Pengikut

Selasa, 1 Mac 2011

Dilema Merlimau dan Kerdau: Pas kehilangan punca untuk menghasut pengundi


Memang benar Pas tidak ada harapan di Merlimau. 


Bukan kerana UMNO-BN kuat berkempen, tetapi kerana Pas sudah 
tidak relevan lagi kepada masyarakat di negara ini. 

Sumber petikan: harakahdaily (tulisan AzAziz Muda)
   


JASIN, 28 Feb: Penduduk di kawasan Dun Merlimau kini amat hairan dengan 
tindakan para pemimpin Umno dan kerajaan Melaka yang begitu bersungguh-sungguh 
untuk membantu penduduk di kawasan itu, sedangkan sebelum ini tidak pula sedemikian.
Jika sebelum ini mereka diabaikan dari segala aspek, kini mereka bukan sekadar 
disogokkan dengan wang, tetapi juga diberikan jalan tar hingga ke hadapan rumah 
dan diperbaiki longkang-longkang yang rosak.


Beberapa orang penduduk di kawasan Merlimau ketika ditemui berkata, dengan itu 
ternyata, mereka bukan ikhlas hendak menolong, tetapi hanyalah untuk memancing 
undi bagi mendapat kemenangan dalam pilihanraya.


Petikan berita di atas tidak mempunyai nilai politik sama sekali. 
Hanya sekadar  memenuhi ruang untuk menyertai kemeriahan 
suasana pilihanraya. 
Pas bukan sahaja gagal menerangkan kepada pengundi,mengapa 
mereka  perlu memilih parti itu, malah Pas juga gagal mencari isu 
mempengaruhi pengundi supaya berasa marah dan benci kepada 
kerajaan.
Akibatnya terpaksalah bala tentera jihad fisabilillah Pas mencari-cari 
dan merekacipta isu yang dipercayai sesuai dimainkan untuk tujuan 
mewujudkan  rasa marah dan benci kepada kerajaan.
Kepayahan yang dialami oleh Parti Melayu Pas ini bukanlah 
disebabkan UMNO-BN kuat berkempen. Atau kerana penceramah 
UMNO ghairah menggunakan ayat Quran atau hadith. Tidak juga 
disebabkan UMNO mengaitkan kejayaannya membela rakyat 
hampir sama dengan kejayaan Rasulullah di zamannya.
Kesukaran Pas membohongi rakyat adalah disebabkan Kerajaan 
UMNO-BN telah melaksanakan amanah dan mandat Rakyat 
sepanjang masa pemerintahannya selama lebih 51 tahun. UMNO 
memikul tanggungjawab sebagai pemerintah yang saksama 
kepada seluruh rakyat di seluruh negara. 


Rakyat memahaminya  walaupun UMNO tidak ghairah mengaitkan 
dan mencanang usaha itu dengan kejayaan Rasulullah membina 
kehidupan umat Islam di zamannya, tetapi tuntutan ajaran islam 
itu telah dipraktikkan dengan jelas dan jayanya.
Oleh kerana Kerajaan membina jalan di kampung-kampung, maka 
Pas terpaksa menggunakan isu jalan juga untuk menarik perhatian 
pengundi. 


Cuma bezanya kerajaan meneruskan pembinaan jalanraya, tetapi 
Pas menghasut rakyat untuk mengatakan tidak memerlukan 
jalanraya.
Samalah dengan isu Felda. Kerajaan berusaha membina Felda 
untuk membela rakyat yang dibelenggu kemiskinan, tetapi Pas 
menghasut dengan mengatakan kerajaan menzalimi peneroka 
dan mengajak mereka membanci  kerajaan.
Apabila kerajaan berusaha membantu pelajar-pelajar yang tidak 
berupaya melanjutkan pelajaran ke IPT dengan menyediakan 
skim pinjaman PTPTN, Pas pula sibuk menghasut mereka supaya 
jangan membayar hutang pinjaman.
Di Merlimau dan Kerdau, Pas kehilangan punca untuk menghasut 
pengundi. 
Bahtera menjangkakan bahawa Parti China DAP yang berpengkalan 
di Pulau Pinang akan meningkatkan tekanan untuk mempertahankan 
pendirian kaum China di seluruh negara supaya terus  bersatu.

Matlamatnya adalah untuk menghalang UMNO-BN mencapai 2/3 
kerusi parlimen dalam PRU ke-13. DAP sangat bimbang dengan  
trend penolakan bangsa Melayu terhadap Parti Melayu Pas sekarang 
ini. DAP juga menyedari bahawa persepsi umat Islam terhadap Pas 
adalah sebagai parti yang telah jauh sesat dari asas ajaran agama
Islam yang sebenar dan juga politik perosak umat Islam.
Dilema Pas masakini adalah berdepan antara hidup dan mati. 
Pas terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah sebuah 
parti Melayu yang gagal samada dalam arena politik maupun
agama. 


Setelah ditolak oleh umat islam, Pas sekarang sangat bergantung 
hidup matinya di tangan Parti China DAP dalam segala hal.

Caranya Pas bergantung nyawa kepada Parti China DAP amat 
mudah:
Parti China DAP buatlah apa sahaja penghinaan terhadap bangsa 
Melayu, Raja-raja Melayu, bahasa melayu, adat istiadat orang 
Melayu dan agama Islam - Pas akan mempertahankan DAP 
walaupun terpaksa menggunakan agama islam sebagai alat..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...