menjadi semakin rumit. Keinginannya untuk kembali ke Malaysia tidak dapat disembunyikan lagi. Walaupun dia menganggap negara ini sangat tidak selamat, tidak bertamadun dan mengamalkan pemerintahan yang paling zalim dan kejam di dunia. 

Berpakat dengan Nuar Berahim dan Tian Chua, RPK diminta mengeluarkan pandangan untuk membina dan mempertahankan persepsi seolah-olah Pakatan Rakyat sudah terlalu hampir menjejak tangga Putrajaya. Cuma perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara sahaja. Dalam masa yang sama seluruh rakyat sedang ketawa mengingatkan kelakar 16 September yang tak menjadi.

Walaupun jelas Pakatan Rakyat telah gagal, Raja Petra masih mengulangi janji-janji manis yang dia sendiri tahu tidak mungkin tercapai. Faktanya ialah seluruh rakyat Malaysia dan dunia sudah maklum bahawa kerajaan UMNO-BN telah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kepada rakyat dengan berkesan. Terbukti dengan nyata kejayaan yang dicapai dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan, perpaduan kaum, kebebasan beragama dan kebajikan rakyat secara menyeluruh.

Raja Petra sebenar tidak clash dengan Nuar Berahim. Mereka saling memperlatkan antara satu sama lain untuk mencapai cita-cita peribadi. Nuar Berahim menggunakan Raja Petra untuk menyelamatkan dirinya yang semakin dibenci oleh oleh rakyat Malaysia dan kroninya di luar negara. Manakala Raja Perta menggunakan Nuar Berahim untuk menyelamatkan dirinya dari terus dipinggir, dilupakan dan akhirnya menjadi sampah masyarakat.

Dapatkah Nuar Berahim memperalatkan lagi Raja Petra, setelah semua strategi yang digariskannya berhadapan dengan kegagalan?

Mampunkah Raja Petra menggunakan Nuar Berahim setelah PKR manjadi hancur dan kes liwat Nuar Berahim sudah tidak boleh dispin lagi?

Bolehkah Nuar Berahim, Tian Chua dan Raja Petra mengugut PAS menyelamatkan PKR dengan menggunakan PRK DUN Galas?

Pakar mengatur strategi supaya solidariti Melayu berkecai

Apapun, Tian Chua dilihat semakin berjaya menjalankan jarum halus bagi pihak cauvinist-racist DAP menghuruharakan politik Melayu-Bumiputera. Pastilah, bahawa  kejayaan menafikan penguasaan 2/3 kerusi UMNO-BN di Parlimen, bukanlah matlamat akhir mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...