Pengikut

Sabtu, 16 April 2011

Pendedahan Raja Petra: Umpan Berbisa Hadapi PRU 13!


Jika kita meneliti dari pelbagai sudut, jelaslah pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra tidak lebih dari persiapan Nuar Berahim untuk menghadapi PRU 13.

Selama ini, Nuar Berahim dan Gerombolan Pakatan Pembangkang hanya bermain dengan persepsi. Mereka bergerak dan mengatur strategi dengan membentuk persepsi demi persepsi di kalangan orang ramai.

Parti hanyalah alat untuk menghalalkan permainan dalam gelanggang demokrasi. Ahli-ahli parti dan para penyokong adalah anai-anai dan tentera semut yang hanya setia melulu menjalankan arahan. Manakala para pemimpin parti komponen serta sebahagian pemimpin NGO adalah agen yang mendapat faedah kewangan, jawatan atau kepentingan politik lain yang lebih besar. 

1.Selama ini focal point bagi sumber persepsi rakyat dikawal oleh konspirator yang didalangi oleh Nuar Berahim. tetapi selepas pendedahan demi pendedahan terhadap kelemahan dan keterlanjuran skandal pribadinya, dia tidak dapat lagi membentuk dan mengawal pembentukan persepsi terhadap dirinya sendiri. Media awam samada swasta atau yang dikawal oleh kerajaan berjaya mengambilalih pembentukan persepsi awam secara natural dan amat berkesan. Ini disebabkan persepsi terbentuk berdasarkan kebenaran dan fakta yang genuine dan bukannya secara paksa.


2. Konspirasi Nuar Berahim untuk menjatuhkan DS Najib menjadi terbalik dan dirinya sendiri menjadi mangsa strategi jahat yang diatur secara berterusan. Paling menarik apabila parti-parti komponen Gerombolan Pakatan Pembangkang juga menerima padahnya dalam setiap PRK yang diadakan. 


Rakyat tidak menunggu lama untuk menghukum pengkhianat yang anti nasional dan tidak berguna kepada agama, bangsa dan negara ini. Ketuanan Rakyat menjelma dengan serta merta tanpa menunggu tamat satu penggal sesi ke 12 ini.


3. Sekarang sedang diusahakan supaya pengawalan persepsi awam kembali ke tangan konspirator asal. Raja Petra memulakan dengan mengaktifkan semula fitnah lama menuduh DS Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan Altantuya.


Nama pegawai risik tentera sengaja diselit supaya Menteri Pertahanan yang kini Perdana Menteri Malaysia dapat diheret. Dengan sendirinya kuasa mengawal persepsi kembali berada di tangan konspirator asal - Nuar Berahim.


RPK bersungguh-sungguh menyarankan supaya nama-nama yang didedahkannya segera dipanggil dan disiasat. Maka dengan sendirinya fokus perhatian awam akan bertukar dari kes-kes Nuar Berahim beralih kepada DS Najib. Permainan ini akan berlarutan sehingga PRU 13!.


Pandangan Bahtera:


1. Dengan kes-kes yang sedang dihadapinya, akhirnya Nuar berahim akan lebur dengan sendirinya. Tetapi niat buruk untuk merosakkan DS Najib, memusnahkan UMNO dan meruntuhkan BN akan tetap disemai supaya diteruskan oleh penggantinya dan generasi pengganas kemudian hari.


2. Pas tetap menjadi parti yang setia menjadi hamba abdi politik kepada Nuar Berahim kerana percaya dan amat yakin bahawa penyokong PKR akan tetap memberi undi kepada Pas jika berlaku pertembungan parti itu dengan BN.



3. Apapun yang berlaku pada Nuar Berahim dan PAS, Parti China DAP akan tetap mendapat untung kerana mereka berjaya menaikkan semangat pengundi China untuk bersatu berasaskan kepentingan bangsa walaupun berlainan parti dan agama. 


DAP telah berjaya menghasut MCA dan Gerakan serta pengundi China bandar dengan menyatakan "kaum China telah berjaya menawan Singapura dan Pulau Pinang, mesti terus bersatu untuk menukar Perlembagaan Persekutuan atau terus menyekat kuasa 2/3 mereka" 


Nuar Berahim dan PAS akan terus bekerjasama untuk membunuh UMNO-BN dan kuasa yang ada di tangan umat Islam dan Pribumi.


Pendedahan Raja Petra baru-baru ini adalah permainan lama yang diperbaharui sebagai persiapan dan umpan berbisa bagi menghadapi PRU 13.


Lelaki dayus yang memperalatkan isteri sendiri


2 ulasan:

Awanama berkata...

nampaknya RPK ni macam sedang merintis mahu balik ke M'sia agaknya

Awanama berkata...

AWAS PERANGKAP UNTUK NAJIB..BN...1 MALAYSIA..1 MALAYSI UNDI HANYA MELAYU YG BERI.. YANG LAIN MAAF LAH MALAYSIA MALAYSIAN PUNYA.. NAJIB DAPAT ABUK AJA.. YG RAMAI DICERAMAH NAJIB SEMUA PENDENGAR "TERPAKSA/DIPAKSA" DIIMPOT DARI DAERAH LAIN.. UTUK KELIHANTAN R4AMAI AJA.... BAYANGKAN PM PUN KENA TIPU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...