Pengikut

Selasa, 15 Februari 2011

Mat Sabu Berseru: Wahai Pemimpin dan Penyokong Pas, Janganlah Tunjukkan Kebodohan Kamu



UMNO ditubuhkan di negara ini oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam. Pas juga ditubuhkan oleh orang-orang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Orang-orang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu pada asalnya berkelompok dan berpuak-puak mengikut negeri dan Raja masing-masing. Tetapi akhirnya muncul sebagai umat Islam yang tidak tahan dijajah, lalu mereka bersatu di peringkat kampung, daerah, negeri dan kebangsaan, lalu malahirkan Pertubuhan UMNO.

UMNO ditubuhkan oleh orang-orang berbangsa bangsa Melayu untuk berjuang mempertahankan:
  1. survival "bangsa" Melayu supaya ada kuasa untuk membawa risalah "agama" Islam
  2. survival "agama" Islam supaya terus menjadi panduan kepada "bangsa" Melayu
  3. kedaulatan "negara" sebagai tempat "bangsa" Melayu" mempraktikkan "agama" Islam
Dalam masa yang sama, sebagai berpegang kepada panduan ajaran Islam, UMNO bermuafakat dan bekerjasama dengan pertubuhan bukan Melayu yang bukan beragama Islam dalam organisasi Parti Perikatan (kini barisan Nasional). Memilih sistem demokrasi sebagai kerangka referendum yang terbaik untuk seluruh rakyat.

UMNO mewakili kepentingan kaum Melayu, Kaum-kaum lain diwakili oleh parti masing-masing.   Semua kaum duduk bersama, berbincang dan membuat keputusan untuk kepentingan bersama bagi seluruh rakyat sebagaimana yang dianjurkan oleh ajaran Islam.

Pas kini baru cuba mengikuti jejak UMNO tetapi masih keliru dengan sistem demokrasi. Setiap hari ustaz-ustaz politik Pas masih lagi berceramah mengatakan UMNO menolak Islam kerana tidak meletakkan al-Quran sebagai Perlembagaan Negara tetapi mengekalkan perlembagaan penjajah.


Perlembagaan Persekutuan adalah hasil pemikiran manusia dan bukannya  al-Quran yang bertaraf wahyu Allah. Ia adalah teks yang mengandungi panduan bagi memudahkan kerajaan menjalankan urusan  dalam pentadbiran dan pengurusan negara.  

Kerajan negeri juga mempunyai perlembagaan masing-masing yang digunakan dan dirujuk untuk mentadbir dan menguruskan negeri. 

Misalnya di Kelantan Kerajaan Pas tidak meletakkan al-Quran sebagai Perlembagaan tetapi menggunakan Perlembagaan Negeri yang dicipta oleh manusia untuk urusan pentadbiran sama seperti Kerajaan Persekutuan merujuk kepada perlembagaan Persekutuan memerintah Malaysia.


Kerajaan Pas hanya membangunkan patung al-Quran sahaja untuk tatapan dan perhiasan di bandar utama negeri itu.


Oleh yang demikian, eloklah ustaz-ustaz politik Pas berhenti dari membuat bising mengatakan UMNO menolak Islam kerana tidak menjadikan al-Quran sebagai perlembagaan negara.

Bahtera cuma nak timbulkan; apakah hukumnya kita mematuhi lampu isyarat di negara kita.

Kita akan ditangkap dan dihukum denda jika melanggar lampu isyarat. Oleh kerana takut ditangkap dan didenda, maka kita patuh kepada undang-undang jalanraya yang dicipta manusia. 

Polis yang menangkap kita pula tidak merujuk kepada al-Quran tetapi patuh kepada undang-undang yang dicipta oleh manusia. Lebih malang lagi undang-undang jalanraya ini juga adalah ditiru dari asalnya ciptaan oleh pihak barat. 

Ahad, 13 Februari 2011

Musuh Nik Aziz: Pas Naik Kuda Sebab Gerombolan Pakatan Adalah Parti Orang Miskin! Yang Di Zalimi


Pas telah mula menggunakan kuda sebagai membuktikan parti itu adalah sebahagian daripada Pakatan Parti Miskin.

Dalam masa yang sama, Pas juga menganggap Pakatan adalah dianggotai oleh parti orang-orang yang teraniaya.

Baca seterusnya...

Petikan dari blog pro Pas: PASPB

KUALA NERUS - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gagasan ‘PAS Ganti Umno (PGU)’ merupakan satu tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan umat kerana Umno dan Barisan Nasional (Umno-BN) tidak membawa risalah Islam yang sebenar.

“Namun begitu, kita (PAS) tidak boleh buat perubahan sekiranya kita tidak mengambil kira seluruh rakyat, masyarakat majmuk yang menganut pelbagai agama dan pelbagai bangsa,” ujarnya.

Selain itu, kata Presiden PAS kerjasama dalam Pakatan Rakyat berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini.

Menurutnya, PAS memilih DAP kerana parti orang miskin dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) adalah parti orang yang dizalimi dan teraniaya.

“Kita memilih parti DAP, parti orang-orang miskin. Kita memilih Parti KeADILan Rakyat (PKR), parti orang-orang yang dizalimi dan dianiaya.

“Kita telah berjaya mewujudkan Pakatan Rakyat dan berjaya melakukan pendekatan pemikiran ke arah sistem dua parti di negara ini, dengan menyatukan pandangan Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Pada pandangan Bahtera, kata-kata Haji Hadi dalam usahanya untuk memikat hati penyokong adalah bermaksud:

  1. Pas hendaklah terus berdakyah dan menyebarkan penipuan fakta dan sejarah bahawa "UMNO tidak melakukan apa-apa mengembangkan risalah Islam", jika Parti Melayu Pas ingin menggantikan UMNO.
  2. Untuk buat perubahan, Pas perlu mengamalkan politik nasional yang mengambilkira kepelbagaian kaum dan agama. Pas perlu ikut amalan baik sepertimana yang dicapai oleh UMNO selama ini jika ingin memenangi pilihanraya.
  3. Persahabatan dengan DAP adalah kerana faktor kemiskinan dan ahli-ahli tidaklah wajar mempertikaikan dengan menggunakan hujah dan dalail yang lain.
  4. Persahabatan dengan PKR kerana masalah Anwar Ibrahim dizalimi. Kerana itu ahli-ahli hendak bangun berjuang membebaskan Anwar Ibrahim dari kes salahlaku sex peribadinya.
Penyokong Pas Marang naik kuda, Haji hadi naik apa?

Khamis, 10 Februari 2011

Confirm!: Allah Dah Gazet Dalam Quran Suruh Pas Jadi Musuh Ummah

---manusia berpotensi berbunuhan sesama sendiri..

Ustaz Politik yang bernama Nik Aziz berpegang bahawa memang tugas manusia itu berpecah-belah kerana sudah digazetkan oleh Allah.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ


...Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. 



Mengikut sejarahnya, Umat Islam di Tanah Melayu ini telah bersatupadu sehingga mencapai kemerdekaan. Mereka meneruskan perpaduan itu untuk membangunkan ummah dalam segenap urusan kehidupan dunia dan akhirat. Maka bangunlah ustaz-ustaz politik menubuhkan sebuah lagi Parti Melayu Pas kerana melaksanakan perintah yang sudah digazetkan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan memecahkan ummah itu tidak pernah berjaya, Pas berasa bersalah kerana gagal menunaikan apa yang Allah gazetkan untuk dilaksanakan oleh partinya.

Maka sekali lagi Parti Melayu Pas mengambil langkah jihad bergabung dengan parti cauvinist-racist China DAP untuk melaksanakan apa yang Allah sudah gazetkan ini. 

Baca seterusnya.

Sumber petikan : harakahdaily

KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. 

...Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya
. 



ikutilah contoh kualiti pemikiran ustaz Nik Aziz
ulamak politik Melayu kasta rendah


dan penilaian rakyat kepada ustaz Nik Aziz




Isnin, 7 Februari 2011

Pas Meniru Rakyat Mesir Merusuh, Tetapi Matlamatnya Untuk Mengambil Hati China DAP


...rumah dan keluarga petani Mesir..

..rumah Mawi, keluarga petani Felda Taib Andak, Johor

Pas tergila-gila meniru rusuhan rakyat di Mesir. Pemimpin dan Ahli Parti Melayu itu seperti dirasuk oleh makhluk halus, telah turun beramai-ramai untuk merusuh.

Seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Parti yang berslogankan Islam itu, mereka menggunakan umat Islam untuk mengganas dan menunjuk rasa. Mereka juga mewajibkan rusuhan itu mesti menggunakan mesjid tempat umat Islam beriabadat, dan mesti dilakukan pada hari Jumaat, iaitu penghulu segala hari.

Hampir semua jemaah datang bersolat Jumaat, tidak faham dan tidak mengetahui akan tujuan dan matlamat rusuhan itu. Selepas solat mereka segera meninggalkan gerombolan yang kelihatan semakin bengis dan jeritan melepas rasa semakin kedengaran.

Akhirnya pihak Pasukan Polis Diraja Malaysia menjadi mangsa dimaki hamun, dibaling, diterajang dan diperlakukan sebagai musuh mereka.

Nampaknya buat ke sekian kalinya, Pas berjaya menyelewengkan pemikiran segelintair umat Islam dengan dakyahnya. 


MESIR
MALAYSIA
Penduduk
80.4 juta
28.3 juta
Bangsa & Agama
Egyptian 99.9
Melayu 50.4%, China 23.7%, Bumiputera 11%, India 7.1%, Lain 7.8%
Gunatenaga
K. Awam 51%
Pertanian 32%
Industri 17%
Khidmat Awam 51%
Industri 36%
Pertanian 13%
Bawah Paras Miskin
19.9 %
5.1%
Jalanraya
Jumlah 65,000 km (2009)
Berturap 47,000 km
Tak Berturap 18,000 km

Jumlah 98,721 km (2004)
Berturap 80,280 km
Tak Berturap 18,441 km

(Sumber: CIA - World Factbook) 

DAP nampaknya tidak berminat dengan demonstrasi yang melibatkan kepentingan negara dan umat Islam. 

Di Pulau Pinang China DAP sudah mula bertindak menukar sejarah. Tidak lama lagi PAS akan mengumpulkan orang Melayu dan Islam di Pelau Pinang membuat rusuhan membantu dakwaan DAP bahawa Balik Pulau adalah kepunyaan kaum China. 

Nik Aziz akan mengeluarkan fatwa baru "tanah adalah milik Allah, bukan milik mana-mana suku kaum atau bangsa".

Pas rajin berusaha, tetapi matlamat mereka merosakkan bangsa, agama dan tanahair sendiri.
  

Sabtu, 5 Februari 2011

Anjing DAP Terus Menyalak, Pesawat Tentera Terbang Jua


Barisan Anggota TUDM pertama bersiap sedia untuk penerbangan menyelamatkan pelajar-pelajar kita di Mesir.

Manakala di bawah ini haiwan-haiwan ternakan China DAP beramai-ramai menyalak untuk kekalkan simpati dan undi



Ikuti Entry Rakan-rakan Blogger seterusnya:

dan
oleh Laksamana Bentan


Khamis, 3 Februari 2011

Gempar!! Nuar berahim ada 8 Isteri..



Tak sangka Yob, Nuar Berahim ada 8 isteri.


Itupun dakwaan masa tu, sekarang ni dah bertambah lagi. Tidak termasuk yang sedang dalam kes yang dibicarakan.


Baca sepenuhnya penembak-tepat.
dari sahabat Blogger Panglima Perang Cyber


Rabu, 2 Februari 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru China


Bahtera mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru 2011 (Tahun Arnab) kepada rakan-rakan dari kaum China samada yang berada di Malaysia, Singapura, Republik Rakyat China, Indonesia, Thailand,, Cambodia, Korea, Vietnam dan United State yang sering berhubungan dan berurusan dengan Bahtera.

Kekalkan persahabatan kerana persahabatan itu adalah kehidupan dan kejayaan.


年年有馀 (nian nian you yu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...