Pengikut

Rabu, 29 September 2010

Wahai Kerajaan Malaysia, Hormatilah Mandat Rakyat!


Walaupun Partai Islam Semalaysia (PAS), PKR dan DAP akan menyokong perbuatan menghina agama Islam ini, umat Islam dan Nabi Muhammad, tetapi seluruh Rakyat Malaysia tetap menolaknya.

Sumber: alehkayong.blogspot.com/

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diarah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat tindakan seorang paderi yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ceramah yang dimuat naik ke dalam laman web Youtube itu merupakan satu tindakan biadap dan boleh mengugat keharmonian negara.
Beliau yang berang dengan perbuatan itu turut meminta PDRM merujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk merangka tindakan boleh diambil terhadap paderi terbabit.

"Bagi penyiaran ceramah dalam laman YouTube, kita menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada SKMM.
"Jika benar, hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan kepada paderi itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Negara kita Malaysia dibina atas Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.
Tidak ada siapapun yang boleh bertindak bebas dengan apa cara sekalipun.

Paderi Kristian boleh mengamalkan ajaran Kristian tetapi tidak boleh menghina agama lain.
Pendakwah Islam sebagai agama rasmi Persekutuan boleh mengamalkan ajaran Islam tetapi tidak boleh menghina agama lain dengan apa cara sekalipun. Begitu juga dengan agama-agama dan sistem kepercayaan yang lain.

Kepercayaan kepada agama adalah Rukun Negara pertama yang diterapkan untuk menjadi panduan kepada seluruh rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan. Rukun ini dengan sendirinya meletakkan taraf warganegara Malaysia sebagai kelompok manusia yang bertamadun, mempunyai sistem kepercaan, bebas menjaga hak peribadi dan hak orang lain serta bergerak maju dalam rukun hidup yang selamat, teratur dan dipandu oleh nilai-nilai murni.

Kerajaan yang diberi mandat oleh Rakyat untuk memerintah adalah juga bertanggungjawa penuh memelihara
keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang ini. Membiarkan Perlembagan dan undang diceroboh sesuka hati membawa maksud kerajaan gagal dalam pemerintahannya dan rakyat perlu menyoalnya kembali.

Dalam kes Paderi Benjamin Stephen yang mencerca agama Islam, umat Islam dan Nabi Muhammad, jelas beliau telah dengan sengaja dan dalam keadaan sedar melakukannya di hadapan orang ramai dalam sebuah gereja Kristian. Paderi berkenaan tidak mempunyai sebab untuk melakukannya jika prinsip-prinsip kesucian beragama diambilkira. Paderi Benjamin Stephen gagal mempromosikan agama Kristian sebagai agama yang didakwa oleh penganut Kristian yang lain sebagai agama yang baik.

Kerajaan tidak perlu berasa sangsi untuk mengambil tindakan kerana ini bukan kes agama, tetapi kes menghina perlembagaan negara. Samalah seperti perbuatan Ibrahim Libya dan Amin al-Maunah di Jenalik yang pada mulanya menggunakan platform agama dan kemudiannya menjadi keganasan fizikal.

Ceramah benjamin Stepen juga adalah sama kerana mampu menaikkan kemarahan dan akhirnya mencetuskan keganasan fizikal. Bezanya Ibrahim Libya telah menyebabkan pertentangan antara orang Islam (Melayu) dengan pihak berkuasa, tetapi kebodohan Benjamin Stephen boleh mencetuskan pertentangan antara agama.

Kerajaan perlu bertindak dengan menggunakan kuasa-kuasa yang ada yang telah diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang negara. Kerajaan yanng berwibawa sentiasa memerintah berlandaskan perlembagaan dan undang-undang. Manakala Kerajaan yang lemah dan tidak berwibawa sering membelakangkan perlembagaan dan undang-undang dan membiarkan perlembagaan diceroboh sesuka hati oleh mana-mana pihak.

Kita yakin bahawa semua penganut agama Kristian tidak dapat menerima perbuatan bodoh Benjamin Stephen dalam gereja mereka. Gereja adalah tempat suci agama Kristian tetapi dikotori dengan ceramah yang tidak dianjurkan oleh agama Kristian itu sendiri.

Sekiranya perbuatan ini dibiarkan, generasi muda akan menganggap ceramah sedemikian adalah sebahagian daripada ajaran agama dan tidak menyalahi Perlembagaan negara. Akibatnya masa depan generasi muda itu sendiri akan tergadai disebabkan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Rakyat akan tetap berdiri di belakang kerajaan selagi kerajaan melakukan tindakan yang betul. Rakyat akan hilang keyakinan selagi kerajaan dilihat sebagai lemah dan mengabaikan tanggungjawab memelihara keharmonian rakyat jelata.

Memelihara kehidupan beragama adalah tugas kita semua. 
Tetapi menguatkuasakan keluhuran Perlembahagaan dan Kedaulatan Undang-undang adalah tugas kerajaan yang mendapat mandat Rakyat.

Kerajaan Malaysia
Hormatilah Mandat Rakyat!! 

1 ulasan:

azlishukri berkata...

salam, blog tuan sudah saya pautkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...