UMNO ditubuhkan di negara ini oleh orang-orang Melayu yang beragama Islam. Pas juga ditubuhkan oleh orang-orang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Orang-orang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam itu pada asalnya berkelompok dan berpuak-puak mengikut negeri dan Raja masing-masing. Tetapi akhirnya muncul sebagai umat Islam yang tidak tahan dijajah, lalu mereka bersatu di peringkat kampung, daerah, negeri dan kebangsaan, lalu malahirkan Pertubuhan UMNO.
UMNO ditubuhkan oleh orang-orang berbangsa bangsa Melayu untuk berjuang mempertahankan:
- survival "bangsa" Melayu supaya ada kuasa untuk membawa risalah "agama" Islam
- survival "agama" Islam supaya terus menjadi panduan kepada "bangsa" Melayu
- kedaulatan "negara" sebagai tempat "bangsa" Melayu" mempraktikkan "agama" Islam
Dalam masa yang sama, sebagai berpegang kepada panduan ajaran Islam, UMNO bermuafakat dan bekerjasama dengan pertubuhan bukan Melayu yang bukan beragama Islam dalam organisasi Parti Perikatan (kini barisan Nasional). Memilih sistem demokrasi sebagai kerangka referendum yang terbaik untuk seluruh rakyat.
UMNO mewakili kepentingan kaum Melayu, Kaum-kaum lain diwakili oleh parti masing-masing. Semua kaum duduk bersama, berbincang dan membuat keputusan untuk kepentingan bersama bagi seluruh rakyat sebagaimana yang dianjurkan oleh ajaran Islam.
Pas kini baru cuba mengikuti jejak UMNO tetapi masih keliru dengan sistem demokrasi. Setiap hari ustaz-ustaz politik Pas masih lagi berceramah mengatakan UMNO menolak Islam kerana tidak meletakkan al-Quran sebagai Perlembagaan Negara tetapi mengekalkan perlembagaan penjajah.
Perlembagaan Persekutuan adalah hasil pemikiran manusia dan bukannya al-Quran yang bertaraf wahyu Allah. Ia adalah teks yang mengandungi panduan bagi memudahkan kerajaan menjalankan urusan dalam pentadbiran dan pengurusan negara.
Kerajan negeri juga mempunyai perlembagaan masing-masing yang digunakan dan dirujuk untuk mentadbir dan menguruskan negeri.
Misalnya di Kelantan Kerajaan Pas tidak meletakkan al-Quran sebagai Perlembagaan tetapi menggunakan Perlembagaan Negeri yang dicipta oleh manusia untuk urusan pentadbiran sama seperti Kerajaan Persekutuan merujuk kepada perlembagaan Persekutuan memerintah Malaysia.
Kerajaan Pas hanya membangunkan patung al-Quran sahaja untuk tatapan dan perhiasan di bandar utama negeri itu.
Oleh yang demikian, eloklah ustaz-ustaz politik Pas berhenti dari membuat bising mengatakan UMNO menolak Islam kerana tidak menjadikan al-Quran sebagai perlembagaan negara.
Bahtera cuma nak timbulkan; apakah hukumnya kita mematuhi lampu isyarat di negara kita.
Kita akan ditangkap dan dihukum denda jika melanggar lampu isyarat. Oleh kerana takut ditangkap dan didenda, maka kita patuh kepada undang-undang jalanraya yang dicipta manusia.
Polis yang menangkap kita pula tidak merujuk kepada al-Quran tetapi patuh kepada undang-undang yang dicipta oleh manusia. Lebih malang lagi undang-undang jalanraya ini juga adalah ditiru dari asalnya ciptaan oleh pihak barat.
1 ulasan:
ALahaI sI LunCAi berkata...
BRO,
MEREKA LANGSUNG TAK BERNIAT NAK TUNJUK KEBODOHAN. MALANGNYA MEREKA GAGAL NAK SEMBUNYIKAN KEBODOHAN TU.
Catat Ulasan