Pengikut

Selasa, 14 September 2010

KOMUNISM: Keluar Hutan Masuk Parlimen

Setelah ditentang oleh kerajaan dan rakyat, komunisme lari ke dalam hutan.
Kerajaanpun berpeluang melaksanakan agenda membela rakyat.
Hasilnya selepas zaman darurat, negara dapat dibangunkan dan rakyat berbilang kaum dan agama hidup dalam sejahtera.

Tetapi kini, Gerombolan Pakatan Pembangkang nampaknya berminat menggunapakai kaedah dan pendekatan yang dahulunya digunakan oleh Parti Komunis Malaya, iaitu:
  1. Menghasut pemikiran rakyat supaya membenci kerajaan yang sah.
  2. Menyuburkan perasaan benci kepada kerajaan dan parti pemerintah.
  3. Menyebarkan fitnah dan maklumat palsu untuk mengelirukan rakyat.
  4. Sengaja mereka-reka isu dan fakta yang tidak benar untuk membina persepsi negatif terhadap kerajaan.
  5. Menidakkan kebaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat untuk mengekalkan kebencian.
  6. Membesar-besarkan isu remeh dan mempengaruhi rakyat supaya rakyat terus menerus membenci kerajaan
  7. Memperalatkan persatuan pelajar, persatuan belia, persatuan kebudayaan dan NGO menyemaikan benih-benih kebencian kepada kerajaan.
  8. Berusaha untuk melemahkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman, pasukan polis dan perlembagaan negara.
  9. Memanipulasi kaum belia dan generasi muda dengan idea-idea memberontak
  10. Menggunakan demonstrasi jalanan untuk menaikkan semangat melawan kerajaan
  11. Menukar agama sebagai satu sistem kepercayaan kepada agama sebagai satu sistem politik berparti.
  12. Melaga-lagakan sentimen perkauman
  13. Menggunakan kenaikan harga barang untuk menghasut dan menyuburkan kebencian dengan fakta dan alasan yang sengaja dibesar-besarkan
Ideologi Komunis Keluar dari Hutan
Kini Masuk ke Parlimen Kita
Meresap ke kampung kita
dengan bebas dan berterusan!!!

Kami yakin DS Najib
Nampak Fenomena ini dengan jelas.
...dan akan menanganinya
sebagai satu amanah negara, agama dan bangsa
yang amat besar

Baca seterusnya:
Sumber: http://kunakians.blogspot.com/2009/06/komunis-tunggu-masa-sesuai-kembali.html

Ideologi komunis telah melakarkan sejarahnya di abad keduapuluh - lakaran yang penuh dengan penindasan dan kekejaman, pembunuhan dan tangisan. Ahli-ahli sejarah menganggarkan bahawa ideologi komunisma telah mengorbankan 120 juta jiwa sejak Revolusi Rusia pada tahun 1917.

Korban yang jatuh bergelimpangan bukan sahaja dari kalangan tentera yang gugur di medan pertempuran tetapi juga rakyat jelata yang menjadi mangsa pembunuhan rejim yang menguasai negara mereka sendiri. Dunia pernah menyaksikan penyembelihan yang tidak berperikemanusiaan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin komunis (termasuk Chin Peng).

Ideologi bangsat ini dengan sewenang-wenang telah meragut ratusan juta jiwa tanpa mengira lelaki mahupun wanita, dari yang tua hingga ke remaja termasuk bayi.

Rejim-rejim komunis telah merampas hak asasi dan kebebasan puluhan juta manusia, mengusir mereka dari kampung halaman dan secara sistematik melemparkan mereka ke lubang kebuluran, perhambaan di kemah-kemah kerjapaksa dan penjara.

Berjuta-juta lagi menjadi sasaran kumpulan-kumpulan gerila dan organisasi pengganas komunis, tidak kurang pula yang terpaksa hidup dalam ketakutan akan menjadi sasaran peluru mereka.

Sejak keruntuhan Soviet Union pada Disember 1991, pengaruh komunis seakan-akan telah berakhir. Benarkah demikian, atau masihkah komunisme menjadi ancaman kepada keharmonian hidup rakyat di setiap negara didunia ini?

Sungguh malang bagi Malaysia, negara yang amat kita cintai, kerana dalam dekad pertama abad ke-21 ini ada rakyatnya yang cuba membawa kembali ketua tukang sembelih keparat itu.

Nampaknya selama ini komunisme hanya bersembunyi dan menanti datangnya keadaan-keadaan yang sesuai bagi mereka untuk tiba-tiba muncul menerkam dan membaham mangsa. Mereka telah memasang perangkap - menutup lubang buaya mereka dengan pelbagai hiasan. Rupa dan nama mereka mungkin sudah berubah namun ia tetap menunggu dan mencari kesempatan serta saat yang sesuai untuk kembali memporak-perandakan dan mengheret manusia ke kancah penderitaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...