Pengikut

Khamis, 30 September 2010

Seruan Pelik!!: Pas adalah parti melayu yang semakin bercelaru

Ucapan PM tingkat profil negara
Bersama Ahmad Zaini Kamaruzzaman di New York

2010/09/30

NAJIB turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenberg di New York.
DS Najib adalah pemimpin UMNO.
Najib berbangsa Melayu.
Najib beragama Islam.

UMNO adalah sebahagian daripada BN. BN adalah gabungan persefahaman  parti-parti politik yang mendapat mandat Rakyat selama lebih 60 tahun. BN memiliki track record cemerlang mentadbir negara.

Dari sudut parti-parti politik utama dalam BN, UMNO dihidupkan oleh orang-orang Melayu, MCA oleh China dan MIC oleh kaum India juga parti-parti lain. Parti-parti ini bergabung dan duduk bersama membentuk kerajaan dengan membawa hasrat dan kehendak masing-masing.  Semua keinginan dan matlamat parti disatukan menjadi dasar-dasar pembangunan negara. Kini dikenali sebagai 1Malaysia.

Semenjak dahulu lagi BN dan kini DS Najib sentiasa memberi penekanan dan nafas segar kepada prinsip persefahaman dan persepakatan bijak ini. Semua dasar dinilai dan dilakukan penambahbaikan ke arah mesra rakyat dan selari dengan tuntutan semasa. Rakyat diajak meneruskan agenda pembangunan selaras dengan perkembangan global.

UMNO dan semua parti komponennya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan menguasai Perlimen untuk mengekalkan kesejahteraann Rakyat dan kemajuan negara. Sebarang bentuk anasir yang cuba memecahkan perpaduan dan muhibbah yang sudah terjalin erat di kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama, perlu ditentang habis-habisan.

DS Najib dan pemimpin-pemimpin kompnen BN sedang meneruskan agenda mengutamakan rakyat di samping mengangkat maruah dan martabat negara di persada antarabangsa.

 Bagaimanapun beberapa isu yang kontradik terus menerus berlaku di dalam negara kita. PAS adalah parti Melayu yang merupakan parti pembangkang sememangnya tidak pernah mendapat sokongan dan diberi mandat oleh Rakyat, tetapi terus menerus memecahbelahkan perpaduan di kalangan kaum Melayu untuk membantu DAP berkuasa.

Teruskan membaca.....

Sumber: www.bharian.com.my/
NAJIB turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing, Dennis Muilenberg di New York.
Cadangan di PBB dapat reaksi positif peringkat antarabangsa


DATUK Seri Najib Razak berkata cadangannya supaya diwujudkan Pergerakan Global Kumpulan Sederhana (GMM) bertujuan mengajak pemimpin, ulama dan cerdik pandai dunia Islam tampil secara berani untuk menyuarakan pendirian mereka secara terbuka dan tegas, sekali gus mengekang fahaman ekstremis.

Perdana Menteri berkata, cadangan yang dibuat dalam ucapan sulungnya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini, kelmarin, mendapat reaksi positif, sekali gus meningkatkan lagi profil Malaysia di mata antarabangsa  Baca seterusnya di SINI

Bagaimanapun beberapa isu yang kontradik terus menerus berlaku di dalam negara kita. PAS adalah parti Melayu yang merupakan parti pembangkang sememangnya tidak pernah mendapat sokongan dan diberi mandat oleh Rakyat, tetapi terus menerus memecahbelahkan perpaduan di kalangan kaum Melayu.

Walaupun Nik Aziz mendakwa tidak bangga menjadi Melayu, tetapi hakikatnya PAS adalah parti Melayu yang  memerlukan undi daripada kaum Melayu untuk terus hidup segan mati tak mahu. Bagi mendapat undi Melayu PAS terpaksa memisahkan sokongan dan keyakinan kaum Melayu daripada UMNO dan BN. Satu proses yang dilihat sebagai mengundur ke belakang.

Rasulullah tidak pernah memisahkan perpaduan yang sudah terjalin di kalangan kaum Qurais, kaum Badwi dan Arab di Madiah maupun Mekah. Sebaliknya meneruskan perpaduan itu dengan ikatan yang lebih besar. UMNO telah melakukannya lebih dari 60 tahun yang lalu dan PAS telah cuba meruntuhkannya selama lebih dari 60 tahun juga.

PAS sepatutnya tidak perlu lakukan pengkhiatan ini kerana UMNO sudah berjaya menyatukan kaum Melayu sehingga beroleh kuasa politik. UMNO juga telah diberi kepercayaan oleh kaum China dan India untuk bersama-sama menerajui pemerintahan negara melalui BN. Konsep keadilan yang dibawa oleh UNMO-BN ini akhirnya diterima di Sabah dan Sarawak.

UMNO dihormati bukan kerana ia parti Melayu. UMNO diyakini dan disayangi bukan kerana ia Parti Islam. UMNO dihormati, diyakini dan disayani kerana sentiasa berlaku adil, menghormati, mengamalkan kesederhanaan dan mementingkan perpaduan serta kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Ini berlaku kerana Islam yang menjadi pegangan pemimpin UMNO adalah agama yang mensejahterakan.

PAS sebagai parti Melayu, hanya baru hendak bermula. Mencuba nasib mendapatkan undi kaum Melayu dengan cara meruntuhkan perpaduan dan kuasa yang sudahpun dikumpul oleh orang-orang Melayu.

Rosidi Hussain
Yang Dipertua PAS Kepala Batas
Timbalan Pesuruhjaya Pas P. Pinang

Sumber: harakahdaily
Melayu diminta perkuat PAS Pulau Pinang
Ali Hashim
KEPALA BATAS, 29 Sept: Masyarakat Melayu di Pulau Pinang disarankan supaya memberi kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya umum akan datang bagi menguasai sebahagian besar kerusi yang masih dikuasai oleh Umno di negeri tersebut.


Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain (gambar) , PAS mempunyai kapasiti yang total bagi mengambilalih kedudukan Umno sebagai pembela kepada masyarakat Melayu dan Islam.


"Walaupun 11 kerusi yang dimenangi oleh Umno dalam PRU ke-12 yang lalu, ini tidak bererti kita tidak boleh merampas kembali kerusi yang dilihat berada pada tahap kemenangan 50-50. Baca seterusnya di SINI

Seruan Pelik!!
PAS sebenarnya bermimpi di siang hari apabila berasa yakin masyarakat bukan Islam menyokong PAS  kerana PAS parti Islam. Pertambahan sokongan dari bukan Islam dalam PRU 2008 bukanlah merupakan kejayaan PAS tetapi kejayaan DAP yang berhasrat mahu menidakkan penguasaan 2/3 BN dalam Parlimen. PAS parti Melayu telah digunakan dengan berkesan oleh pakar strategi DAP.


Strategi DAP ini berterusan hingga sekarang apabila PAS bersedia untuk terus memainkan peranannya, misalnya menyamakan Guan Eng dengan Umar al-Khatab, menghalakan isu doa politik dalam khutbah Jumaat,  menggunakan gambar sumper impose Guan Eng sembelih lembu korban untuk fitnahkan UMNO yang lakukan, menghalalkan kutipan judi yang dijadikan wang ihsan untuk menipu warga emas, adalah antara faktor yang menguatkan penguasaan DAP di Pulau Pinang memperkudakan kebodohan PAS parti Melayu.


Di mata Rakyat Malaysia, imej Parti Melayu PAS semakin tercalar dan pasti ada banyak lagi kebodohan baru yang akan dicipta oleh PAS bagi mencalarkan imejnya sendiri dan mengukuhkan DAP di masa akan datang.


Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kepala Batas akan terus menjadi haiwan tunggangan DAP untuk mengumpul kuasa bagi menafikan penguasaan UMNO-BN dalam Parlimen.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...