Pengikut

Rabu, 15 September 2010

PAS Terus Sujud Kepada DAP


DAP sangat berminat membangunkan Islam bersama PAS

Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Betapa sedih dan malu baginda melihat tempat ibadat suci Islam dipolitikkan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang yang disokong oleh Parti PAS yang ahli dan pemimpinnya terdiri daripada orang yang mengaku beragama Islam. Bolehkah kita bayangkan?

Ahli Parlimen DAP Y.B Teo Nie Ching secara terang-terangan memperbodohkan AJK Surau Al-Huda Kajang dengan cara merasuah dengan harga yang amat murah dengan alasan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah berjaya memperalatkan jawatankuasa surau dan berjaya pula menyampaikan ucapan politik ringkas. Insiden itu sesungguhnya memperlihatkan betapa rendahnya aqal budi pengikut dan pemimpin PAS dalam usaha mereka meraih undi dan dalam masa yang sama sanggup menghina dan mencemar imej Islam.

Kerana percaya dan beranggapan itulah perjuangan Islam, maka pengikut dan pemimpin PAS terus berasa seronok dan dalam khayal mempersendakan seerah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang dahulunya berjaya menonjolkan ruh tasamuh (toleransi) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim tanpa menghina dan menjatuhkan maruah agama sebagaimana yang dilakukan oleh parti politik PAS dan AJK surau al-Huda. Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah s.a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran, sangat jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh PAS di Kajang.

Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan “ Da’auhum ! (biarkan mereka). Tetapi cauvinist-racist DAP yang diwakili oleh Teo Nie Ching bukan datang untuk berunding atau menghormati pemimpin Islam, tetapi untuk memperbodohkan umat Islam dengan mempolitikkan bantuan membaiki pagar. Manakala AJK PAS al-Huda sanggup menjadi pengemis dan talibarut DAP dengan mengenepikan imej dan maruah Islam di tangan DAP.

Rasulullah s.a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi!! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur (lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi “ Religious Minority from Shariah’s Perspective ). Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas,Dato Harun Taib menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid tetapi mereka gagal memahami hasrat politik DAP yang sangat halus itu.

Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah (role model) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi adalah diplomasi psikologi yang amat tinggi, tetapi apa yang berlaku di surau Al-Huda, Kajang adalah di sebaliknya di mana Ahli Parlimen DAP itu berjaya menggunakan diplomasi psikologi yang halus bermotifkan politik terhadap AJK surau yang kelihatan amat dungu.

Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah atau bercakap untuk membina populariti politik DAP di kalangan pengikut dan pemimpin PAS di surau apatah lagi kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat . Sebab itulah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu ahli-ahli politik seperti Ustaz Nik Aziz, Ustaz Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum dan beberapa ustaz-ustaz politik yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno .Walaupun mereka menutup aurat tetapi Ustaz Guru Nik Aziz, Ustaz Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum penceramah-penceramah parti politik yang memperalatkan agama di surau-surau dan di mesjid-mesjid.

Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah. Hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam tetapi menghormati dan  memelihara kesucian tempat ibadat orang Islam adalah terpakai kepada semua pihak tidak mengira Islam atau bukan Islam. Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja maka kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam menghormati apa yang dilarang oleh Islam ke atas rumah ibadat mereka.  Pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan termasuklah memakai tudung. Nie Ching termasuk dalam golongan yang berpakaian tidak sopan kerana beliau tidak bertudung sedangkan beliau mampu mematuhinya. Nie Ching mendapat keistimewaan kerana DAP mampu membantu memberi undi kepada PAS!

Umno begitu serius tentang isu menjatuhkan imej Islam kerana itu Umno sangat memberi perhatian terhadap apa sahaja isu dan tindakan yang boleh mencemarkan kesucian rumah ibadat Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh parti politik DAP dan PAS di surau al-Huda Kajang

Kejahilan PAS dalam perkara ini menyebabkan Ahli Parlimen Selayang, Y.B William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang  dan Ahli Parlimen Selayang itu pula “ bertazkirah” lagi maka, kesucian masjid terus dinodai oleh parti politik PAS dengan kerjasama parti politik DAP. Kerana itulah dengan tegas nya Pengarah JAIS Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

JAIS mengambil pendirian tegas untuk memelihara Islam dari terus dihina oleh parti politik DAP dan PAS. Kerana kedua-dua parti politik ini sangat cenderung untuk menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat meraih undi dari orang ramai. Dalam masa yang sama PAS sememangnya sentiasa menggunakan mesjid dan surau sebagai medan mereka berpolitik.

DAP juga berjalan menusukkan jarum halusnya apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah. Sepatutnya tempat Lim Guan Eng itu sebaik-baiknya diletakkan Yang DiPetua Pulau Pinang bagi mewakili sekalian pemimpin negeri itu. tetapi kerana bermotifkan politik, kebijaksanaan dan roh khutbahpun diselewengkan oleh parti politik PAS


Mengapakah PAS terus menerus mempertahakan kebodohan, kejahilan dan kesalahan yang telah mereka lakukan? Jawapannya mudah sekali iaitu DAP perlu terus memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah PAS akan terus menerus membantu DAP untuk mengekalkan kuasa dan dalam masa yang sama merampas kuasa [politik dari tangan orang Islam. Bagi mendapatkan undi PAS berpegang kepada "matlamat menghalalkan cara". PAS tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara’ atau tidak. Telah banyak bukti demi bukti yang mereka lakukan. Pasti Allah maha mengetaui.

Lihatlah pendirian PAS dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. PAS juga menyokong pendidikan ganas Ibrahim Libya di Memali Kedah dan al Maunah di Jenalik Perak. PAS selalu gagal memahami seerah nabawi apatah lagi untuk menjaga kesucian agama.

Inilah padahnya apabila agama itu dipolitikkan. Allah maha berkuasa lagi maha mengetahui.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ILMU daripada manusia, tetapi akan mencabut ILMU daripada para Ulama. Sehingga jika Ulama itu tidak ada, maka jadilah manusia itu dibawah pimpinan mereka yg BODOH, lalu org2 itu diberikan pertanyaan2 yg akan dijawab tanpa ILMU, sehingga sesatlah mereka serta menyesatkan yg lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...