Tak pasal-pasal UMNO-BN dimaki hamun oleh Nuar Berahim dan Parti Anak beranak. Siang malam tak ada kerja selain asik membalun UMNO menggodam BN.
Tak cukup, ditambah dengan membelasah Najib-Rosmah. Pagi petang tak kira tempat, asal ada peluang, Nuar Berahim dan Parti Anak Beranak akan lanyak ikut sedap mulut.
Tajuknya hanyalah perkataan "konspirasi". Semuanya konspirasi UMNO-BN, Najib-Rosmah. Nak bagi sedap tambah dengan konspirasi Utusan Melayu, TV3, Peguam Negara dan PDRM dan segala mak nenek yang sempat disambar oleh mulut mereka.
Walaupun dituduh dan ditohmah, UMNO tak kata apa-apa pun. BN lagilah tak sebut pasal peribadinya. Utusan hanya lapor berita seadanya. TV3 sekadar menyampaikan kebenaran yang perlu untuk rakyat tahu.
Telah sekian lama menjaja retorik konspirasi, tetapi belum ada bukti yang disenaraikan supaya rakyat yakin bahawa UMNO-BN, Najib-Rosmah, Utusan-TV3 berkonspirasi dengan Hakim, Mahkamah, Peguam Negara, Pakar Forensik, Doktor dan saksi-saksi berkonspirasi menjatuhkan sesiapa.
Tapi Nuar Berahim anak beranak terus berselera menjaja perkataan konspirasi, konspirasi dan konpirasi terhadap dirinya. Pembuktian tidak juga dihidangkan kepada masyarakat umum.
Bagaimanapun Nuar Berahim masih ada peluang. Bukti paling mudah untuk dikemukakan kepada orang ramai masih ada. Hanya perlu buat aduan kepada Polis dan tindakan akan diambil.
Hampir setiap minggu Umi Hafilda Ali menghentam Nuar Berahim, Azmin Ali, Shamsidar Taharin. Hampir seluruh negara rakyat menjemput beliau menyampaikan penerangan, penjelasan dan pendedahan. Tindakan Umi sangat berbahaya kerana kata-katanya direct tanpa berselindung menyebut nama Nuar Berahim, Azman Ali, Shamsidar Taharin.
Inilah yang patut Nuar Berahim, bersama isteri dan anaknya beri perhatian. Inilah yang Azmin Ali bersama isteri dan anaknya beri tumpuan sepenuh-penuhnya. Heretlah Umi ke mahkamah sebagaimana biasa Nuar Berahim lakukan kepada seteru politiknya selama ini. Kenapa biarkan Umi bebas menyebarkan fitnah melalui ucapan yang memalukan.
Rakyat sudah tidak mahu mendengar retorik konspirasi...konspirasi...konspirasi yang tidak habis-habis tanpa pembuktian yang mantap.
Jika Nuar Berahim terus membelasah pihak yang tidak bersalah, simpati rakyat akan bertambah kepada UMNO-BN, Najib-Rosmah, Utusan-TV3, Peguam Negara-PDRM dan pihak lain yang dicemuhnya tanpa bukti.
Nuar Berahim tidak perlu membawa anak isterinya terus menerus membohongi rakyat.
Nuar Berahim patut membawa anak isteri dan penyokong parti keluarganya mengambil tindakan menyaman Umi Hafilda.
Atau terus anjurkan demonstrasi atas nama reformasi untuk menegakkan keadilan dan menentang rekayasa konspirasi politik jijik.
4 comments
Tanpa Nama berkata...
Ini lagi satu spesis Bengong dan Banggang dulu kini dan selama-lamanya
Tanpa Nama berkata...
Rakyat mana yang dok panggil pompuan jalang tu selain dari umnogok. Dah tak da orang lain jalang pun jadilah
Tanpa Nama berkata...
Bila Nuar or penyokongnya nak saman Umi ha?
bila? bila?
Tuduh pompuan jalang jer tak cukup...samanla jalang tu..
Tanpa Nama berkata...
wat per kata org jalang...tak baik hina..
lebih baik jawab prsoalan yg ditimbulkan oleh umi...jawab dgn hujah yg baik..
or saman jer umi klw dia cakap tak betul..