Pengikut

Selasa, 21 September 2010

Anwar Ibrahim Pembohong Tegar


PKR semakin pupus...Anwar menghampiri tarikh lupus

UMNO ditubuhkan oleh orang-orang Melayu untuk membebaskan bangsa, agama dan negara dari penjajah. PKR ditubuhkan untuk memberi Anwar Ibrahim kebebasan bermain politik bagi mencapai cita-cita peribadinya.

Akhirnya UMNO membawa kepada penyatuan pelbagai kaum yang berbeza agama, adat resam dan nilai dapat hidup bersama sambil membangunkan rakyat dan negara.
Penubuhan PKR membawa kepada penyatuan individu-individu yang desprate, konspirator, cauvinist-racist yang membawa negara kepada budaya ganas, demonstrasi liar, pemupukan budaya membrontak dan penafian nilai agama.

Penubuhan UMNO mendorong kepada pembentukan Barisan Nasional, parti kepentingan pelbagai kaum.
Penubuhan PKR menjana pembohongan, harapan palsu, peningkatan perpecahan dan keselamatan negara.

UMNO-BN disokong dan disayangi rakyat selama lebih 50 tahun dengan jasa bakti yang tidak ternilai.
PKR baru ditubuhkan dan kini mula dibenci dan dijauhi rakyat kerana pendekatan politik kotor dan berbahaya.

Rancangan dan Grand Design Anwar semakin terbantut. Yang tinggal menyokong hanyalah budak-budak suruhan yang sedang kebingungan setelah dituba dan diracuni pemikiran mereka. DAP pasti akan membantu Anwar untuk menjaga momentum ini sebaik mungkin. DAP berminat melihat bangsa Melayu-Bumiputera berpecah, agama Islam dihina dan kuasa politik Melayu-Bumiputera diambilalih oleh kaum China.

Kini PKR dilanda masalah dalaman yang serius dan penyokongnya sedang menunggu masa untuk dibohongi dan dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim sekeluarga serta rakan-rakan yang sama kepentingan dengannya.

Baca seterusnya

1. Penipuan pemimpin PKR didedah


KUALA LUMPUR 20 Sept. – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden berikrar untuk mengadakan sidang akhbar setiap minggu bagi mendedahkan penipuan yang dilakukan pihak tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu.
......“Mereka sebelum ini hanya pandai menuduh Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan penipuan ketika pilihan raya.
“Pihak terbabit sudah pasti akan bertindak balas sama ada secara fizikal atau mental untuk menghalang saya, tetapi saya tidak akan berhenti daripada berjuang selagi mana yang boleh,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Nik Aziz: "...tugas ambo bunuh AMENO...tugas mu tegakkan Isle...
Lim Kit Siang: "...orait tok guru..anak ambo peretah Penang ikut Islam dah..

baca seterusnya klik sini

2. Calon direstui Anwar 'selamat'  -

KOTA BHARU 20 Sept. - Seorang bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pemilihan parti itu lebih menjurus kepada pemilihan yang telah diatur dengan mereka yang direstui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti 'akan selamat'.
Menurut bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad, perebutan jawatan menjelang pemilihan PKR juga menunjukkan kerakusan pemimpin-pemimpin yang ada untuk menempatkan diri mereka dalam saf kepimpinan tertinggi parti itu.
....."Siapa yang direstui oleh Anwar akan selamat. Anwar berpolitik terlalu licik," katanya.
Mengenai kedudukan Datin Seri Dr. Wan Azizah sebagai Presiden, beliau menyifatkan isteri Anwar itu ibarat 'patung bernyawa' kerana tidak ada suara apabila semua keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi yang dianggotai oleh mereka yang pro-Anwar.
"Hampir kebanyakan keputusan dibuat oleh Anwar, maka sebab itu apa-apa keputusan yang dibuat oleh PKR, Anwar yang 'diserang' oleh pihak lawan, bukannya Wan Azizah," dakwanya.
Baca seterusnya  klik sini
3. Zaid dedah Wan Azizah kurang dihormati
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Persaingan merebut jawatan nombor dua Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan akhir bulan depan semakin hangat apabila Datuk Zaid Ibrahim mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail kurang dihormati oleh ahli-ahlinya.

"Kita tidak boleh membiarkan Presiden kita dianggap oleh sesetengah pihak hanya sebagai lambang, terlalu kerap saya dengar bisikan kononnya Wan Azizah bukan ketua sebenar.
"Malah ada pula yang mengatakan beliau tidak ada kuasa. Keadaan ini berlaku kerana ada di kalangan kepimpinan parti yang kurang menghormati jawatan Presiden," katanya
"Kalau saya menang, saya akan membantu Presiden memenuhi tanggungjawab beliau. Presiden parti tidak akan dianggap sebagai lambang semata-mata," katanya
Baca seterusnya klik sini
4. Rayuan Anwar ditolak lagi


PUTRAJAYA 20 Sept. – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa ia tiada bidang kuasa untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan pertuduhan liwat yang dihadapinya.
......Sehubungan itu, beliau yang bersidang bersama Hakim Datuk Sulaiman Daud dan Hakim Datuk Azhar Ma‘ah sebulat suara menolak rayuan Anwar tanpa mendengar merit rayuan tersebut.
Ini merupakan percubaan kedua Anwar membatalkan pertuduhan, kali ini atas alasan integriti pihak pendakwaan terjejas berikutan dakwaan hubungan sulit antara Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dengan saksi utama pendakwaan itu.
Kali pertama pula menerusi alasan bahawa pertuduhan tersebut adalah lemah berdasarkan ‘tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau kemasukan ke dubur’, tetapi ditolak sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.
Baca seterusnya klik sini





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...