Pengikut

Sabtu, 22 Januari 2011

SPR Berfikiran Macam Budak-budak Tadika PASTI!

...salah seorang pengikut parti pimpinan ulamak ..

Menurut seorang pengikut kepimpinan ulamak, Sdra Suhaizan Kayat, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Parti Melayu Islam Pas, bahawa SPR berfikiran seperti budak-budak.

Sebabnya SPR melarang parti yang tidak bertanding di Tenang menggantung poster dan gambar pemimpin mereka, berpandukan 24B(4) Akta Kesalahan Pilihanraya.

Pandangan ini menyedarkan kita bahawa rupa-rupanya tidak wujud kesedaran dan kematangan berpoltik di kalangan pemimpin parti pembangkang. Termasuklah parti yang kononnya dipimpin oleh para ulamak.

Rakyat faham bahawa setakat ini yang akan bertanding di Tenang adalah parti yang sudah sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan iaitu  Barisan Nasional (BN)  dan PAS.

Kedua-dua parti ini layaklah mengemukakan bahan-bahan kempen seperti memasang bendera, kain rentang, mengedarkan manifesto dan bahan-bahan cetakan. Tujuannya supaya pengundi mendapat maklumat dan membantu mereka membuat keputusan.


Walaupun sebahagian besar pengundi di Tenang sudahpun membuat keputusan untuk menyingkirkan Pas dalam PRK ini, tetapi Pas masih mempunyai hak untuk berkempen, merayu undi, bertemu pengundi dan apa sahaja yang dibolehkan mengukut aturan dan peraturan pilihanraya. Semua ketetapan ini adalah sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia yang harus dipatuhi.

Sebaliknya mengikut pemikiran Suhaizan Kayat, parti yang tidak bertanding juga harus diberi hak memasang bendera, logo dan gambar pemimpin parti mereka. 


Masyarakat di DUN Tenang tentu berasa pelik dan janggal kerana mereka tahu yang bertanding adalah parti Pas. Mengapa pula bendera, logo dan gambar pemimpin parti lain turut di pasang sama.

Ramai yang mengatakan kemungkinan Pas tidak yakin pada dirinya sendiri dan ada juga yang membuat kesimpulan bahawa Pakatan Pembangkan yang masih berstatus haram itu sememangnya berminat melanggar Perlembagaan Negara.

Kalau mengikut tahap kecerdikan dan IQ Suhaizan Ketua Dewan Penerangan Pemuda Pas Pusat itu, dia menyatakan bahawa PRK DUN Tenang bukan hendak melantik pengawas sekolah tetapi memilih Wakil Rakyat yang akan menjadi penggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri.

Aduh! Teruknya tahap mentaliti Ketua Penerangan Parti pimpinan ulamak ini. 

Dia mencadangkan bahawa untuk melantik bakal penggubal undang-undang hendaklah dengan cara melanggar undang-undang!.

Dari satu sudut, kelihatan Pas yang kononnya dipimpin oleh ulamak, berasa amat tertekan untuk menghadapi BN di Tenang. Mereka cuma ada isu kenaikan harga barang untuk dimanipulasikan. Selebihnya terpaksa merekacipta dongengan dan retorik yang bertujuan menaikkan emosi dan perasaan benci kepaqda kerajaan yang tidak bersalah malah sangat disayangi rakyat.

Pas tidak ada modal pembangunan untuk rakyat. Pas tidak ada rekod membela kebajikan rakyat. Pas tidak ada masa depan yang boleh meyakinkan rakyat.

Yang ada pada Pas sekarang adalah slogan dan retorik yang hanya dapat dijamu kepada rakyat melalui ceramah dan kempen semata-mata. Dengan lain perkataan Pas hanya boleh bercakap dan terus bercakap untuk mempromosikan dakyat dan pembohongannya.

Pas mahu pengundi PRK DUN Tenang berasa kagum dengan partinya melalui bendera yang banyak digantung di merata tempat. Pas mahu dilihat juara rakyat dengan menggantung logo parti dan gambar-gambar pemimpin yang tidak relevan dengan rakyat. 

Pas mahu pengundi terpedaya dengan bendera dan kain rentang mereka untuk mengalahkan UMNO-BN yang  banyak berjasa kepada seluruh rakyat Malaysia selama ini.

Pandangan Suhaizan Kayat sangat memalukan parti kepiminan ulamat ini kerana bertentangan sama sekali dengan peristiwa yang berlaku di Selangor sedikit masa lalu.

Di Selangor logo 1Malaysia tak pasal-pasal diharamkan oleh Pakatan Pembangkang. Tetapi menghalalkan bendera Pakatan yang masih haram di Tenang.

Jika berterusan pemikiran yang lebih rendah dari tahap tadika PASTI, maka lebih senanglah Pengundi membuat keputusan.

Jika ini berlaku, serasilah dengan kata-kata YAB Dato' Seri Najib "Biarlah rakyat yang membuat penilaian"  

Jika anda minat membaca tentang Cikgu Mala Tenang

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...