Pengikut

Rabu, 29 Disember 2010

Politik Racist Bertentangan Dengan Perlembagaan Persekutuan

Politik Racist yang diamalkan oleh DAP adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

 

DAP dilihat sangat bersungguh-sungguh melaksanakan politik racist di Malaysia. Mereka telah berusaha semenjak penubuhannya sehinggalah sekarang ini. 

 

Pergaduhan kaum di Singapura dan di Malaysia yang terjadi sebelum ini adalah hasil dari provokasi yang berterusan parti itu untuk mengaut undi dan mengambilalih pemerintahan negara ini. 

 

DAP mensasarkan pengikutnya di kalangan kaum China dan India. Walaupun ditolak oleh majoriti kaum China dan India, tetapi akhir-akhir ini DAP telah berjaya menawan hati kaum China dan India sehingga mereka mula menolak MCA dan MIC.

 

Provokasi demi provokasi dimainkan yang akhirnya menyebabkan pemimpin-pemimpin parti komponen terutama MCA dilihat tidak mampu menghalang permainan jahat politik racist DAP ini. Kesannya PRU ke-12 memperlihatkan BN hampir tumbang tanpa sebab yang munasabah. Seluruh rakyat terkejut malah pemimpin pembangkang turut sama terkejut besar atas kejayaan yang tidak disangka-sangka itu.

 

Hari ini pendekatan racist ini sudah menjalar ke dalam batang tubuh dan jiwa perjuangan Pas yang juga merupakan parti Melayu. Ironinya Pas sanggup mengenepikan istilah perjuangan bangsa Melayu dengan menghukum sebagai bukan dari ajaran Islam. Dan Pas sanggup pula melupakan slogan negara Islam dan hudud, semata-mata ingin menjayakan politik racist DAP.

 

Peranan Nuar Berahim juga sama. Dia menggunakan sentimen perkauman untuk memancing undi. Bangsa Melayu dihina tetapi kaum China dan India dijanjikan bulan dan bintang. Permainan racist ini dilihat senjata terakhir bekas banduan ini sebelum kemungkinan dia melangkah untuk menghuni Sungai Buluh sekali lagi.

 

Malaysia dan rakyat sedang bergerak maju ke hadapan. Konsep BN kini dimantapkan lagi dengan gagasan 1Malaysia.

 

Pasti DAP akan menggerakkan seluruh kepakaran provokasinya mentafsir  1Malaysia sebagai racist walaupun rakyat mentertawakan pendekatan lapuknya itu.


Baca seterusnya:

Politik rasis tidak berjaya di Malaysia


KUALA LUMPUR 28 Dis. - Propaganda politik yang menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan daripada rakyat oleh pembangkang sekarang sudah dirancang dengan teliti namun ia tidak akan berkesan di negara ini.

Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, pembangkang sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu kerana mereka berduit serta mendapatkan khidmat nasihat pakar strategi dari luar negara.

"Namun kita lihat amalan politik rasis di Malaysia hanya berani disuarakan di tempat-tempat tertentu seperti di Parlimen atau ceramah tertutup kerana pelakunya takut dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya percaya kita tidak mudah terpengaruh dengan permainan politik perkauman kerana memiliki kewarasan yang tinggi dan seterusnya tidak menjejaskan hubungan baik antara semua kaum di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin yang mahu para pemimpin pembangkang menghentikan segera propaganda politik mereka dengan menggunakan isu perkauman bagi meraih sokongan daripada rakyat.

"Pembangkang hanya berani bercakap di dalam Parlimen kerana mereka tahu memiliki imuniti namun untuk bercakap di luar secara terbuka, ia adalah sesuatu yang mustahil," ujarnya.
Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, politik rasis hanya merupakan permainan politik murahan yang dilakukan oleh pihak yang terdesak untuk menagih sokongan.

"Memang kerja pembangkang untuk menarik perhatian rakyat termasuk menggunakan isu perkauman walaupun tahu tidak akan berhasil bagi mempengaruhi mereka kerana majoritinya cintakan keamanan.

"Saya puji rakyat Malaysia kerana tidak terpengaruh dengan permainan politik murahan seperti itu dan juga keharmonian semua kaum jelas langsung tidak tergugat," ujarnya.

1 ulasan:

Wake UP! berkata...

Alat kuasa asing dan ejen kuasa asing seperti pembangkang mestilah dapat bantuan dari luar negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...