Hanya wakil Australia sahaja yang berminat mengikuti perbicaraan liwat YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh, merangkap Ketua Pembangkang yang sedang digantung dan juga bekas banduan Penjara Sungai Buluh pada hari ini.
Perbicaraan hari ini disambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah. Di awal sesi galeri awam di mahkamah terdapat banyak ruang kosong. Anwar Ibrahim, isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga bapa Saiful, Azlan Md Lazim kelihatan berada sama di mahkamah.
Giliran Saksi Dr Seah Lay Hong memberi keterangan dengan memberitahu mahkamah mengenai latar belakang akademiknya sebagai pakar dalam bidang kesan biologi, DNA dan kesan biologi pada tisu dengan mempunyai kelulusan peringkat kedoktoran dalam DNA Forensik dan sarjana dalam Sains Perubatan. Juga menambah pengalaman keil,uan dengan menghadiri pelbagai persidangan dan seminar di dalam dan luar negara.
- Mengakui telah menerima Borang POL 21 yang menyatakan tempat-tempat sampel DNA diambil di badan Saiful. Borang berkenaan didapati daripada Hospital Kuala Lumpur pada 30 Jun, 2008 iaitu dua hari selepas pemeriksaan dilakukan ke atas pengadu itu.
- Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dalam hujah balasnya berkata, apa yang penting bukanlah dokumen itu sendiri tetapi perkara yang diperiksa dan sebelum ini terdapat keputusan mahkamah yang membenarkan pendakwaan mengemukakan dokumen sebagai bahan bukti tanpa memberikannya terlebih dahulu kepada pembelaan. Manakala Ram dalam jawapannya berkata, dokumen itu penting kerana ia menunjukkan urutan bukti dan perkara yang diperolehi pendakwaan itu berbeza dengan apa yang diberikan kepada pembelaan.
- Hakim memohon tempoh rehat untuk memutuskan perkara itu, namun Mohd Yusof bertegas supaya perbicaraan diteruskan tanpa menanda dokumen yang dipertikaikan itu.
- Mahkamah bersidang semula pada 10.05am dan Hakim Zabidin membuat keputusan bahawa dokumen (borang kedua Pol 21) yang disenaraikan sebagai bahan bukti yang dikemukakan tidak boleh ditandakan sebagai eksibit.
- Seah menerangkan beliau menerima bungkusan berkenaan daripada DSP Jude Blacious Pereira. Seah kemudian mengena-pasti pegawai polis itu dan juga bungkusan tersebut. Semua sampul yang bertanda B1 hingga B11 yang dipercayai mengandungi calitan kapas, di mana spesimen diambil ditandakan sebagai bahan bukti.
Bulu
Bahan-bahan bukti, termasuk bulu kemaluan telah ditandakan. Semasa proses penandaan itu , DPP Noorin, peguam Ram Karpal dan Sankara Nair semuanya memakai sarung tangan getah. Dr Brian Mc Donald yang duduk di antara Sankara dan Ram memerhatikan perkembangan itu. Peguam, Sankara Nair bagaimanapun membantah cadangan pihak pendakwaan ia adalah bulu kemaluan. "Macam mana Dr Seah tahu perkara tersebut?" soalnya. DPP Noorin berkata ia berdasarkan laporan doktor itu.
- Sepasang seluar hitam (tanpa jenama) yang dipercayai yang digunakan oleh Saiful juga dikemukakan sebagai bahan bukti. Sebelum ini, beberapa saksi mendakwa air mani Saiful dijumpai pada seluar hitam ini.
- Kemeja biru dan kolar putih jenama Ralph Lauren yang digunakan oleh Saiful pula dikemukakan. Seluar dalam Saiful yang berjenama Levi's pula dikenal-pasti. Seluar dalam ini telah dikemukakan sebagai bahan bukti.
Tunduk
Ketika sesi ini, kelihatan Wan Azizah menundukkan kepalanya, manakala Anwar sedang membaca sesuatu di kandang tertuduh.
- Satu lagi seluar dalam yang juga dipercayai kepunyaan Saiful turut dikenal pasti. Semua bahan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah sampul. Selain pakaian Saiful yang lain seperti, baju hijau jenama G2000, turut ditawarkan sebagai bahan bukti adalaghpermaidani pelbagai warna yang disita oleh Jabatan Kimia.
- Kain cadar berwarna kelabu pula ditunjukkan dan ia juga ditandakan sebagai bahan bukti. Anwar dari tempatnya memerhatikan sampul surat yang berisi cadar itu dibuka. Menurut Dr Seah bungkusan itu dihantar ke jabatannya dengan tanda keselamatan polis. Setelah memeriksanya, ia dibungkus semula dan ditandakan dengan mohor Jabatan Kimia.
DPP Noorin memohon mahkamah untuk rehat seketika pada 11.30. Hakim Zabidin bersetuju dan meminta semua pihak masuk semula pada tengahari.
Mahkamah bersambung semula pada 10pm. Turut hadir hari ini adalah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali dan ahli parlimen Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff.
- Dr Seah berkata ujian toksilogi dilakukan oleh seorang ahli kimia toksilogi, AP Mohan dan mahkamah diberitahu semua barangan termasuk permaidani dan duvet disimpan di bilik sejuk Jabatan Kimia.
...gambar hiasan.
- Dr Seah menyambung keterangan dan berkata ujian DNA dimulakannya pada 1 Julai 2008. Ujian kedua pula dilakukan pada hari keesokannya. Katanya, analisis DNA itu selesai pada 5 Julai 2008 dan hasilnya beliau mendapati kesan air mani pada calitan kapas bertanda B5, B7, B8 dan B9.
- Dr Seah menjelaskan beliau mengetahui lokasi calitan kapas diambil berdasarkan tanda-tanda yang dibuat. Antaranya. Calitan B5 yang ditanda P36 ialah kawasan sekitar peri-anal atau dubur. Calitan kapas B7 dan B 39 yang ditanda P38 dan P 39, masing-masing adalah sekitar dubur atas manakala calitan B9 yang dilabel sebagai P40 adalah di kawasan sekitar dubur bawah.
- Beliau juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan dan beliau juga berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan serta juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.
- Beliau menjelaskan bahawa dua ujian dijalankan ke atas tompokan spesimen B - iaitu ujian PSA dan ujian menentukan kehadiran sperma. Tiga ujian dilakukan pada kesan tompokan mani - iaitu ujian asid phosphosate, PSA dan ujian kehadiran sperma.
Laporan kimia itu juga ditandakan sebagai bahan bukti sebelum Hakim Zabidin kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan berkata ia akan disambung pada jam 2.30 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan