Pengikut

Jumaat, 18 Februari 2011

Jenderal Reformasi dan Bapak Konspirator Sedang Betarung Kerana Punggung!


Para peguam tersohor kenalah mainkan peranan dan kepakaran untuk menyelamatkan Nuar Berahim, bekas banduan yang memilih untuk dibicarakan atas dakwaan yang berkaitan dengan punggung.

Karpal dan barisan peguambela cari helah dari segi teknikal untuk pekena saksi yang disoal. kalau boleh mereka nak celarukan seberapa banyak bukti, kesilapan kenyataan dan sebagainya.

Sebelum ini mereka sudah gunakan sepenuhnya taktik melengah-lengahkan perbicaraan, mempermain-mainkan tugas Hakim malah cuba menendang Hakim keluar dari menjalankan tugasnya.

Perbicaraan hari ini berkisar pada carta yang  dikemukan oleh pihak pendakwaan semalam. Ianya telah disediakan oleh Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong. Carta yang digunakan untuk ujian sample DNA itu dikemukakan sebagai bahan bukti dan Dr. Seah telah menjelaskan peralatan yang telah digunakan dalam menjalani ujian tersebut.


Karpal pula tak puas hati dan terus membantah tindakan pihak pendakwaan yang mahu menjadikan carta itu sebagai bukt dengan alasan carta yang dijanakan oleh Komputer itu berkemungkinan silap kerana tidak tidak berfungsi dengan baik. Dengan tenang Dr. Seah menafikan perkara tersebut dan menyatakan bahawa beliau berkelayakan menggunakan perisian tersebut untuk menjalankan analisis genetik.

Akhirnya Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah telah membenarkan carta berkenaan dikemukan sebagai bukti.

Selepas ini tentu pihak pembela akan mencari ruang untuk mempertikaikan bahan bukti atau kredibiliti saksi dengan harapan Nuar Berahim dapat dioselamatkan.

Apapun, ramai pemimpin Pas dan DAP serta PKR sendiri yang memang mengetahui kisah sebenar kes liwat kedia yang sedang dihadapi oleh Nuar Berahim. Mereka juga berharap team peguambela dapat menyelamatkan Nuar Berahim, kalau boleh. 

Kalau tak boleh mereka juga tak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Jenderal Reformasi dan Bapak Konspirasi yang terpaksa bertarung dengan masalah yang berkaitan dengan punggung.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selalunya pasal lubang (wanita lah..)banyak negarawan ter singkir..tapi hak yg ni koman sungguh..pasal lubang juboq...kesian aku tengok kan manusia ni..kesian sungguh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...