Pengikut

Khamis, 9 September 2010

Mengapa PAS Menolak Hudud Ciptaannya Sendiri?

Guru Agama Kasta Rendah Dewa Pujaan Penyokong PAS

PAS MENOLAK HUDUD

Mengapa????

  1. PAS sama sekali tidak pernah merancang untuk melaksanakannya - hanya untuk jualan murah bagi mendapatkan undi murah dari penyokong murahannya.
  2. PAS Telah menandatangi perjanjian bersama dengan Gerombolan Pakatan Pembangkang untuk tidak melaksanakan Hudud samada Hudud Ciptaan Pas atau Hudud Hukum Allah.
  3. Telah berbaiah dengan Gerombolan Pakatan Pembangkang untuk kekal di bawah Perlembagaan Negara sedia ada kerana terbukti menjamin kesejahteraan negara dan rakyat.
  4. Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengatakan bahawa, ” PAS dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini telah bersetuju untuk tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum HUDUD yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini.”
  5. PAS mengakui hukum HUDUD tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara.
  6. Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim pernah menyatakan bahawa PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum HUDUD berdasarkan realiti politik hari ini dan perjanjian antara parti pakatan pembangkang yang berpegang teguh pada Perlembagaan Negara.
  7. PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto setiap kali pilihanraya.
  8. Sikap PAS sewaktu UMNO memerintah Kelantan, mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH swt. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk melakukan perbuatan dan tindakan yang bertentangan dengan hukum ALLAH swt.
  9. PAS amat bijak menggunakan Hudud yang dijadikan alat politik semata-mata bagi mencapai tujuan politik dan bukan untuk tujuan agama.
  10. PAS berusaha untuk tidak melaksanakan Hudud, dan ustaz Nik Aziz memberi alasan bahawa PAS memerlukan masa yang panjang. Nik Aziz bertemberang dengan menyatakan “Jadi, HUDUD ini biarlah kita sebut-sebut dahulu, lama-kelamaan nanti tentu orang menentang akan tertanya-tanya juga tentang kelebihan HUDUD yang kita cita-citakan ini,” sabdanya.
  11. PAS berusaha bersungguh-sungguh melalui ustaz Nik Aziz dan Gerombolan Ustaz-Ustaz Kasta Rendah PAS yang gigih menabur fitnah menyalahkan UMNO yang menjadi penghalang Hudud ciptaannya dilaksanakan.
  12. PAS menggunakan strategi kotor untuk mendapatkan undi. Buktinya, Nik Aziz dalam tahun 1990, dalam manifesto pilihan raya umum 1990, PAS berikrar akan melaksanakan Hukum HUDUD di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan. ( Manifesto Pilihan Raya PAS bertajuk Program PAS Negeri Kelantan 1990 ) 
  13. Hudud ciptaan PAS dibuat oleh konsultan dan Kerajaan PAS membayar RM250,000 untuk membuat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.Walaupun telah diluluskan dan telah berlarutan selama lebih 20 tahun, sehingga sekarang Nik Aziz masih lagi mengatakan ianya mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan! dan UMNO menghalang pelaksanaannya.
  14. PAS memanipulasi kesilapan rakyat Kelantan yang tidak menyedari banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh ustaz Nik Aziz Nik Mat, serta peribadinya yang rendah baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan mencerminkan keperibadiannya sebagai “ustaz kasta rendah”, yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

  15. Kerajaan PAS tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi. Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes HUDUD Ciptaan PAS
  16. PAS meluluskan Hudud yang dicipta mengikut seleranya sendiri tetapi apabila tidak mampu melaksanakannya Nik Aziz mula menuduh orang lain. Mula-mula ustaz ini menuduh baginda Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya diugut Perdana Menteri . Akhirnya menuduh pula orang Islam Melayu, UMNO yang menjadi batu penghalang.
  17. Tujuan sebenar propaganda PAS adalah untuk menunjukkan kepada penyokongnya bahawa parti PAS adalah memperjuangkan Islam tetapi UMNO menentang Islam.
  18. PAS tahu bahawa Hudud tidak dapat dilaksanakan tetapi sentimen dan benih kebencian yang disemai telah membolehkan mereka menang dan menjadi kerajaan. Sekarang mereka boleh hidup mewah mengaut keuntungan hasil negeri dan rakyat yang tertipu akan terus tertipu untuk selama-lamanya. 
  19. Mempermainkan isu Hudud adalah untuk mengekalkan persepsi rakyat bahawa PAS tetap memakai baju Islam dan dengan itu hendaklah percaya bahawa apa sahaja yang keluar dari mulut ustaz Nik Aziz adalah fatwa yang mesti dengar dan dipatuhi.
  20. PAS tidak berhasrat melaksanakan Hudud, kerana itulah sanggup berbohong mengatakan Sultan Kelantan tidak mahu menandatangani draf enakmen tersebut. Tetapi pendedahan Ku Li menyebabkan rakyat Kelantan terselamat dari penipuan ini dan Nik Aziz mencari pula alasan lain untuk membohongi umat Islam Kelantan dan Malaysia amnya. Tetapi penyakit dan wabak taksud telah gagal membuka hati dan minda penyokong-penyokongnya.
  21. PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang HUDUD walaupun mereka cuba mengadakan kesepakatan dengan rakan kongsi Gerombolan Pakatan Pembangkang. Malah PAS bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Nga Kor Meng dan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.
  22. Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana hakikatnya mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperalatkan Islam dan dirinya untuk membantu DAP memenangi kuasa politik bagi mengalahkan UMNO-BN.
  23. PAS bukan beramal dengan ajaran Islam yang sebenar. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan undi dan kuasa iaitu berselindung di sebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya PAS adalah sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Antara ciri-ciri utamanya mempengaruhi pengikut dengan meyakinkan bahawa syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka yang bertaraf wali dan sangat istimewa di sisi Tuhan.
  24. Ketiadaan siapapun di antara pemimpin PAS yang lain atau golongan agama yang berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam yang dilakukan oleh ustaz Nik Aziz dan ustaz-ustaz PAS yang lain. Ini memberikan satu kuasa luar biasa kepada mereka untuk terus menerus menyelewengkan maksud  Al-Quran, Hadith, hukum-hakam dan  hal ehwal Islam. PAS bermaharajalela menjadikan agama Islam sebagai alat  politiknya.
  25. PAS lebih takut kalau tidak mendapat undi daripada berasa takut kepada Allah. Kerana itu mereka amat yaqin dan berterusan menjadikan agama Islam sebagai alat politik.
  26. Gagal melaksanakan Hudud, walaupun sudah diluluskan oleh kerajaan PAS, tetapi tidak dilihat sebagai kegagalan oleh pengikut-pengikutnya. Ini adalah hasil cemerlang daripada tarbiyyah indoktrinasi PAS selama ini.
  27. Hudud dan Negara Islam ditolak mentah-mentah oleh DAP dan PKR, tetapi PAS terus melacurkan dirinya supaya terus diterima dalam Gerombolan Pakatan Pembangkang. PAS sanggup mencemarkan dan meminggirkan aqidahnya asalkan tidak ditendang keluar dari pakatan.
  28. PAS menyedari mereka tidak akan dapat memerintah Malaysia, tetapi mereka bersyukur kalau dapat merosakkan UMNO kalaupun tidak dapat membunuhnya terus.
  29. Dengan menggunakan isu Hudud dan slogan negara Islam, PAS telah mendapat share yang melayakkan partinya diterima oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang.
  30. PAS rela menjadi hamba suruhan DAP dan pihak-pihak lain yang cauvinist-racist, asalkan dendam kesumatnya pada UMNO-BN dapat ditunaikan. Persoalan Melayu-Islam akan kehilangan kuasa bukanlah agenda utamanya.
     
MARILAH KITA BSERSAMA BERDOA
MOHON KEPADA ALLAH
SEMOGA MALA PETAKA INI
TIDAK BERTERUSAN

SELAMAT MENGHAYATI EIDULFITR
DI TANAHAIR KITA YANG MAKMUR INI

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...