Pengikut

Selasa, 18 Januari 2011

Janji 100 Hari Yang Menyeramkam..Tapi apa nak buat, dah terlanjur cakap!


Tanhniah YAB Dato' Seri Najib, PM kita yang berjaya menerangkan konsep 1Malaysia. Kini difahami dan diterima serta sedang dinikmati hasilnya oleh Rakyat.

Pakatan Pembangkang dilihat sangat gusar kerana sudah terlanjur mengumumkan tawaran 100 hari yang dianggap Rakyat sebagai umpan dan sogokan untuk mendapatkan undi sahaja. Persepsi Rakyat dilihat selari dengan tanggapan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan tawaran itu sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar. 

Apabila DS najib memberikan reaksi yang pantas dan tegas, seluruh pemimpin Pakatan Pembangkang menjadi  menggelabah dan mulalah mereka  memutarbelitkan jawapan dan alasan yang tidak munasabah. Kekusutan ini bertambah teruk apabila Dato' Seri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan Program  100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat sebagai satu pembohongan besar yang bertujuan menipu rakyat.

Seluruh Rakyat Malaysia melihat tawaran 100 hari Pakatan Pembangkang itu sebagai cubaan memperbodohkan rakyat. Bukan sahaja tawaran itu tidak masuk akal tetapi juga cuba  menafikan kejayaan Rakyat selama ini yang berjaya menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan efisyen

Rakyat pelbagai kaum menganggap tawaran itu sebagai lucu dan sekadar umpan untuk menarik pengundi. Tawaran itu dilihat tidak lebih dari retorik warna-warni dengan bermacam-macam tawaran istimewa tanpa membuat perkiraan betul terutama dari segi kewangan. Apatahlagi Pakatan Pembangkang tidak mempunyai pengalaman mengepalai Kerajaan Pusat yang cukup mahir membuat kajian, penelitian dan kesan tempoh masa panjang bagi sesuatu keputusan.

Jika diteliti, tawaran 100 hari yang dicanangkan itu, sangat tidak masuk akal kerana matlamat sebenarnya bukan seperti yang tercatat tetapi lebih kepada menggula-gula perasaan dan emosi rakyat. Hakikat sebenarnya tawaran itu adalah tin kosong yang mustahil dilaksanakan dengan berkesan.

1. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) supaya rakyat mendapat hak dan boleh melakukan apa sahaja mengikut kehendak hati mereka atau kumpulan parti masing-masing. Menyekat kehendak rakyat bermakna menyekat demokrasi dan mewujudkan ketidakadilan.

2. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar tol lebuhraya supaya rakyat menggunakan lebuhraya secara percuma.

3. Merombak struktur subsidi negara supaya rakyat mendapat subsidi sepenuhnya dan perbelanjaan hidup ditanggung oleh kerajaan.

4. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan memberikan rasuah RM500 sebulan setiap seorang.

5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air diuruskan sendiri oleh rakyat.

6. Menyediakan perkhidmatan internet percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar bagi menggantikan perkhidmatan dan kemudahan komputer dan internet yang sedang dinikmati oleh rakyat sekarang ini.

7. Membatalkan Felda Plantations dan menyerahkannya kepada rakyat untuk diuruskan sendiri dan segala keuntungannya dikongsi bersama di kalangan rakyat sendiri.

8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20% atau menyerahkan terus pengurusan minyak kepada rakyat. Hasil minyak terus diserahkan kepada rakyat tanpa melalui mana-mana pihak.

9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman atau menyerahkan terus urusan  penghakiman kepada rakyat supaya lebih telus dan adil berpaksikan konsep Keadilan Rakyat.  

10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.

DS Najib amat bijak dan ikhlas bila menyatakan:


"Biarlah rakyat membuat penilaian"

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...