Pengikut

Jumaat, 3 September 2010

Najib Semakin Berjaya

KUALA LUMPUR, 2 Sept: PAS Pusat hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan fitnah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin terhadap parti itu.

Ianya ekoran kenyataan Zainuddin sebelum ini yang mendakwa PAS meminta Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969, manakala ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat Pas" bersama umno-online dan kemudiannya disiar akhbar Utusan Malaysia pada 30 Ogos lalu dengan tajuk 'PAS parti ekstrem'.

Laporan polis hari ini dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad di Balai Polis Chow Kit, Lorong Haji Taib di sini kira-kira jam 3 petang ini.

Jelaslah gerakan yang telah dilakukan oleh Najib, Muhyiddin dan Pahlawan-Pahlwan UMNO telah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Gerakan penerangan dan pendedahan demi pendedahan kepada rakyat, menyebabkan PAS seperti cacing kepanasan. Keberkesanan tindakan dan strategi Pahlawan-Pahlawan UMNO menyebabkan PAS hilang akal dan berkeliaran mencari idea untuk bertindakbalas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad mengakui bahawa pendedahan dan penerangan yang dibuat oleh Zainuddin itu sangat serius dan yakin ianya amat berkesan untuk menghilangkan kepercayaan orang bukan Melayu kepada parti PAS walaupun PAS telah menunjukkan kesetiaan yang amat tinggi menyanjung parti DAP sebelum ini.

"Tujuan dia tidak lain tidak bukan supaya nak menghilangkan keyakinan orang bukan Melayu yang sekarang ini memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat".

Kenyataan Idris di atas amat jelas menggambarkan betapa mengelabahnya mereka kerana risau masyarakat China tidak mahu lagi menyokong parti PAS sedangkan survival PAS amat bergantung kepada permainan politik kaum China yang di imamkan oleh DAP.

Juga jelas membuktikan PAS sudah terdesak kerana takut kehilangan sokongan masyarakat China sehingga bertindak menggunakan saluran undang-undang walaupun mereka tahu sokongan masyarakat China kepada PAS hanyalah mainan politik cauvinist dan menjadikan PAS hanya alat dan haiwan tunggangan kaum itu semata-mata.

PAS tahu mereka sudah pun terdesak kerana mereka sekarang mengalami kehilangan sokongan terutama di kalangan Melayu yang agak cerdik dan ada maklumat. Penyokong mereka semakin keliru, tidak faham dan mula memikirkan semula kesalahan dan penyelewengan dalam arah tuju politik murahan PAS.

Gerakan PAS seperti sudah tidak dapat untuk mengawal keadaan dan orang bukan Melayu juga tidak sebegitu rendah pemikiran mereka untuk diperbudak-budakkan oleh PAS sebagaimana mereka memperbodohkan pengikut-pengikut mereka selama ini. Dengan pendedahan Zainuddin itu akan menambahkan lagi keraguan orang bukan Melayu terhadap PAS yang sememangnya mereka tahu tidak ada suatu jasa baktipun kepada mereka selama ini. Dengan menggunakan pemikiran yang rasional masyarakat China lebih meyakini UMNO-BN kerana terlalu banyak bukti dan jasa bakti yang tidak ternilai.

Idris menggunakan saluran undang-undang untuk menyekat lebih banyak pendedahan yang akan dibuat selepas ini. Idris cuba membawa pergerakan PAS mengundur ke belakang kerana menggunakan pendekatan  yang 'sudah ketinggalan zaman' iaitu berpolitik di dalam mahkamah. Idris sepatutnya berhentilah dari menjawat Ketua Penerangan kerana tidak mampu menentang hujah pihak lain di arena politik.

"Tan Sri Zainuddin ini sudah tua. Politik yang dia mainkan tu politik 60-an dan rakyat yang boleh akses maklumat sudah tahu maklumat sebenar. Zaman dia sudah berlalu dan dia tidak sepatutnya keluarkan kenyataan begini," katan Idris lagi.

Kenyataan di atas menjelaskan bahawa Idris amat takut dan ketandusaan idea untuk menghadapi kebenaran dan maklumat yang sudahpun terakam dalam sejarah tanahair kita. Idris sedar pada zaman ini PAS hanya boleh menipu rakyat hanya untuk sehari dua sahaja, tetapi selepas itu segala pembohongan, kepalsuan, penyelewengan fakta PAS akan terbongkar, kerana maklumat masakini berada di hujung jari rakyat. Idris tidak dapat menerima hakikat bahawa dasar kerajaan selama ini telah berjaya membawa kemajuan kepada negara dan rakyat dalam semua bidang. Rakyat tidak mudah dikelentong oleh ustaz-ustaz yang bermentaliti tahap Tadika Pasti .

PAS sebelum ini memberi tempoh tiga hari bermula 30 Ogos lalu kepada Zainuddin agar beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut tetapi tidak mendapat layanan dan tidak dihiraukan kerana fakta sejarah tidak pernah menipu manusia, kecuali manusia yang ditarbiyyah oleh ajaran PAS yang anti roh Islam.

Najib, Muhyiddin dan Pahlawan-Pahlawan UMNO..
teruskan...teruskan...
menyekat kebodohan ajaran PAS adalah tugas kita bersama..
selamatkan ummah...selamatkan rakyat...
selamatkan kuasa politik kita..
...untuk agama bangsa dan tanahair.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...