Pengikut

Sabtu, 26 Februari 2011

Pecah Amanah: bagaimana Pas nak bela bangsa Melayu, duit ahli parti pun mereka rembat..


...lambang kejayaan PAS menipu duit ahli partinya sendiri..

Orang ramai telah mendapat tahu bahawa Parti Melayu Pas telah mengubah matlamatnya.

Sebelum ini ustaz-ustaz politik mereka sibuk menjerit-jerit di merata kampung, surau dan rumah orang meninggal dunia, memberitahu parti itu hendak memperjuangkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Tiba-tiba bekas Menteri Besar Tak Sengaja, Nizar Jamaludin mengumumkan dan mencabar supaya membuktikan bahawa Pas hendak memperjuangan Islam. Ucapannya dalam Dewan Undangan Negeri Perak sekaligus mengistiharkan bahawa Pas tidak pernah mempunyai matlamat untuk memperjuangkan Islam.

Karpal Singh pula sudah berkali-kali mengingatkan Pas supaya jangan  membawa matlamat memperjuangkan Islam jika mahu bersama di dalam Gerombolan Pakatan Haram. Ini diakhiri dengan persetujuan Pas yang telahpun  menggugurkan matlamat perjuangan Islam demi menjaga kehendak DAP dan PKR.

Semenjak itu Pas tidak mempunyai matlamat selain dari membuat bising ke sana kemari memekik melolong menjaja slogan Islam. Selain itu hanya membuat kecoh berdemonstrasi tanpa sebab dan keperluan kepada rakyat Malaysia.

Tiba-tiba pula sekarang ini Pas menjerit-jerit memberitahu parti itu hendak memperjuangan bangsa Melayu. Bermacam-macam alasan telah diberikan supaya bangsa Melayu percaya. Sedang semua umat Islam sudah sedia maklum bahawa Pas tidak memperjuangkan bangsa kerana perbuatan itu adalah assobiah dan dilarang oleh agama Islam.

Mampukah Pas menarik keyakinan bangsa Melayu terhadap parti itu hanya dengan retorik dan janji-janji ke syurga? Kalau adapun janji yang agak munasabah pada akal, kesemuanya sudahpun dilaksanakan oleh UMNO selama ini.

Mampukah Pas memujuk bangsa Melayu sedangkan ahli-ahli parti sendiripun mereka khianati. 

Baca seterusnya:

Sumber dari blog sahabat The Unspinners

Skandal Kohilal Bah 1: Pas Telan RM45 Juta Duit Ahlinya

Muqaddimah

Pada 5 MAC 2010, di Ibupejabat KOHILAL di No. 34-4-1, Blok F, Jalan 4 /50, Off Jalan Gombak, Diamond Square, KUALA LUMPUR, satu wawancara khas telah diadakan di antara SHAMSURI bin ROSLAN dengan MOHD KUSRIN bin RAHMAD , RAZALI bin MOHD DAUD dan MOHD SHUKOR bin ABD. AZIZ.

Wawancara tersebut diadakan untuk mendapatkan fakta sebenar berhubung isu penyelewengan KOHILAL sebanyak RM 45 juta. Antara lain wawancara tersebut mendedahkan perkara berikut:

a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. MOHD KUSRIN bin RAHMAD menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 02.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

e. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

f. MD. SHUKUR bin ABD AZIZ berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings SDN. BHD. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

g. SHUKUR bin ABD. AZIZ menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

h. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% - 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

i. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

Keadaan diburukkan lagi apabila pihak pengurusan yang lama tidak mengakui kesilapan mereka sebagai mana laporan tahunan KOHILAL bagi tahun 2003.

j. Tapi apakah cara penyelesaian yang dicadangkan oleh Pas? Dalam wawancara tersebut KURSIN bin RAHMAD , MD. SHUKOR bin ABD. AZIZ dan RAZALI melahirkan harapan agar kesemua 89,000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi memajukan lagi koperasi tersebut serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu serta turut membantu pihak pengurusan baru meningkatkan lagi mutu dan prestasi syarikat dalam melaksanakan rancangan – rancangan perniagaannya.

k. Lembaga Pengarah sedang mengkaji projek 5 tahun untuk mengumpul dana RM 50 juta melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang telah dirancangkan, termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia.

l. Maksudnya setelah telan duit ahli Kohilal sebanyak RM46 juta, sekarang Pas nak ahli yang sama melaburkan sekali lagi (Round 2) dana sebanyak RM50 juta untuk menutup penyelewengan mereka.

Teruskan membaca:

Skandal Kohilal Bah 2: Cara Pas Menipu Ahli Parti Sendiri
Skandal Kohilal Bah 3: Pelaburan Menjerat Ahli Ala Skim Pak Man Telo 

Skandal Kohilal Bah 4: Penyata Kewangan Misteri

2 ulasan:

Bahtera Merdeka berkata...

Tanpa Nama berkata...
bagaimana nak tadbir akaun negara berjumlah trilion ringgit ,jika koperasi pun dah nak mampus.
janji 100 hari pakatan bermaksud dalam masa 100 hari semua wang dan aset negara akan dirembat..

jangan undi pas dap dan pkr..

ajai62 berkata...

Assalam Bro

Orang PAS kaya-kaya. Duit hilang tak ape janji masuk syurga. Ingat free ke nak masuk syurga Nik Aziz?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...