Kemalangan kereta oleh Perdana Menteri 16 Sept. |
Antara saksi utama yang sangat penting adalah Wan Azizah, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Wan Azizah mengetahui banyak perkara tentang diri Nuar Berahim. Wan Azizah menyimpan semua rahsia kejahatan berpolitik Nuar Berahim semenjak dari zaman ABIM lagi.
Wan Azizah juga mengetahui semua rancangan penipuan yang diatur oleh Nuar Berahim, komplot-komplot jahat yang diaturnya dalam berpolitik, serta kelicikannya membohongi pengikut untuk memperdaya mereka agar terus menyokongnya.
Sekiranya Wan Azizah terbuka hatinya untuk bercakap benar, maka dengan itu Wan Azizah akan menjadi sangat berbahaya kepada Nuar Berahim.
Sebab itulah perancangan menghapuskan saksi utama mula dilakukan sebagai persiapan membina persepsi baru.
Sekiranya perancangan ini berjaya, Nuar Berahim sudah bersedia untuk menjadikan UMNO, BN, Najib, Polis, Peguam Negara dan siapa sahaja sebagai pihak yang berkonspirasi membunuh atau mencederakan keluarganya.
PETALING JAYA: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said mendakwa terdapat percubaan pihak tertentu untuk membunuh atau mencederakan Ketua Umum KEADILAN tersebut.
Dalam laporannya kepada pihak polis kira-kira jam 4 petang hari ini, Abdullah berkata, ia berikutan wujud usaha khianat untuk mensabotaj kereta yang dinaiki Anwar dan keluarganya.
Kejadian itu disedari pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan. (Sumber: keadilan daily)
Orang yang tenggelam dan sedang kelemasan, akan menarik apa sahaja yang dapat dicapainya untuk mengelakkan dirinya mati lemas.
Semua skript lakonan Nuar Berahim, ditulis dan diarah sendiri olehnya: