Pengikut

Jumaat, 1 Oktober 2010

Lidah Ustaz Pas Lebih Berkuasa Dari Perintah Allah



Betapa malangnya penganut agama Islam akhir zaman.

Ajaran Islam termaktub dalam al-Quran. Tidak berubah dan tidak boleh diubah. Yang berubah hanya sikap manusia dari satu zaman ke zaman berikutnya.

Pada zaman kita al-Quran masih lagi yang sama. Ajarannya tidak berubah. Yang berubah hanyalah sikap penganutnya, iaitu kita.

Secara mudah al-Quran memberi panduan yang jelas tentang perkara pokok iaitu mentauhidkan Allah. Setelah benar-banar yakin Allah itu wahid, hendaklah disempurnakan aqidah dengan melaksanakan suruhanNya.

Suruhan Allah sangat mudah. Terkandung dalam dua kategori yang amat jelas. iaitu amar makruf nahi munkar. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk membantu manusia melayakkan diri mereka sendiri memasuki syurga Allah di akhirat nanti.

Di negara kita, agama Islam dijadikan agama Persekutuan sementara agama-agama yang lain boleh diamalkan dengan bebas. Tujuannya supaya semua rakyat Malaysia hidup beragama, ada pegangan nilai dan panduan dalam kehidupan.

Selama lebih 50 tahun, tampuk kuasa politik pemerintahan di negara kita, secara majoritinya dikuasai oleh orang Islam. Pemimpin-pemimpin dari agama lain berasa begitu selesa dan bekerjasama memimpin rakyat sehingga maju dan mencapai tahap yang lebih baik. Semua ini berlaku disebabkan hikmah beragama dan berpegang kepada ajaran agama yang benar.

Cuma sejak akhir-akhir ini, jelas terbukti agama telah dijadikan alat politik oleh ahli politik dari kalangan parti politik. Supaya tidak mendatangkan syak wasangka atau tohmahan fitnah, eloklah disebutkan sahaja bahawa parti yang dimaksudkan itu ialah  Partai Islam Semalaysia (PAS).

Contohnya:

1. Allah melarang berbohong, tetapi sebahagian besar ustaz-ustaz politik penceramah PAS menggunakan lidahnya menuturkan fakta-fakta dan maklumat yang tidak benar seperti memutarbelitkan peristiwa Memali, al_Maunah, APCO, altantuya, dan sekarang menyebarkan cerita di surau-surau bahawa PDRM sengaja berkonspirasi dalam kes Sosilawati (hanya sebahagian contoh kecil sahaja)

2. Allah melarang berpecah-belah sesama Islam, tetapi ustaz-ustaz politik penceramah PAS begitu faseh menggunakan lidah mereka menaburkan kata-kata kebencian, menaikkan kemarahan dan membakar emosi umat Islam supaya wujud rasa marah di dalam hati dan membenci pihak yang lain, seperti sering melaungkan kerajaan zalim, merampas hak rakyat, merompak harta rakyat, menzalimi rakyat, menganiaya kaum Melayu, menindas kaum China, meminggir kaum India (contoh kecil sahaja).

3. Allah melarang memfitnah sesama manusia, tetapi ustaz-ustaz politik penceramah PAS menjadikan isi ceramah mereka penuh dengan cerita-cerita fitnah yang dihiasi dengan ayat-ayat yang dipetik dari al-Quran dan dilafazkan dengan penuh lancar (banyak fitnah ini boleh diikuti melalui internet.

Benarkah dakwaan ini?
Betulkah sikap ustaz-ustaz politik penceramah Pas begitu?
Adakah ini satu fitnah?

Untuk membuktikan dakwaan ini, luangkan masa, pergilah dengar ceramah ustaz-ustaz politik penceramah Pas di PRK DUN Galas nanti.

Akan terbukti lidah mereka lebih berkuasa dari perintah Allah.

20 tahun lamanya Pas memerintah Kelantan dengan lidah mereka.
Sudah tiba masanya rakyat membuka mata.

Lidah rakyat akan mepersoalkan:

Adakah ustaz-ustaz politik Pas melakukan amar makruf dalam ceramah mereka?
Atau lidah mereka lebih fasih melakukan kemungkaran menentang ajaran Allah.

Al-Quran tidak berubah dan tidak boleh diubah.
Tetapi aqidah yang tercemar masih boleh berubah.
Kerana dasar kepada aqidah itu adalah minda yang jernih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...