Pengikut

Rabu, 6 Oktober 2010

Pas beri plastik pembungkus gula-gula kepada masyarakat Orang Asli Kelantan



kemudahan pendidikan yang sudahpun dilaksanakan
untuk Masyarakat Orang Asli seluruh negaraSumber: harakahdaily
Mohd Nor Yahya   

KOTA BHARU, 5 Okt: (Antara maksud berita yang boleh difahami...) Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti.

Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, berharap kerajaan Kelantan lebih peka tentang permasalahan masyarakat Orang Asli terutamanya berkaitan dengan masalah pemilikan tanah. Beliau juga memberitahu, setakat ini seramai 240 Orang Asli hanya dimasukkan dalam senarai sahaja tetapi bukan sebagai peserta Ladang Rakyat

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri....

Di Selangor Pas cuba menggula-gulakan rakyat dengan mengumumkan bantuan buku teks percuma kepada sekolah agama rakyat yang bernilai RM 2.3 juta tetapi rakyat tahu kerajaan UMNO-BN sudah lama melaksanakan dasar buku teks percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Mengikut portal berita Malaysiakini, Pada tahun 2009 sahaja nilai bantuan buku teks kepada rakyat seluruh negara berjumlah RM 180 juta.

Di Kelantan, Pas cuba pula menggula-gulakan rakyat dengan mengumumkan seramai 240 Orang Asli sudah diambil nama mereka dan dimasukkan ke dalam senarai walaupun bukan sebagai peserta ladang rakyat.

Hakikatnya Kerajaan UMNO-BN sudahpun melaksanakan berbagai-bagai program untuk masyarakat Orang Asli seluruh negara yang berjumlah 141,230 orang.

Kedudukan Sosioekonomi sebahagian besar masyarakat Orang Asli sudah meningkat dalam berbagai bidang kehidupan. Dari segi taburan pula  hanya 36.9% masih memilih untuk tinggal di kawasan pendalaman, manakala Kerajaan UMNO-BN sudahpun berjaya membawa 62.4% tinggal di kawasan pinggir dan 0.7% sudahhpun bermastautin di kawasan bandar.

Bagi menggalakkan kemajuan dan pembangunan masyarakat Orang Asli, Kerajaan UMNO-BN yang kini diterajui oleh YAB DS Najib akan terus berusaha berpandukan kepada garis panduan-garis panduan penting sedia ada seperti berikut:-
  1. Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (disemak 1974)
  2. Dasar Pentadbiran Orang Asli 1961
  3. Keputusan Jemaah Menteri 1977 Mengenai Rancangan Mengumpulkan Masyarakat Orang Asli yang  tinggal berselerak di bawah Rancangan Pengumpulan Semula (RPS)
  4. Panduan tugas pembangunan Orang Asli dalam masyarakat moden 1978




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...