Pengikut

Ahad, 10 Oktober 2010

Pas Paksa Rakyat Tutup Mata Dengan Isu Nasional


Harapan BN sangat cerah...Pas semakin gelisah...

Pas amat gementar jika rakyat memikirkan kelemahan dan penyelewengan selama 20 tahun
PAS mula guna isu nasional di Galas mainkan emosi pengundi untuk elak mereka dari memikirkan kelemahan PAS di Kelantan.

Sumber: taipingmali: isu nasional mula dimainkan oleh pas

Tadi dalam satu majlis kenduri kahwin, telinga TM merekodkan beberapa perkara apa yang telah dibangkitkan oleh seorang pro pembangkang. TM yakin orang yang bercakap tu ialah orang Pas. Antara isi yang disuarakannya ialah;

Kalau buat pilihanraya akan memakan belanja yang besar, Umno akan belanjakan separuh dan separuh lagi masuk poket.
  1. Kerajaan Malaysia belanja duit ke arah lain. Lihat kelengkapan ketenteraan, kita kalah dengan Singapore. Kita pakai M16 depa dah tak pakai. depa pakai yang canggih.
  2. Beli kapal selam tak boleh selam, dok atas darat sahaja.
  3. Beli kapal terbang jet semuanya yang buruk, macam mana nak lawan dengan Singapore.
  4. Malaysia 53 tahun Umno pegang duit rendah nilai banding dengan Singapore. 
  5. Kita ada ladang sawit, ada minyak , ada gas tapi kita kalah dengan Singapore, depa tak ada apa tapi depa kaya dari kita.
  6. dll
Lepas selesai makan Tm angkat kaki...

Pas mengatur strategi membuka gelanggang PRK DUN Galas dengan memainkan isu nasional.

Motifnya mudah sahaja, supaya BN terperangkap dan hanyut sama dengan menjawap atau bermain dengan isu nasional juga.

Percaturan strategi kempen Pas amat jelas. Mereka amat takut kerana gerakan Gelombang Rakyat Kelantan menolak Pas sedang bergelora. Isu penyelewengan pemerintahan Pas Kelantan terlalu banyak. Kelemahan pentadbiran dan masalah hasil bumi masuk ke poket kroni Pas sudah diketahui umum.

Kerana itulah awal-awal lagi Pas amat bimbang jika BN menjanjikan program pembangunan untuk kawasan Gua Musang. Kalau ini yang dilakukan oleh BN, pasti pengundi akan nampak kawasan mereka terbiar. Kalau adapun pembangunan, itu adalah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat.

Permerhatian selama seminggu yang lepas yang kita buat di surau-surau di Kelantan, mendapati hampir setiap hari seluruh rakyat Kelantan berbual mengenai penggondolan tanah rakyat, perompakan kayu balak rakyat, penyediaan air berkarat untuk rakyat, ketiadaan kemudahan asas untuk rakyat, jalan berlubang dan rosak teruk,  usaha Pas merampas duit Petronas dari disampaikan terus kepada rakyat, amalan kronisme dan nepotisme serta peristiwa memalukan Nik Aziz ke Mekah saban tahun menggunakan duit rasuah.

BN tidak perlu terjebak dan bermain di atas papan catur yang disediakan oleh Pas ini. Tidak perlu.

BN mesti menumpukan 100% kepada isu tempatan kerana lebih dekat dan relevan dengan pengundi. Program dan aktiviti popular tidak diperlukan sangat. Cukup diakan hanya untuk tujuan perang psikologi sahaja.

Yang penting bertemu bersemuka dengan sebanyak mungkin pengundi.
BN perlu sedar bahawa gerakan Gelombang Rakyat Kelantan menolak Pas sudah bermula dan semakin ketara. BN hanya perlu membantu gelombang ini supaya terus bergelora sehingga PRU ke-13.

Pas guna isu nasional untuk alih pemikiran pengundi dari memikirkan kelemahan dan penyelewengan Pas di Kelantan selama 20 tahun.

Rakyat telah insaf bahawa Pas mensia-siakan mandat mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...