..buku jingga yang meresahkan..
apa nak buat....dah terlanjur diumumkan..
Sejak Buku Pink (Buku Jingga) didedahkan kepada umum, Gerombolan Pakatan Pembangkang menjadi huru-hara dan tak keruan.
Mereka menjangkakan buku tersebut beserta dengan janji 100 hari dapat memikat hati orang ramai. Mereka berharap rakyat Malaysia akan berasa kagum dan terpesona dengan kehebatan formula ekonomi yang dibentangkan.
Malangnya buku dan janji tersebut bukan sahaja tidak dihiraukan, malah menjadi bahan persendaan orang ramai di mana sahaja mereka berbual. Di sekolah guru-guru tersenyum sini apabila diajukan tentang kenaikan RM 500. Di kedai kopi mereka tertawa terbahak-bahak mendengar janji tinggi melangit. Di IPT mahasiswa tertawa seoalah-olah buku jingga dan janji 100 hari itu bahan lawak jenaka yang menghiburkan.
Pemimpin Gerombolan Pakatan Pembangkang menjadi tidak tenteram setelah tersilap melancarkan Buku Jingga yang mendatangkan musibah politik kepada mereka.
Ini disebabkan rata-rata orang ramai yang ditemui menyatakan bahawa Buku Jingga ini tidak lebih dari dokumen kosong untuk membohongi rakyat dan bagi memancing undi piolihanraya sahaja.
Sebab itulah DAP terpaksa menasihatkan Pas supaya menggugurkan perjuangan Islam dan hudud dan menggantikannya dengan perjuangan membela Bangsa Melayu.
DAP sudah dapat menjangkakan bahawa apa sahaja janji yang dibuat oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang tidak akan berjaya menawan hati rakyat kerana UMNO-BN tidak pernah mungkir janji dan melaksanakan mandat pengundi secara berterusan.
Janji 100 hari yang dihebohkan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang dilihat sebagai gimmik dan lawak politik sekadar ingin menghiburkan hati sahaja.
Nuar Berahim pula semakin tenat dengan isu liwat di mahkamah dan ini meresahkan pemimpin-pemimpin Gerombolan untuk menghadapi bukan sahaja Pilihanraya kecil malah lebih menakutkan untuk berdepan dengan Pilihanraya Umum.
Apabila Nuar Berahim menjadi liabiliti kepada Gerombolan Pakatan pembangkang, dengan sendirinya Buku Jingga dianggap sebagai kertas kosong yang wajar ditongsampahkan sahaja.
Dalam kempen PRK DUN Merlimau dan Kerdau, sudah tiada penceramah yang membawa buku jingga dan janji 100 hari sebagai tarikan utama.
Pas sudah memesongkan strateginya beralih dari penumpuan terhadap menawan pengundi kepada menubuhkan Skuad Kamera yang tidak ada kena mengenai dengan Janji 100 hari serta fadhilat Buku Jingga mereka.
Gerombolan Pakatan Pembangkang berada dalam keadaan resah dan gelisah, kerana sokongan rakyat pastinya melihat pada komitmen kerajaan UMNO-BN selama lebih 52 tahun memerintah dengan tidak menghampakan Rakyat. UMNO-BN telah berjaya menjadi Parti Rakyat Malaysia yang disayangi. Pihak yang berasa hampa hanyalah Gerombolan Pakaran haran yang gagal untuk ke Putrajaya.
Buku Jingga memaparkan pemuafakatan bersama dan dirancang untuk menyelamatkan diri kerana ketiga-tiga parti Gerombolan Pekatan (PAS, PKR dan DAP) merasakan mereka sedang ditolak oleh rakyat.
Keberkesanan, kesederhanaan, kesabaran dan kegigihan YAB DS Najib mengemudi parti dan negara telah berjaya memikat hati seluruh rakyat untuk bersama kerajaan. Masaalah hanyalah timbul di kalangan Gerombolan Pakatan Pembangkang yang sentiasa memutarbelit fakta bagi setiap perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan tidak berfaedah. Hasutan demi hasutan mereka usahakan tetapi rakyat tetap mempercayai bahawa Kerajaan UMNO-BN terus membela mereka tanpa membezakan kaum atau anutan agama.
Sah... keterlanjuran mendedahkan Buku Jingga dan Janji 100 Hari kini menjadi musibah kepada Gerombolan Pakatan Pembangkang.
Buku ini dan Janji 100 hari pernah dijaja dan dimainkan di PRK Tenang, menghasilkan kekalahan teruk Parti Melayu Pas. Retorik Ekonomi yang tidak menjadi.
Di Merlimau dan Kerdau, Pas akan kembali kepada retorik slogan agama dan DAP meniupkan api sentimen perkauman untuk menyatukan kaum China walaupun mereka menjadi ahli parti yang berlainan.
5 ulasan:
Tanpa Nama berkata...
Warna Jingga (Pink) ni bukankah warna pilihan kumpulan GAY. Nampaknya PR ni sahlah mempunyai kaitan dengan kumpulan Gay.
3 Mac 2011 2:32 AM
Tanpa Nama berkata...
Kalau ada kuasa boleh buat apa saja. Manusia bodoh yang tak nampak.kahkahkah..orang umno masih nak menidakkannya lagi
4 Mac 2011 5:51 PM
Tanpa Nama berkata...
Orang umno sudah semakin takut.bermacam macam alasan diberi tentang buku jingga.tetapi telah teerbukti kerajaan kelantan tak bankerap walaupun memerintah lebih 20tahun kerana bn mengatakan kerajaan kelantan bertahan 3bulan saja.tengok selangor tak bankerap walaupun beri air percuma.kerajaan bn umum bil elektrik rm20 ke bawah di beri percuma tapi bil elektik datang 2bulan sekali menjadikan bil melebihi rm20. Ini helah kerajaan untuk lari daripada memberi subsidi elektrik.
Jingga? Awww.. Warna ni ada kaitan dengan homoseksual.
Ni mesti idea Al Jub suka bontot ni.
Kepada Tanpa Nama 3:20AM
Memang ko ni bodoh dan tak sekolah. Ko tak nampak ape yang tersirat sebalik yang tersurat. Sebenarnya ape dah jadi kat Selangor, Kelantan, Kedah dan P.Pinang. Ko jawablah. Takde ape yang membanggakan, yang ko tau membontoti ape yang pemimpin pakatan haram ko cakap. Akal ko kosong. Tak boleh nak fikir ke. Ko tak sekolah ke? Makan duit HARAM kot???? Yea ke tidak, yea ke tidak.
pink ada kaitan dgn GAY.ini memang NUAR punya kerja.buku jingga perlu tambahan lagi.1. murtad dibenarkan.2. hak org melayu bumiputera dihapuskan.3.raskyat dijamin masuk surga hahahahahaa....bodoh pas
Kami rakyat kedah berasa bersyukur kerana pas memerintah.lepas kerajaan pas mengambil tampuk pemerintahan telah menurunkan cukai tanah sebanyak 20%. Orang umno janganlah bangga dengan pembangan sebab orang umno banyak ada di kampung dan felda. Apa orang kampung dapat berbanding di bandar kebanyakannya cina
Catat Ulasan