Pengikut

Ahad, 2 Januari 2011

Pas Setuju Gaji Lumayan Pemimpin Adalah Untuk Rakyat


Hafal ayat-ayat Allah jatuh nombor dua. Kualifikasi akademik jatuh nombor sepuluh.
Tapi kemahiran retorik jatuh nombor satu kalau nak pegang jawatan dalam Pas.

Tetapi Ketua Penerangan Pas Pusat memiliki kemahiran tambahan iaitu kemahiran berbohong dan putar-belit fakta dan maklumat. Berani juga mengenepikan ajaran Islam Adden untuk mengembangkan fahaman Islam Politik yang menghalalkan segala-galanya. Maka kemahiran retorik menjadi sangat relevan dalam menggerakkan politik Pas.

Sumber: Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS berpandangan ucapan Datuk Seri Najib Razak sempena tahun baru 2011 satu pemikiran ke belakang bukan ke hadapan walaupun beliau ini terkenal dengan slogan retorik, namun dalam tindakan beliau masih berfikiran sempit seolah-olah negara ini hanya boleh ditadbir oleh BN sahaja.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata demikian sebagai mengulas gesaan Perdana Menteri itu supaya rakyat jangan membuat ekperimen dalam politik untuk menukar kerajaan yang sedia ada, kerana ia akan mendatangkan masalah kepada rakyat pada masa akan datang.

“PAS hendak mengingatkan kepada Datuk Seri Najib, tugas pemimpin ialah berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.

“Gaji yang sudah lumayan diberikan kepada kepada pemimpin negara adalah wajar dibalas balik dengan merangka strategi untuk kebaikan rakyat bukan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, PAS berpendapat rakyat yang membuat eksperimen untuk menukar kerajaan negeri dalam Pilihanraya Umum 2008 dahulu adalah tepat.


Pandangan Ustaz Idris yang terkenal dengan minda kelas rendah bertaraf tadika PASTI ini sangatlah benar dan bertepatan sekali. Sangat sesuai pula dengan kedatangan Tahun Baru 2011 di mana Rakyat Malaysia sudah bersedia untuk bergerak lebih jauh ke hadapan bersama UMNO-BN yang disayangi rakyat.

Kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat dapat diukur dengan banyaknya program-program kebajikan untuk rakyat seperti yang dinikmati selama hampir lebih 50 tahun di bawah pemerintahan UMNO-BN. Dengan gaji yang dibayar, pemimpin-pemimpin UMNO-BN berjaya membawa negara dan seluruh rakyat menikmati kehidupan yang selesa dan berkembang maju dalam negara yang mereka cintai ini.

Berbeza dengan pemimpin pembangkang yang juga dibayar dengan wang rakyat, hanya mampu menyalak dan berdemonstrasi di Parlimen dan di Mesjid Negara mencemarkan kesucian tempat ibadat serta mendatangkan kesusuhan kepada rakat yang berniaga dan kesesakan jalanraya.

Rakyat berbilang kaum yang terdiri daripada kaum China, India, Pribumi dan lain-lain terus menerus menikmati pelbagai kebajikan. Mereka dapat memajukan diri dan keluarga dalam semua bidang termasuk pendidikan, kerjaya, agama dan siosial.

Kesemua ini telah dilakukan oleh Rakayt bersama UMNO-BN dan Pas hanya mampu menabur janji demi janji yang disulami dengan mengajak rakyat membenci kerajaan yang tidak pernah bersalah kepada rakyat. 


Ustaz Idris lupa bahawa Pas telah diberi peluang memerintah Kelantan, selama lebih 20 tahun, tetapi  rakyat semakin susah, menghadapi dan terpaksa menjalani tekanan hidup yang teruk, ketidakpastian, dan peluang pekerjaan yang tidak pernah wujud melainkan hanya kerjaya sebagai penceramah politik di Yayasan Islam Kelantan yang menggunakan wang rakyat.

Hasil balak terus dilesapkan. Tanah bukit semakin gondol. Air minum untuk rakyat semakin berkarat. Kemudahan asas terpaksa dibantu oleh Kerajaan Pusat. Gaji yang dibayar oleh rakyat kepada pemimpin Pas hanyalah untuk mereka menambah kekayaan peribadi dan menabur janji demi janji dengan berbagai-bagai retorik.

Seruan DS Najib amat tepat kerana sudah tiba masanya Rakyat terus bersama UMNO-BN untuk mengekalkan dan meneruskan nikmat pencapaian yang semakin mencabar di era globalisasi ini. Kejayaan UMNO-BN meneraju negara adalah Kejayaan Rakyat yang tidak terpengaruh dengan retorik.

Terpengaruh dengan hasutan Pakatan Pembangkang bermakna Rakyat diajak berundur jauh ke belakang di samping tidak mensyukuri nikmat Allah yang limpahkan kepada seluruh rakyat negara ini. 

Ustaz Idris masih bermain retorik dan terbelenggu dengan isu kenaikan 5 sen harga barang dan dengan modal itu mengajak rakyat berekperimen menumbangkan UMNO-BN. Hasutan Idris samalah dengan mengajak Rakyat meruntuhkan kejayaan yang telah mereka capai selama ini. 

Idris selalu lupa bahawa kejayaan Malaysia selama ini adalah kejayaan Rakyat yang sudahpun berjaya menikmati ewkperimen yang telah lama mereka lakukan. Masa kini adalah masa untuk mengukuh dan menambahbaik hasil ekperimenn yang sudah teruji sangat baik untuk dinikmati rakyat pelbagai kaum dan agama dinegara kita.

Saranan Idris sudah terlambat dan ketinggalan zaman.

Maka apa yang masih tinggal untuk Idris dan Pas ialah retorik dan retorik untuk terus hidupkan Parti Melayu Islam Pas supaya DAP terus dapat memiliki haiwan tunggangan yang setia.

BM hendak berpesan kepada Idris, Ketua Penerangan Pas Pusat, sudah cukuplah mengkhianat ajaran Islam janganlah ugut rakyat, mereka sudah mempunyai jiwa merdeka dan tahu beza mana kerajaan yang amanah dan mana partai politik yang anti nasional dan yang musuh kejayaan rakyat.

1 ulasan:

Wake UP! berkata...

Banjir di Kedah dulu awatnya Menteri Besar Kedah dari PAS tak buat apa-apa pun.

Korbankanlah gaji sebagai Menteri Besar untuk bantu rakyat.

MB Kelantan pun patut sedekahkan gaji untuk perluaskan dan menambah jalan di Kota Bharu.

Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...