Pengikut

Khamis, 28 April 2011

Nak Bercakap Benar Pun Susah Jika Berada Dalam Gerombolan Pakatan Pembangkang


Ustaz Harun Din tahu bahawa Islam itu agama yang benar. Islam membawa kebenaran untuk mencegah yang bathil.


Walaupun Ustaz Harun Din menyertai parti politik, tetapi beliau sedaya mungkin mempertahankan kebenaran kerana beliau juga tahu bahawa pendekatan politik dan dan pendekatan agama adalah dua perkara yang berlainan.


Berurusan secara politik tanpa diawasi oleh agama akan membawa kepada kebathilan. Manakala berurusan secara agama akan menyelamatkan manusia dunia dan akhirat.


Apabila Ustaz Harun Din berkata:

"jangan baca akhbar yang membawa berita fitnah sebab hukumnya haram"
Semasa melafaskan kata-kata tersebut, beliau tidak langsung terfikir untuk menyatakan perkara yang tidak benar. Apa yang diluahkannya adalah benar berlandaskan al-Quran, hadith dan ijmak. 


Tidak ada mana-mana pihak yang beriman kepada ajaran agama Islam boleh menyangkal kebenaran kata-kata itu. Malah selain beliau, ramai lagi ustaz-ustaz dan ulamak bukan politik yang menyeru kepada perkara kebenaran yang sama.


Tetapi malangnya Ustaz Harun tersilap kerana menyertai parti Gerombolan Pakatan Pembangkang. Akibatnya kata-kata beliau diubah dan dijadikan "tidak benar" dan terpaksalah dinafikan sekeras-kerasnya.

PKR yang berurusan secara politik, telah memetik kenyataan Harun Din tersebut dengan mengubahnya menjadi:

"JANGAN BACA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA YANG MENYEBAR FITNAH"
Maka penafian terpaksa dibuat oleh Harun Din kerana kata-katanya yang mengandungi kebenaran berlandaskan Islam telah dicemari dengan ubahsuai yang berlandaskan matlamat politik.


Inilah antara risiko dan cabaran yang perlu dihadapi oleh Harun Din dan ustaz-ustaz lain yang mukhlisin. 


Sumber: Taiping Mali

KUALA LUMPUR 27 April - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 

Menurutnya, beliau juga tidak pernah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli Utusan Malaysia dengan alasan ia menyebarkan fitnah seperti dilaporkan akhbar berkenaan semalam. 

"Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan. 

"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita. 

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah. 

Dalam pada itu, beliau masih lagi memikirkan tindakan sewajarnya yang akan diambil ke atas Suara Keadilan ekoran 'kesilapan' laporan berkenaan. 

"Saya dihujani panggilan dan khidmat pesanan ringkas pelbagai pihak hari ini akibat kesilapan laporan itu tetapi tengok dahulu keadaan sehingga minggu hadapan (untuk mengambil tindakan ke atas Suara Keadilan)," jelasnya

2 ulasan:

CUCU TOK WAN berkata...

salam...

blog tuan telah pun dipautkan dengan the flying kick. terima kasih

nonbal berkata...

Itulah dilema bila menyertai politik terutama menyertai parti pembangkang. Ularmak PAS dah lama bergelumang dengan cakap 'politik' ini. Cakap politik bagi mereka ialah mengeluarkan pandangan mengikut anutan politik, walau terpaksa melawan arus atau menafi kebenaran nas.
caranya ialah, ambil mana-2 nas yang berkaitan untuk mendakwa atau menafi sesuatu kebenaran dgn meninggalkan atau menyorok nas yang lain.
Kalau kena pada kita, tak boleh nafi, cuba ringankan seboleh mungkin. Kalau kena pada lawan, maka cari nas yang paling kuat kalau ada, kalau tiada cuba beratkan lagi dengan ilmu kita yang telah kita pelajari (lesen ustaz). Kalau masih tak boleh, putar cerita supaya kesalahan akan berbalik pada pihak lawan atau dengan kata lain, salahkan lawan kita.
Itulah ciri-ciri politik PAS selama ini yang menyebabkan kekalahan mereka menjadikan mereka sangat benci pada lawan serta menyalahkan sesiapa saja dan kemenangan menjadi sebagai satu fitnah besar kepada mereka. Bagi mereka menang kalah ditangan pengundi, Tiada kuasa yang boleh memenangkan mereka selain pengundi. Kuasa Allah, umpama tiada di dalam kamus politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...