Pengikut

Selasa, 28 September 2010

Nuar Berahim Gagal Dihubungi....


Peti undi dirampas dan dipecahkan secara ganas
Tempat mesyuarat dimusnahkan secara liar

Mesyuarat Pemilihan Pemimpin Parti PKR mengotori proses demokrasi di Malaysia.

Proses demokrasi di negara ini telah dipijak-pijak dan dinajiskan oleh Parti PKR.
Seluruh Rakyat Malaysia menyaksikannya dengan jelas dan berasa amat menakutkan.
Generasi muda menjadi bingong dan keliru dengan episod tidak bertamadun ini.
Ahli-ahli parti PKR semakin ramai yang menjauhkan diri dan menyesal tidak berkesudahan.
Sementara itu pemimpin parti PKR terus berlagak samseng sesama mereka.

Saifudin Nasution dengan pantas mengeluarkan kenyataan kepada pemberita.
Kekecohan dan tingkahlaku ganas dan liar itu adalah disebabkan oleh pihak luar.

Selepas kenyataan itu dikeluarkan, semua pemberita berkejaran mencari Nuar Berahim.
Kata-kata dari mulut Nuar Berahim perlu diperolehi segera, perlu dimuatkan ke dalam berita.

Tetapi Nuar Berahim gagal dihubungi.

Seluruh Rakyat telah dihidangkan dengan drama keganasan, tingkahlaku liar, rasuah, penipuan, salahguna kuasa dan konspirasi di segenap permainan politik curang dalam parti PKR.

Rakyat, terutama golongan muda telah mula berbual sesama mereka, antaranya:

...rupa-rupanya Nuar Berahim hanya pandai bercakap kosong berdegar-degar.


...rupa-rupanya Nuar Berahim hanya pandai retorik untuk menyedapkan ucapan.


...rupa-rupanya Nuar Berahim adalah konspirator yang mengatur segalanya untuk dirinya sendiri.


...rupa-rupanya Nuar Berahim hanya berjaya mendidik penyokongnya menjadi liar dan ganas.


...rupa-rupanya Nuar Berahim hanya menjadikan pengkut PKR sebagai alat dan mangsa politiknya.

Generasi muda kini
telah mendapat contoh yang amat berharga.

Sekurang-kurangnya
mereka tidak lagi mudah tertipu oleh:

Gerombolan Pakatan Pembangkang.
Yang wajib dijauhi

Mata Nuar Berahim LEBAM...kerana mulutnya GANAS.
Sebab Pulut Santan Binasa,
Kerana Mulut Lebam Biji Mata








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...