Pengikut

Ahad, 19 Disember 2010

Nuar Berahim: Alat Politik DAP Yang Berkesan


Semakin hari semakin jelas, Nuar Berahim adalah alat dan hamba politik DAP.

Apa sahaja yang dilakukan oleh Nuar Berahim, adalah untuk mencapai cita-cita DAP.

Apakah cita-cita DAP?

1. Menghapuskan kekuatan politik UMNO

2. Meningkatkan dominasi dan ketuanan kaum China seperti Singapura.

3. Menghapuskan Perlembagaan Persekutuan yang ada untuk melenyapkan survival rakyat Peribumi

Apa yang DAP lakukan?

1. Menyerang elemen yang mengukuhkan perpaduan kaum

2. Meniup api kemarahan di kalangan kaum bukan Melayu-Bumiputera

3. Mencabar Islam, adat istiadat, budaya dan bahasa yang dijamin perlembagaan

4. Menyerang hak kaum Melayu-Bumiputara untuk timbulkan kemarahan kaum China dan India

5. Meningkatkan kesangsian terhadap sistem kehakiman, pasukan keselamatan dan jabatan kerajaan.

6. Menghasut kaum Melayu-Bumiputera supaya mencurigai kepimpinan bangsa mereka sendiri.

7. Memperalatkan parti Melayu yang lemah seperti Pas dan PKR untuk menawan kawasan bandar

8. Merencanakan aktiviti anti nasional untuk dilaksanakan oleh Pas dan PKR

9. Memesongkan persepsi generasi muda terhadap konsep demokrasi dan semangat berkongsi kuasa

10. Menggunakan proses mahkamah untuk tujuan politik.

Nuar Berahim tidak sedar bahawa dia sedang beraksi untuk memberi laluan yang mudah kepada DAP memusnahkan pegangan saham politik di tangan kaum Melayu-Bumiputera.

Nuar Berahim sebenar tiada pilihan. Untuk memusnahkan UMNO, dia perlu memusnahkan kesejahteraan dan keharmonian yang telah di capai selama ini di bawah konsep Perikatan dan Barisan Nasional.  Nuar Berahim tidak boleh menang kalau DAP kalah.

Kejayaan DS Najib mempertahankan keyakinan rakyat terhadap betapa pentingnya berkongsi kuasa di negara ini, nyata telah menggagalkan semua hasrat Nuar Berahim dan DAP.

Secara majoriti, rakyat lebih yakin dengan formula Barisan Nasional yang terbukti menjamin kehidupan yang sejahtera, muhibbah dan berkembang maju.
Nuar Berahim dan DAP akan ditolak oleh rakyat kerana kaum China dan India tidak dapat menerima sikap cauvinistik dan racist yang keterlaluan yang menjadi pegangan perjuangan DAP. Rakyat juga tidak dapat menerima PKR yang bermatlamatkan hanya untuk kepentingan peribadi Nuar Berahim. Rakyat juga selamanya tidak dapat menerima konsep perjuangan PAS yang tidak konsisten dan bermentaliti rendah dan memperalatkan bangsa dan agamanya sendiri.


Nuar Berahim tidak sedar...DAP sanggup memijak siapa sahaja apabila berkuasa

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...